"DI SAAT HATI DI BELENGGU DUKA MUNGKIN TIKA ITU DOSA BERTAKHTA"...

KENALI SIAPA MUSUH ANDA

Jumaat, 27 November 2009


Salam Pengorbanan
Sahabat kadang kala kita membenci sesutu kerana kita mengetahui ianya memang perlu dibenci disebabkan sifat buruk sesuatu itu. Namun sesetengah itu mengatakan bahawa ia memerangi sesuatu tetapi dia tidak kenal sesuatu itu. Kita hanya tahu ia patut dimusuhi tetapi tidak kenal ia sehingga kita menjadikan ia teman kita.Kita mengatakan iblis itu musuh yang harus diperangi tetapi kita tidak mengenali siapa kah ia sehingga membuat kita buta bahawa teman kita itu iblis yang harus dimusuhi keran kita tidak tahu siapa musuh kita. Ayuh kenali musuh ANDA...




BIODATA IBLIS



Berikut ini maklumat mengenai musuh ketat anda, Iblis yang dilaknati Allah.

Pengenalan Diri

Nama : Iblis La’natullah

Tarikh kelahiran : Sejak ia enggan sujud kepada Adam setelah diperintahkan oleh Allah

Status diri: Fasiq kelas pertama

Agama: Kufur

Tempat tinggal: Hati-hati orang yang lalai

Kawasan / Daerah : Semua tempat yang tidak ada di dalamnya usaha mengingati Allah

Tunjuk arah perjalanan : Bengkang bengkok (tiada haluan)

Tempat tinggal tetap : Neraka Jahanam. Tempat paling celaka.

Isteri di dunia: Setiap wanita yang tidak menutup aurat

Kaum kerabat: Semua golongan Tirani (taghut)



Status Perniagaan

Modal pusingan : Angan-angan kosong

Tempat pertemuan : Pasar

Musuh / Saingan : Tiap orang Islam

Dalil atau Hujah : Fatamorgana (maya)

Motto kerja : "Hipokrasi asas akhlak"

Uniform kerja: Segala warna, seperti sesumpah. Tiap tempat ada warnanya

Kesukaannya: Orang yang lalai dari mengingati Allah.

Yang melemahkannya: Istighfar

Lambang korporat: Sebarang tatu

Pejabat : Tandas dan bilik air

Sifatnya: Muzabzab. Mengikut angin ; menurut keperluan

Rakan-rakan kongsi : Golongan munafiq

Sumber rezeki : Harta haram

Jenis perkhidmatan : Menyuruh yang mungkar dan menggalakkan kemungkaran

Arahannya: Selalu mengarahkan supaya manusia melahirkan kebejatan (perkara yang tidak baik)

Jawatan : General Manager golongan al-Maghdhubi alihim dan golongan ad Dhallin

Tempoh Perkhidmatan : Sampai hari kiamat

Hala perjalanan : Jalan ke neraka

Laba Perniagaan: Habaan Manthura (masuk angin keluar asap)

Rakan kongsi : syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia

Teman sejawat : Orang yang berdiam diri tidak mengatakan kebenaran

Jenis tanggungan : Pembohongan

Ganjaran : Dosa dan segala jenisnya

Kaedah komunikasi : Mengumpat, mengadu domba dan mengintip

Makanan yang disukai : Daging orang mati (ghibah)

Yang ditakuti : Mu’min yang bertaqwa

Yang dibenci : Orang yang selalu mengingati Allah, baik lelaki maupun perempuan

Daya tahan : "Sesungguhnya tipu daya syaitan sangatlah lemah"

Perangkapnya : Wanita

Kegemarannya : Menggoda dan menyesatkan

Cita-citanya : Supaya semua orang menjadi kafir

Ajalnya : Pada waktu tertentu menjelang kiamat

Kerja yang paling disukai : Homoseks dan lesbian

Kod isyarat pertutura untuk pengikutnya : "Aku"(sebutan egoistik orang yang takabbur)

Para penghiburnya : Seniwati dan seniman

Janji-janjinya : Menjanjikan kekafiran

Yang menyebabkan ia menangis : Bilamana orang sujud kepada Allah


Sepenuhnya

Jangan Nyalakan Api Fitnah

Ahad, 25 Oktober 2009

1. Fitnah adalah satu malapetaka yang membinasakan . Sememangnya Islam memberi perhatian serius terhadap bahaya fitnah sehingga disebut implikasinya lebih buruk dari membunuh .

2. Fitnah secara umumnya adalah pencetus sengketa justeru ia sering membabitkan tuduhan tanpa bukti , pra sangka tanpa asas dan persepsi yang salah . Malah fitnah sering beriringan dengan dendam atau sekurang - kurangnya rasa tidak puas hati terhadap pihak yang lain .

