"DI SAAT HATI DI BELENGGU DUKA MUNGKIN TIKA ITU DOSA BERTAKHTA"...

ILMU IMAN AMAL

Rabu, 24 Disember 2008

IMAN , ILMU dan AMAL ,ILMU , IMAN dan AMAL.



Fenomena ini banyak mengelirukan segolongan kita yang kadang kala terperangkap dalam himpitan kalam-kalam yang cuba membawa suatu motif tertentu. Iman, Ilmu, Amal. Sebuah trilogi yang tidak dapat di pisahkan. Saling terkait. Iman tanpa ilmu, sesat. Ilmu tanpa Amal, sesat. Amal tanpa ilmu, taklid.
Secara susunan nya kadang kala ia terlalu dipertikai akan kepentiangan untuk menyusun nya. Ada menyatakan ilmu itu dahulu dari iman , dan ada menyatakan iman dahulu dari amal. Apapun yang pasti ketiga ini berkait antara satu sama lain.



IMAN , ILMU dan AMAL ,ILMU , IMAN dan AMAL.


Fenomena ini banyak mengelirukan segolongan kita yang kadang kala terperangkap dalam himpitan kalam-kalam yang cuba membawa suatu motif tertentu. Iman, Ilmu, Amal. Sebuah trilogi yang tidak dapat di pisahkan. Saling terkait. Iman tanpa ilmu, sesat. Ilmu tanpa Amal, sesat. Amal tanpa ilmu, taklid.
Secara susunan nya kadang kala ia terlalu dipertikai akan kepentiangan untuk menyusun nya. Ada menyatakan ilmu itu dahulu dari iman , dan ada menyatakan iman dahulu dari amal. Apapun yang pasti ketiga ini berkait antara satu sama lain.

ILMU


Ilmu sesuatu yang sering diutamakan. Tidak dipelihara dengan baik. Kadang ilmu hanya dijadikan sesuatu yang nisbi. Ada tapi tidak ada atau Tidak ada tetapi ada? Tetapi yang pasti adalh ilmu itu satu kewajipan yang tidak bole di pertikai kerana terdapat bukti dan dalil yang pasti semua mengetahuinya.
Akhir-akhir ini satu fenomena yang ditemui, yang membuat kita ketahui bahawa kadang-kadang seseorang tidak faham dengan ilmu yang dipelajarinya. Untuk apa ilmu itu digunakan? Akan bagaimana bila mengamalkan ilmu itu? Fenomena klasik, tapi tetap membuat kita tidak habis ber fikir.
Belajar, mencari ilmu kadang di jadikan formula belaka. Kerana maruah, harga diri, atau bahkan desakan dari pihak orang lain, orang tua, suami, isteri, desakan majikan ,dan lain-lain lagi. Pada akhirnya ilmu tidak meresapi dalam diri. Tidak meninggalkan bekas. Bahkan mungkin, tidak menjadikan diri lebih baik.




IMAN


Iman pula melahirkan penyaksian mata hati (musyahadah) terhadap ketuhanan Allah s.w.t pada setiap pandangan kepada segala perkara. Allah s.w.t berfirman:
Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan Rasul-Nya… (Ayat 136 : Surah an-Nisaa’)
Sabda rasulullah :
“Allah tidak menerima iman tanpa amal perbuatan dan tidak pula menerima amal perbuatan tanpa iman”…. [HR. Ath-Thabrani]

Ayat di atas ditujukan kepada orang yang sudah beriman. Mereka sudah pun beriman tetapi masih digesa supaya beriman. Iman pada tahap permulaan berdasarkan dalil-dalil dan pembuktian. Kemudian mereka diajak pula kepada iman dengan penyaksian mata hati, menyaksikan Rububiyah yang tidak pernah berpisah daripada ubudiyah. Tanpa penyaksian terhadap Rububiyah segala amal tidak berguna kerana orang yang beramal menisbahkan amal itu kepada dirinya sendiri, sedangkan tiada yang melakukan sesuatu melainkan dengan izin Allah s.w.t, dengan Kudrat dan Iradat-Nya, dengan Haula dan Kuwwata-Nya. Himpunan amal sebesar gunung tidak dapat menandingi iman yang sebesar zarah. Orang yang beriman dan menyaksikan Rububiyah pada segala perkara dan semua amal itulah orang yang memperolehi nikmat yang sempurna lahir dan batin, kerana hubungannya dengan Allah s.w.t tidak pernah putus. Orang inilah yang berasa puas dengan berbuat taat kepada Allah s.w.t dan berasa cukup dengan-Nya, kerana tiada Tuhan melainkan Allah s.w.t dan tidak berlaku sesuatu perkara melainkan menurut ketentuan-Nya. Apa lagi yang patut dibuat oleh seorang hamba melainkan taat kepada-Nya dan menerima keputusan-Nya.
Kesimpulannya iman merupakan penentu sah sesuatu amalan seorang hamb a yang mengaku iman kepadaNYA