3. Ia juga seperti harimau yang sedang tidur . Sesiapa sahaja yang mengejutkannya dari tidur yang nyenyak hanya membuatkan harimau itu bingkas dan menerkam . Sedikit sahaja percubaan meniup api fitnah , ia akan menyala dan menyambar .

4. Fitnah jua boleh tercetus dalam pelbagai situasi juga dari aneka posisi . Lantaran itu , berhati - hatilah kerana fitnah adalah agenda syaithan yang pastinya ingin melihat para pejuang Islam berantakan sesama sendiri .

5. Semoga kita dipelihara oleh Allah swt daripada kebinasaan ini . Jauhi fitnah malah jangan sekali - kali berjinak - jinak dengan fitnah . Jika ingin membuat tuduhan , pastikan ada bukti yang kukuh dan jelas . Jika mahu mengandai atau menyangka , pastikan andaian atau sangkaan itu baik . Jika mahu membentuk persepsi , bentuklah persepsi yang tepat dan benar .

6. Terlebih wajar sikap itu diambil tatkala kita berhadapan dengan sahabat seperjuangan . Meskipun wujud perbedaan pandangan dan kelainan tindakan dikalangan anggota jamaah , ianya tidak menghalalkan kita mencetus dan menabur fitnah . Fitnah yang dicetus samalah kita menikam dan membunuh sahabat seperjuangan kita bahkan kesannya lebih kejam .

7. Mengelak agar fitnah tidak terus subur menjadi tanggungjawab kita semua dengan memastikan diri kita tidak bercakap dan mengulas dalam perkara yang kita tidak tahu hujung pangkal atau jangan sekali - sekali membentuk sikap dan fikiran semata - mata mendengar dari satu pihak tanpa menilai dengan adil dan memberi peluang kepada pihak lain pula .

8. Padam segera api fitnah dan padam juga semangat dendam yang membara . Tiada siapa yang boleh mengaut keuntungan apabila fitnah ini merebak , sebaliknya jamaah akan binasa , anggota jamaah akan berpecah , masa depan perjuangan menjadi suram dan Allah swt akan murka .

9. Atas nama Allah swt kita bersyahadah , kitab suci al Quran menjadi rujukan bersama dan mendaulatkan Islam adalah matlamat kita , maka saya menyeru semua pihak agar kita bertaut kembali di atas nokhtah yang sama ini . Tiada yang membezakan kita dan tiada siapa yang boleh menjarakkan kita kecuali kita sengaja melakukannya atau kita sengaja membuka ruang kepada agent - agent musuh untuk menyelinap masuk merosakkan jamaah dari dalam .

10. Marilah kita menghayati kembali ruh berjamaah yang berpaksi di atas semangat ukhuwwah fillah yang utuh lagi intim . Jangan pula kita seronok melihat jamaah retak dan hubungan kita rosak . Mungkin banyak perkara terpaksa kita korbankan khasnya perasaan kita agar jamaah dan ukhuwwah kita kembali pulih malah lebih baik dari sebelumnya . Ianya tidak mustahil dan kita boleh melakukannya demi Islam .


Oleh

UST Nasrudin Hassan at Tantawi





Sepenuhnya

Bodoh Diri Di Saat Bergelumang Dosa

Rabu, 22 Julai 2009


Dengan nama ALLAH Dia yang Maha Kuasa

Istilah agak "lupa" itu sinonim dengan erti kalimah manusia atau insan itu sendiri ,di saat Adam tercipta ia terus gelojoh bangun hingga lupa memandang sang Pencitpa , dia lupa saat termakan buah khuldi . Inilah insan dikala terlupa kebodohan ia terpancar . Sedang kan ia sedar itu kesilapan namun ia terus tanpa rela jiwa.Kerna itu Sang Pencipta menurunkan hikmah pad kita buta ingatan setiap insan agar ia menjadi penyedar dikala pelupa lupa akan dirinya.

INSAN LUPA

Sesaat kita terlupa entah berapa langkah kita tersalah ,namun sang pencipta sedetik kita mengingati semakin hampir IA mendekati . Jiwa yang lupa tidak akan selamanya,kerna hati tersalut hitam kelam yang membungkam jiwa menjadi gelisah ,sedangkan Jiwa yang senantiasa mengingati terus bersinar menyinari iman yang menerobosi jawarih yang bekerja .




Sepenuhnya

BABI

Rabu, 27 Mei 2009

Babi adalah sejenis haiwan yang bermancung panjang dan berhidung leper dan dikatakan haiwan yang berasal dari Eurasia. Kadang juga dikenali sebagai khinzir (perkataan Arab). Selain itu, babi adalah salah satu mamalia yang paling pintar, dan dilaporkan lebih pintar dan mudah dipelihara dibandingkan dengan anjing dan kucing.

Dalam al-Quran, sebagai haiwan, babi hukumnya najis jika disentuh dan haram untuk dimakan oleh umat Islam. Babi juga diharamkan untuk dalam agama Yahudi dan Gereja Masehi Advent Hari Ketujuh di kalangan Kristian.

PENYAKIT YANG DIAKIBATKAN DARI DAGING BABI

DR Murad Hoffman, Daniel S Shapiro, MD, seorang Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts, dan juga merupakan asisten Profesor di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, Amerika menyatakan terdapat lebih dari 25 penyakit yang bisa dijangkiti dari babi. Di antaranya:

* Anthrax* Ascaris suum* Botulism* Brucella suis * Cryptosporidiosis* Entamoeba polecki* Erysipelothrix shusiopathiae* Flavobacterium group IIb-like bacteria * Influenza* Leptospirosis* Pasteurella aerogenes * Pasteurella multocida * Pigbel* Rabies * Salmonella cholerae-suis* Salmonellosis* Sarcosporidiosis* Scabies* Streptococcus dysgalactiae (group L)* Streptococcus milleri* Streptococcus suis type 2 (group R)* Swine vesicular disease* Taenia solium* Trichinella spiralis* Yersinia enterocolitica* Yersinia pseudotuberculosis. http://id.wikipedia .org/wiki/ Babi

FAKTA-FAKTA MENGAPA BABI HARAM

Islam telah melarang segala jenis darah, analisis kimia dari darah babi menunjukkan adanya kandungan yang tinggi dari uric acid (asam urat), suatu adunan kimia yang berbahaya bagi kesIhatan manusia, bersifat racun. Dengan kata lain uric acid sampah dalam darah yang terbentuk akibat metabolisme tubuh yang tidak sempurna yang diakibatkan oleh kandungan purine dalam makanan. Dalam tubuh manusia, senyawa ini dikeluarkan sebagai kotoran, dan 98% dari uric acid dalam tubuh, dikeluarkan dari dalam darah oleh ginjal.

Dalam Islam dikenal peraturan khusus dalam penyembelihan haiwan, iaitu menyebut nama Allah Yang Maha Kuasa dan membuat irisan memotong urat nadi leher haiwan, tindakan membiarkan urat-urat dan organ organ lainnya utuh. Dengan cara ini menyebabkan kematian haiwan kerana kehabisan darah dari tubuh, bukannya kerana cedera pada organ asasnya, sebab jika organ-organ misalnya jantung, hati, atau otak dirosak, haiwan tersebut mati dengan segera dan darahnya akan menggumpal dalam urat-uratnya dan akhirnya mencemari daging, mengakibatkan daging haiwan akan tercemar oleh uric acid, sehingga menjadikannya beracun, dan pada masa-masa kinilah para ahli makanan telah menyadari akan perkara ini, subhanallah.

Apakah kita tahu kalau babi tidak dapat disembelih di leher? Kerana babi tidak memiliki leher? Bagi orang muslim beranggapan kalau babi memang boleh dimakan dan layak bagi makanan manusia, tentu Sang Pencipta akan mencipta haiwan ini dengan memiliki leher. Ilmu kedoktoran mengetahui bahawa babi sebagai rerumah dari banyak macam parasit dan penyakit berbahaya, sistem biochemistry babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya, sedangkan 98% sisanya tersimpan dalam tubuhnya.

Allah SWT jelas telah MENGHARAMKANNYA BABI

a. QS. Al Baqoroh (2) : 173
b. QS. Al Maa'idah (5) : 3
c. QS. Al An `Aam (6) : 145
d. QS. An Nahl (16) : 115

KENYATAAN MUDAH TENTANG KEBURUKAN DAGING BABI:

Babi adalah binatang yang paling hodoh dan kotor, Suka memakan bangkai dan kotorannya sendiri & kotoran manusia pun dimakannya. Sangat suka berada pada tempat yang kotor, tidak suka berada di tempat yang bersih dan kering. Babi haiwan pemalas dan tidak suka bekerja (mencari pakan), tidak tahan terhadap sinar matahari, tapi makannya rakus (lebih suka makan dan tidur), bahkan paling rakus di antara haiwan jinak lainnya. Jika tambah umur, jadi makin malas & lemah (tidak berhasrat menerkam dan membela diri). Suka dengan sejenis dan tidak pencemburu. (Buku : Adaptive physiology on mammals and birds).

Pengguna daging babi sering mengeluhkan bau busuk pada daging babi (menurut penelitian ilmiah, hal tsb. disebabkan karana pundi najis babi sering bocor, sehingga tahi babi merebak ke daging). Lemak punggung babi tebal, babi memiliki back fat (lemak punggung) yang sangat tebal.

Pemakan babi sering memilih daging babi yg lemak punggungnya nipis, karana semakin tipis lemak punggungnya, dianggap semakin baik kualitinya. Sifat lemak punggung babi adalah mudah mengalami oxidative rancidity.