AMAL

Amal merupakan satu aplikasi yang hasil dari gabungan ilmu dan iman kerana kebenaran iman dapat di lihat amal soleh seseorng .Allah bersumpah demi sesungguhnya manusia itu rugi andai beriman tanpa amal
Allah SWT berfirman, "Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." (Surah Al-Asr : 1-3).
“Allah tidak menerima iman tanpa amal perbuatan dan tidak pula menerima amal perbuatan tanpa iman”…. [HR. Ath-Thabrani]
Berdasarkan bukti dan dalil di atas tidak sempurna iman dan ilmu seseorng itu melainkan dengan disulami dengan amal yang terhasil kefahaman dari ilmu ,dan penyatuan yang hadir hasil penyaksian bahawa ianya benar dan hasilnya , anggota badan itu yang bergerak demi merealisasikan ilmu dan iman dengan amal nya .


HUBUNGAN ILMU ,IMAN dan AMAL .


Tentang hubungan antara iman dan amal, demikian sabdanya,

“Allah tidak menerima iman tanpa amal perbuatan dan tidak pula menerima amal perbuatan tanpa iman”…. [HR. Ath-Thabrani] kemudian dijelaskannya pula bahwa, “Menuntut ilmu itu wajib atas setiap muslim”…. [HR. Ibnu Majah dari Anas, HR. Al Baihaqi] Selanjutnya, suatu ketika seorang sahabatnya, Imran, berkata bahwasanya ia pernah bertanya, "Wahai Rasulullah, amalan-amalan apakah yang seharusnya dilakukan orang-orang?". Beliau Saw. menjawab: "Masing-masing dimudahkan kepada suatu yang diciptakan untuknya"…. [HR. Bukhari] “Barangsiapa mengamalkan apa yang diketahuinya, niscaya Allah mewariskan kepadanya ilmu yang belum diketahuinya.”…. [HR. Abu Na’im] ”Ilmu itu ada dua, yaitu ilmu lisan, itulah hujjah Allah Ta’ala atas makhlukNya, dan ilmu yang di dalam qalb, itulah ilmu yang bermanfaat.” …. [HR. At Tirmidzi] ”Seseorang itu tidak menjadi ‘alim (ber-ilmu) sehingga ia mengamalkan ilmunya.” …. [HR. Ibnu Hibban]
Sekali peristiwa datanglah seorang sahabat kepada Nabi Saw. dengan mengajukan pertanyaan:
”Wahai Rasulullah, apakah amalan yang lebih utama ?” Jawab Rasulullah Saw.: “Ilmu Pengetahuan tentang Allah ! ” Sahabat itu bertanya pula “Ilmu apa yang Nabi maksudkan ?”. Jawab Nabi Saw.: ”Ilmu Pengetahuan tentang Allah Subhanaahu wa Ta’ala ! ” Sahabat itu rupanya menyangka Rasulullah Saw salah tangkap, ditegaskan lagi “Wahai Rasulullah, kami bertanya tentang amalan, sedang Engkau menjawab tentang Ilmu !” Jawab Nabi Saw. pula “Sesungguhnya sedikit amalan akan berfaedah bila disertai dengan ilmu tentang Allah, dan banyak amalan tidak akan bermanfaat bila disertai kejahilan tentang Allah”[HR. Ibnu Abdil Birr dari Anas]
Kejahilan adalah kebodohan yang terjadi karena ketiadaan ilmu pengetahuan. Dengan demikian, kualiti amal setiap orang menjadi sangat berkaitan dengan keimanan dan ilmu pengetahuan karena ”Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, mereka diberi petunjuk oleh Rabb mereka kerana keimanannya … QS.[10]:9. Ilmu pengetahuan tentang Allah Subhanaahu wa Ta’ala adalah penyambung antara keimanannya dengan amalan-amalan manusia di muka bumi ini. Sebagaimana kaedah pengaliran iman yang diajarkan oleh Rasulullah Saw. bahwasanya iman adalah sebuah tashdiq bi-l-qalbi yang di ikrarkan bi-l-lisan dan di amalkan bil arkan …Dengan itu di simpulkan bahawa kita jangan memisah ketiga komponen yang telah kita perhatikan tadi , kerana pemisahan setiap komponen menjadikan islam itu janggal dan susah dan sukar.



Sepenuhnya

LAWAK ANTARA BENUA OLEH NEGARA KU

Selasa, 16 Disember 2008


Klik Disini...