Babi adalah haiwan yang kerakusannya dalam makan tidak tertandingi haiwan lain. Ia makan semua makanan yang ada di depannya. Jika perutnya telah penuh atau makanannya telah habis, ia akan memuntahkan isi perutnya dan memakannya lagi, untuk memuaskan kerakusannya. Ia tidak akan berhenti makan, bahkan memakan muntahannya. Ia memakan semua yang bisa dimakan di hadapannya. Memakan kotoran apa pun di depannya, entah kotoran manusia, haiwan atau tumbuhan, bahkan memakan kotorannya sendiri, hingga tidak ada lagi yang boleh dimakan di hadapannya.

Kadang ia mengencingi kotorannya dan memakannya jika berada di hadapannya, kemudian memakannya kembali. Ia memakan sampah busuk dan kotoran haiwan. Babi adalah haiwan mamalia satu-satunya yang memakan tanah, memakannya dalam jumlah besar dan dalam waktu lama jika dibiarkan. Kulit orang yang memakan babi akan mengeluarkan bau yang hanyir.

Penelitian ilmiah modern di dua negara Timur & Barat, yaitu Cina dan Swedia. Cina (majoriti penduduknya penyembah berhala) & Swedia (majoriti penduduknya sekular) menyatakan:

"Daging babi merupakan merupakan penyebab utama kanser anus & kolon". Peratus penderita penyakit ini di negara negara yang penduduknya memakan babi, meningkat secara drastik, terutama di negara-negara Eropah, dan Amerika, serta di negara-negara Asia (seperti Cina dan India). Sementara di negara-negara Islam, peratusannya amat rendah, sekitar 1/1000.

Hasil kajian ini diterbitkan pada 1986, dalam Persidangan Tahunan Sedunia tentang Penyakit Alat Pencernaan, yang diadakan di Sao Paulo. Babi banyak mengandung parasit, bakteria, bahkan virus yang berbahaya, sehingga dikatakan sebagai Reservoir Penyakit. Gara-gara babi, virus Avian Influenza jadi ganas. Virus normal AI (Strain H1N1 dan H2N1) tidak akan menular secara langsung ke manusia. Virus AI mati dengan pemanasan 60’C lebih-lebih bila dimasak hingga mendidih. Bila ada babi, maka dalam tubuh babi, Virus AI dapat melakukan mutansi & tingkat virulensinya boleh naik hingga menjadi H5N1. Virus AI Strain H5N1 dapat menular ke manusia. Virus H5N1 ini pada Tahun 1968 menyerang Hong Kong dan membunuh 700.000 orang (diberi nama Flu Hong Kong).

Daging babi adalah daging yang sangat susah dihadam karana banyak mengandung lemak. Meskipun empuk dan terlihat begitu enak dan lazat, namun daging babi susah dihadam. Ibaratnya racun, seperti halnya kolesterol! Selain itu, daging babi menyebabkan banyak penyakit :

pengerasan pada urat nadi, naiknya tekanan darah, nyeri dada yang mencekam (angina pectoris) , dan radang pada sendi-sendi.

Sekitar tahun 2001 pernah terjadi para doktor Amerika berhasil mengeluarkan cacing yang berkembang di otak seorang perempuan, setelah beberapa waktu mengalami gangguan kesihatan yang ia rasakan setelah mengambil makanan khas meksiko yang terkenal berupa daging babi, hamburger (ham = babi, sebab aslinya, hamburger adalah dari daging babi). Sang perempuan menegaskan bahwa dirinya merasa penat-penat (letih) selama 3 tahun setelah makan daging babi. Telur cacing tsb menempel di dinding usus pada tubuh sang perempuan tersebut, kemudian bergerak bersamaan dengan peredaran darah sampai ke ujungnya, iaitu otak. Dan ketika cacing itu sampai di otak, maka ia menyebabkan sakit yang ringan pada awalnya, hingga akhirnya mati dan tidak bisa keluar darinya. Hal ini menyebabkan dis-fungsi yang sangat keras pada susunan organ di kawasan yang mengelilingi cacing itu di otak. Penyakit-penyakit "cacing pita" merupakan penyakit yang sangat berbahaya yang terjadi melalui pemakanan daging babi. Ia berkembang di bahagian usus 12 jari di tubuh manusia, dan beberapa bulan cacing itu akan menjadi dewasa. Jumlah cacing pita boleh mencapai sekitar ”1000 ekor dengan panjang antara 4 - 10 meter”, dan terus hidup di tubuh manusia dan mengeluarkan telurnya melalui BAB (buang air besar).

Saya pernah membaca sebuah artikel yang mengatakan : ”Bahwa seseorang itu berkelakuan sesuai dengan apa yang dimakannya.” Melihat tayangan di salah satu TV swasta kelmarin, seorang profesor dari IPB (lupa namanya) telah meneliti struktur DNA babi. Sesuatu yang mengejutkan ternyata, struktur gen babi itu mirip dengan struktur gen manusia. Jadi dapat dikatakan gen babi = gen manusia, jadi sama dengan kita memakan daging manusia (=kanibal), na'udzubillah.

Jadi ada betulnya artikel tadi mengatakan kalau kita memakan babi bukan tidak mungkin karakter babi menempel pada kita, tidak pada kita, boleh jadi pada keturunan kita ! wallahu a’lam.

KEHARAMAN BABI

Menggunakan babi hukumnya haram, baik atas daging, lemak, maupun bagian-bagian lainnya. Firman Allah SWT dalam QS.5:3 mengharamkan memakan bangkai, darah, dan daging babi. Demikian juga dengan firman-Nya dalam QS.6:145 dan QS.16.115, mengharamkan memakan bangkai, darah, dan daging babi. Dalil-dalil pada beberapa ayat ini merupakan nash yang jelas, yang menegaskan tentang keharaman, antara lain menggunakan babi.

Al-Qur’an menggunakan kata lahma (daging) karena sebagian besar pengambilan manfaat dari babi adalah daging. Selain itu, dalam daging babi selalu terdapat lemak. Al-Qur’an menggunakan kata lahma, pengharaman babi bukan hanya dagingnya. Tetapi seluruh tubuh haiwan babi.

Pandangan ini sesuai dengan kaedah ushul fiqh: min dzikri’l-juz I wa iradati’l kulli. Artinya yang disebutkan sebahagian dan dikehendaki seluruhnya.Bahwa daging babi mengandung cacing pita (taenia solium), hampir semua orang sudah mengenalnya. Ternyata tidak hanya itu bahaya yang mengancam pemakan babi. Lemak babi mengandung kolesterol paling tinggi dibandingkan dengan lemak hewan lainnya. Darahnya mengandung asam urat paling tinggi. Asam urat merupakan bahan yan jika terdapat dalam darah dapat menimbulkan berbagai penyakit pada manusia. Sudah menjadi pengetahuan umum bahwa sedikitnya 70 jenis penyakit yang lazim dihidap haiwan babi dan beberapa diantaranya dapat menjankiti manusia yang memakannya.

Hikmah diharamkannya daging babi, terutama mengandungi cacing pita, seringkali disanggah oleh para ahli kesehatan modern. Mereka mengatakan bahwa cacing tersebut mudah dihilangkan bahkan dengan teknik pemasakan yang paling sederhana. Pandangan ini sungguh menyesatkan karana babi itu sendiri menjijikkan bagi orang yang bersih jiwanya. Allah SWT mengharamkan sejak masa silam untuk waktu yang lama agar manusia mengetahui.

Manusia kini baru mengenal sedikit bahayanya, yakni cacing pita, namun demikian jauh sebelum itu Allah SWT telah mengharamkannya. Mungkin sekarang orang menganggap bahwa peralatan masak modern telah mengalami kemajuan, sehingga ada yang menrima kalau daging babi tidak lagi membahayakan dan bukan merupakan sumber ancaman bagi manusia. Dengan teknologi pengolahan makanan dan teknik pemanasan yang canggih, bahaya itu sudah boleh dihilangkan.

Mereka lupa bahwa untuk mengatasi bahaya cacing pita saja telah memakan waktu berabad-abad. Itu hanya untuk mengungkap satu penyakit saja. Siapa yang dapat menjamin bahwa di luar penyakit itu sudah tidak ada lagi bahaya yang terkandung dalam daging babi. Apakah tidak selayaknya syari’at yang jauh lebih mendahului kemajuan pengetahuan manusia puluhan abad yang lalu kita percayai sepenuhnya? Semua keputusan diserahkan pada syari’at. Kita menghalalkan apa yang dibolehkan dan menghindari apa yang dilarang. Syariat ini adalah dari Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui bentuk dan karakteristik segala makhluk-Nya.

Munculnya penyakit Japaneese Enchephalitis (JE) di Malaysia, nyaris semua mata kembali terbuka. Satu lagi bencana mengancam manusia timbul dan bersumber dari babi. Rupanya Allah masih sayang pada manusia, sehingga sekali lagi manusia diingatkan agar menjauhi haiwan haram itu. Sudah banyak sekali bukti-bukti yang menunjukkan keburukan babi. Namun sejauh ini manusia tetap nekad memakannya.

BABI DALAM DUNIA FARMASI

Bagi pengguna Muslim babi adalah “jawara”-nya bahan yang diharamkan untuk diproses dan dimanfaatkan. Padahal babi sering dijadikan sebagai model penelitian yang berkaitan dengan manusia, dikaranakan adanya kemiripan sistem penting dalam tubuhnya. Keterlibatan babi dalam industri farmasi ternyata cukup signifikan. Mulai dari cangkang kapsul baik sebagai kapsul lunak, penyumbang organ-organ tubuh, dan hormon serta enzimnya. Beberapa bagian dari babi yang pernah dan atau masih menyumbangkan peranannya dalam industri farmasi adalah sebagai berikut :

Kelenjar adrenal babi
Kelenjar ini terdapat pada ginjal. Kelenjar ini dapat menghasilkan hormon yang disebut sebagai steroid dan epinephrine. Hormon hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal babi pernah merupakan sumber penting yang digunakan untuk mengatasi beberapa penyakit yang disebabkan oleh ketidakseimbangan tubuh.