Dengar lah satu cerita lawak agak kalau sahabt perhatikan ..Semalam kerajaan malaysia ku menurunkan lagi harga petrol dan diesel menjadikan hargapetrol RON97 diturunkan daripada RM1.90 kepada RM1.80 seliter, manakala petrol RON92 dan diesel masing-masing daripada RM1.80 kepada RM1.70 sen seliter. Inilah adalah kali ketujuh turun nih lawak betul . Masa naik punya mencacak masa turun lembab. Mungkin harga petrol pon macam saham kot turun naik . Tapi kan aku rasa bulan satu nih akan turun lagi .Ini sebab PRK kuala terengganu hahahaha gula-gula murahan untuk kanak-kanak UMNO dan BN(jangan marah ) disana. Adoi la dah tidak cara lain dah ker nak tarik perhatian rakyat itu jer yang mereka mampu buat .Aku diluar negari nih rasa terharu dengan gula-gula kerajaan kita nih hahahahaaahhh Bapak aku pon ringan sikit tapi itu bukan matlamat utama perjuangan la sahabat sekalian . Aku rasa cerita lawak nih mungkin takkan habis sirinya sehingga satu episod yang bestnya bermain diPRK Kuala Terengganu.




Sepenuhnya

PERJUANGAN TANPA SENJATA

Jumaat, 5 Disember 2008

Bila di sebut perjuangan ramai orang akan berfikir di kepala tentang medan dan jalan yang akan di tempuhi. Biar lah sukar mana perjuangan itu ia sudah pasti akan akan di tempuhi.Biar sukar mana ia tetap didokongi. Perjuagan untuk keluar dari kepompong jahiliyaah kepada hidup berjuang mati terbilang itu amat lagi hebat.



Perjuangan yang hebat itu memerlukan satu pengorbanan dan senjata yang teguh demi menjamin kita agar tidak gugur sia-sia, tidak lemah di pertengahan perjalan sebelum sampai ke medan tempur.

wahai teman!
Ayuh lihat adakah apa senjata kita sudah ada? mungkin kita punya semngt berjuang .. mungkin kita penuh pengorbanan untuk berjuang.. dan mungkin segala jiwa raga kita sudah di pertaruhkan untuk perjuangan... Namun ini semua sia-sia belaka andai sagala senjata yang kita miliki ini tidak di lindungi dengan senjata yang lebih kukuh iaitu senjata iman yang kukuh dan mutayaqqin .

Kita imbau sejarah badar yang hebat , yang membuktikan keutuhan iman merupakan senjata yang utama..mengimbau kembali sejarah mereka mati terbilang tanpa senjata zahiriyyah seperti Asiah , Mashitah , Hamzah , Pemuda GUA dan lain-lain lagi menjadi bukti iman merupakan senjata yang teguh menuju ke medan perjuang .

Wahai teman !
Apa sucikah iman kita? Apa benar kah iman kita ? Apa kita sentiasa fikir demi iman kita ? Dan apa lagi harus ku katakan tentang iman ini? Ayuh kita menyingkap iman kita agar perjuangan kita ini berlandaskan iman yang benar bukan kerana semangat , bukan kerana ramai , bukan kerana kemenangan ,bukan kerana kebendaan atau dunia yang mananti di hadapan kita . Lihat lah kepada mereka yang gugur sia-sia dek menongkah perjuangan tanpa senjata iman .Walau begitu , aku tetap menyanjung mereka kerana niat suci mereka dan kita harus membawa mereka kelandasan yang sebenar.

Seandai kita sedar atau tidak anai-anai yang senyap sedang merosakkan jiwa-jiwa pejuang kita sekarang semakin bersarang kerana perjuangan mereka itu seperti telah ku katakan tadi tiada senjata yang teguh .. Anai-anai ini kian bersarang dan kian membiak serius.. Jangan kita memandang kepada musuh sehingga lupa memandang kepada diri kita yang penuh calar-balar kelemahan yang mula di tampak kan hasil kesilapan kita sendiri ..

MENGHAPUS MATERIAL MEMBINA IMAN

Wahai Teman !

Ayuh kita hapuskan material yang membusuk didalam jiwa . Ia sekadar perhiasan , permainan yang membuat kanak-kanak itu leka atau lupa akan kehendak nya, namun bagi mereka yang matang harus sedar bukan selama kita akan terus menjadi kanak-kanak yang di perbudakkan orang lain hanya dengan permain yang sementara.. Tinggalkan permainan itu perhatikan masa depan yang tiada mainan dan alat yang membuat kita leka .

Awas lah !!!
Kadang kala musuh juga menjadikan mainan sebagai senjata mereka untuk memusnahkan kita... Harta di persoalkan ... pangkat di tawarkan ...kemewahan dan kesenangan di taburkan agar kita leka dan meninggalkan perjuangan ..

Membina iman itu suatu jalan yang tiada sukarnya seandai kita punya sedia. Binalah iman dengan kita memahami kalam asas iman yang tersirat padanya seluruh cadang-cabang iman yang kita harus merungkai dengan penuh teliti

Carilah jalan berlutut untuk kita membina iman jangan kita mencari jalan pintas atau cepat kerana ia pasti merugikan kita .

Tiada lagi kalam di kotakan fikir ku ini sekadar kita fikir dan memerhati

MATI TERBILANG



Sepenuhnya