Kelenjar pancreas babi
Salah satu hormon yang dihasilkan oleh organ ini adalah insulin. Insulin sangat akrab dengan penderita diabetes. Insulin berfungsi untuk mengatur metabolisme gula dalam tubuh. Salah satu sumber insulin yang sudah tidak asing lagi digunakan dalam dunia kedokteran adalah insulin babi. Untuk menghasilkan 1 pound insulin didapatkan dari 60 ribu ekor babi serta diperkirakan mampu mengubati pengidap diabetes sebanyak 750-1.000 orang selama setahun . Jika produksi babi pertahun sebanyak 85 juta maka insulin yang mampu dihasilkan selama setahun adalah 1.400 pound. Jumlah tersebut dapat mengubati pesakit sebanyak 1, 050 juta – 1,4 juta pertahunnya. Jumlah yang cukup besar. Ketika ini ada alternatif lain pengganti insulin seperti humulin yang walaupun lebih sedikit mahal, ternyata cukup diminati oleh pesakit muslim untuk mengganti hormon insulin babi.

Lambung babi
Lapisan dalam lambung mengandung protein dan enzim. Bagian ini secara komersial digunakan untuk membuat sejenis bahan untuk membantu pencernaan (digestive aids).

Usus halus babi
Heparin adalah bahan yang ditemukan secara ekslusif pada dinding dalam usus halus (babi). Heparin diklasifikasikan sebagai produk pharmaceutical yang esensial.

Jantung babi
Jantung babi digunakan untuk mengganti beberpa bahagian jantung manusia yang sudah tidak berfungsi lagi. Bahagian Jantung babi yang digunakan pada manusia,ternyata sangat sesuai pada tubuh manusia. Hal ini menunjukkan bahwa banyak kemiripan system vital yang terjadi pada manusia dan babi.

Kulit babi
Kulit dalam bentuk gelatin digunakan dalam industri pembuatan kapsul. Selain itu kolagen yang merupakan bagian dari kulit digunakan untuk menstimulasi pembekuan darah selama operasi pembedahan.

Darah babi
Fibrin darah yang diekstraks dari darah babi digunakan untuk membuat asid amino yang menjadi bagian dari cairan infus yang ditujukan untuk memberikan nutrisi bagi pesakit yang mengalami beberapa pembedahan tertentu. Darah babi juga dipergunakan untuk keperluan media microbial dan kultur sel.

MENGAPA BABI HARAM BUAT UMAT MUSLIM

Ada orang asing (ilmuwan) bertanya kepada seorang Ulama mengenai haiwan babi ini.

Ilmuwan : Haramnya haiwan babi bagi umat muslim adalah disebabkan karana banyaknya parasit dan kotoran dalam haiwan ini. Dengan semakin canggihnya ilmu kedokteran, bukannya mungkin nantinya haiwan babi dapat dibersihkan dari virus dan parasit yang mematikan ini? Apakah nantinya haiwan babi yang bersih akan menjadi halal?

Ulama : Haramnya babi bukan karana sebab itu saja. Tetapi ada sifat Babi yang sangat diharamkan untuk umat Islam

Ilmuwan : Apakah itu? Ulama : Cuba anda buat 2 kandang. Dimana 1 kandang isi dengan 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina. 1 kandang lagi isi dengan 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Apakah yang terjadi pada masing2 kandang tersebut? Bolehkah anda menerkanya!! !

Ilmuwan : Tidak boleh!!!!??? ? Ulama : Mari kita lihat bersama-sama sekarang. Pada kandang pertama dimana ada 2 ekor ayam jantan dan 1 (ekor ayam betina, yang terjadi adalah 2 ekor ayam jantan tersebut berkelahi dahulu untuk memperebutkan 1 ekor ayam betina tersebut sampai ada yang menang dan kalah. Dan itu sesuai dengan Kudrat dan Fitrah manusia diciptakan Allah SWT.

Ilmuwan : Pada kandang Babi? Ulama : Ini yang menarik. Pada kandang kedua, iaitu kandang berisi 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Ternyata 2 ekor babi jantan tidak berkelahi untuk memperebutkan 1 ekor babi betina, tetapi yang terjadi adalah 2 ekor babi jantan tersebut malahan menyetubuhi secara beramai-ramai 1 ekor babi betina tersebut dan juga terjadi hubungan Homoseksual antara kedua ekor babi jantan setelah selesai dengan si betina. Hal inilah yang jelas2 bertentangan dengan Fitrah umat manusia. Bilamana umat Islam ikut2an memakan babi maka ditakutkan umat Islam akan mempunyai sifat dan perangai seperti babi ini.

KATA USTAZ…

Perbezaan antara seorang mukmin dengan kafir dalam amal perbuatannya terutama didasarkan dari niatnya. Seorang yang beriman ketika mengerjakan sesuatu atau meninggalkannya, selalu mendasarkan tindakannya itu atas perintah dan larangan dari Allah SWT. Sebaliknya seorang kafir tidak pernah menjadikan perintah dan larangan Allah SWT sebagai landasan amalnya.

Misalnya, ketika seorang muslim melakukan solat dan ditanyakan kepadanya, mengapa dia solat?, maka jawabannya adalah bahwa karana Allah SWT telah memerintahkannya untuk solat. Tentang solat itu ada manfaatnya buat kesihatan atau ketenangan jiwa dan sebagainya, tidaklah menjadi landasan dasar atas solatnya. Dan di situlah niat yang sesungguhnya.

Demikian juga ketika seorang mukmin meninggalkan arak, zina, judi dan makan babi, niatnya semata-mata karana dia tunduk, taat dan patuh kepada larangan dari Allah SWT. Bukan sekadar mengejar hikmah dan tujuan yang bersifat duniawi. Tidak minum arak bukan karana sekedar mabuk, melainkan semata-mata karana Allah SWT mengharamkannya. Tidak mau zina bukan karena takut kena sipilis atau HIV, tetapi karana ada larangan dari Allah SWT. Demikian juga, tidak makan babi bukan karana takut ada cacing pita, melainkan karana Allah SWT sudah mengharamkannya.

Sebenarnya masih banyak lagi rahasia dan hikmah di balik pelarangan makan babi yang boleh dapatkan. Namun semua itu sekadar menambah keyakinan yang sudah ada di dalam hati kita. Bukan sebagai landasan utama. Dan buat kita, apakah di balik larangan makan babi itu ada hikmah atau tidak, sama sekali tidak ada hubungannya dengan ketaatan kita kepada Allah SWT yang telah melarang kita makan babi.

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang disebut selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak menginginkannya dan tidak melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Semoga bermanfaat…. SUMBER TRANUNGKITE ONLINE


Sepenuhnya

Sampai Bilakah?

Sabtu, 9 Mei 2009



Suasana politik malaysia yang semakin kucar-kacir sekarang membuatkan semua orang bertanya dimanakah pengakhiran segala krisis ini.Politik malaysia yang menuju kepada politik kuno yang membuat negara kita dipandang jauh kebelakang .Politik yang tiada maruah ,tiada hati perut, tiada erti kawan , asalkan boleh teruskan sahaja niat kita .

Dalam keadaan ekonomi meruncing,masalah sosial kian parah ,gejala murtad menjadi-jadi ,apakah insan-insan politik belum sedar semua ini? Pasti mereka sedar jawabnya Cuma apa yang nak diperkatakan suasana itu yang membuat kita tersasar tugas asal kita.Dari tugas membela bertukar tugas membela teman-teman yang di aniaya oleh musuh-musuh politik sehingga lah ini menjadi perbalahan kedai kopi. Tidak di persalahkan mereka kerana ini terjadi kerana kebodohan mereka yang sedia bodoh .

Sahabat sekelian ..

Mahasiswa sekarang perlu berani untuk bersuara ,orang peringkat pertengahan harus tampil, cendiakawan islam perlu bangkit,ahli akdemik harus sedar , suasana ini tidak akan berakhir andai kita masih diulit keenakan habuan yang kita dapat hasil tangan kita itu .Ingat segalanya akan dipersoalkan .
Indah bumi ini hasil tangan manusia dan musnah juga hasil tangan manusia. Haiwan yang ada memberi tunduk akur pada manusia sebagai khalifah. Tapi akan sia-sia mereka, andai kita memusnahkan alam ini.

Suasana yang berlaku ayuh kita bangun , bangun umat melayu yang dikatakan mudah lupa, bangun umat islam yang menyatakan iman pada sang pencipta yang menurunkan pelita pada seluruh umah ini, ayuh bersatu wahai rakyat Malaysia kita hancurkan tangan-tangan yang merosakkan. Ayuh kita bangun membina satu pakatan di atas pelita ILAHI yang agung.Kita pecah tembok bangsa , pecah tembok kebodohan sekular, kita hancurkan benteng material .

Aku tidak mengajak untuk mengangkat senjata , aku n tidak mengajak untuk bertikam lidah . Apa aku serukan ialah kita bangun dari lena yang terbuai selama ini. Apa kita menunggu lagi? Gemggam tekad juang ini, usag dihirau rintagan yang mendatang,hiraukan habuan di dunia yang menanti kita, yang membuat kita tidak takut dan bersedih dikemudian hari ...




Sepenuhnya

KHUTBAH MASJID SAIF SHIBIN ELKOM: VIRUSAT AL-KHANAZIR

Jumaat, 1 Mei 2009

Peranan kutbah dalam menyentuh isu semasa umat tidak dapat dinafikan lagi apabila hari ini khatib luar jemputan ke masjid saif menngupas isu virus babi yang menular sekarang.Dengan kupasan beliau menyatakn islam telah mengharamkan babi dan kita wajib beriman walau kita mengetahui ia punya mudharat atau tidak. Khatib juga menekankan bahawa semua perkara yang di halalkn dan di haramkan punya hikamhnya beliau mengajak agar kita sentiasa berjaga-jaga dengan kaedah "alwiqoyah khairun minal ilaj" ( mencegah lebih baik dari mengubat)


Dulu selsema burung… sekarang selsema babi…

Seperti yang diketahui umum , wabak Selsema Babi sedang melanda Mexico dan Amerika Utara beberapa hari lepas. 81 orang maut di Mexico ,menjangkiti 12 orang di Amerika Syarikat dan buat pertama kalinya pihak berkuasa di New Zealand mengesahkan 10 pelajar negara berkenaan yang baru pulang dari Mexico menghidap selesema babi dan terpaksa dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga..
Update! : 65 orang telah dijangkiti penyakit ini di Amerika Syarikat, California Perintah berkurung… Costa Rica pula menjadi negara pertama di Amerika Tengah pertama mengesahkan virus berkenaan disahkan menular di negara itu , manakala Eropah, Israel dan New Zealand terus menyaksikan peningkatan kes.Korea juga telah melaporkan rakyat mereka telah dijangkiti selsema babi… buat masa ni 9 orang telah dikesan.

Selsema Babi, merupakan satu penyakit respiratori (sistem pernafasan) yang selalu ditemui dalam kawanan babi, disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1) yang telah mengalami mutasi dan menghasilkan strain baru. Selsema ini yang selalunya berlegar dalam spesis babi sahaja, dilihat mula menjangkiti manusia dan mula dikesan dalam manusia sejak 1988.

Namun menurut laporan Centres of Disease Control and Prevention Amerika Syarikat atau singkatannya CDC, jumlah kes Selsema Babi dilihat semakin meningkat sejak Disember 2005 sehingga Februari 2009, dan semua kes ditemui di negeri-negeri Amerika Syarikat. Sedari Mac 2009 hingga April 2009, lebih 1000 kes Selsema Babi dikesan di Mexico, dan lebih dari 80 kematian yang dikaitkan dengan virus H1N1 dilaporkan. Tanggal 26 April 2009 (kelmarin), Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat mengisytiharkan wabak Selsema Babi ini sebagai kecemasan kesihatan awam (public health emergency), setelah lebih 20 kes dikesan di seluruh Amerika Syarikat.

Simptom-simptom yang dipamerkan pesakit yang dijangkiti H1N1 adalah seperti, selsema, demam, batuk, kepenatan dan juga kurang selera makan. Ada juga laporan menyebut bahawa pesakit mengadu sakit tekak, loya, muntah-muntah dan cirit-birit. Virus H1N1 ini dipercayai menjangkiti manusia ke manusia melalui udara, titisan rembesan hidung mahupun mulut yang berlegar di udara. Selsema Babi mudah menjangkiti manusia lain dalam lima ke sepuluh hari pertama jangkitan. Ubat yang disarankan adalah seperti; amantadine, rimantadine, oseltamivir dan zanamivir, walaubagaimanapun, untuk wabak terbaru ini, rawatan yang disarankan adalah dengan menggunakan oseltamivir dan zanamivir. Vaksin untuk selsema manusia bermusim tidak melindungi manusia dari Selsema Babi.

Sebagai langkah pencegahan juga, orang awam digalakkan memakai topeng dan juga melaporkan diri pada klinik atau hospital berdekatan jika ada melawat negara-negara (dalam sebulan yang lepas) yang telah diisytihar dilanda wabak Selsema Babi.
Renung-renungkan :

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang Yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang Yang disembelih kerana Yang lain dari Allah, dan Yang mati tercekik, dan Yang mati dipukul, dan Yang mati jatuh dari tempat Yang tinggi, dan Yang mati ditanduk, dan Yang mati dimakan binatang buas, kecuali Yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan Yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib Dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. maka sesiapa Yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda Yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. AYAT 3:SURAH AL-MAIDAH




Sepenuhnya

BUNIUH DIRI TIME EXAM>>>>>> DONT TRY THIS >>>>>>

Isnin, 27 April 2009





SALAM BLOGGER
sedar tidak sedar dah hampir imtihan ...Aku pun sedar tak sedar dah nak abih sesi pemerintahan aku hehhhehe Apa pun dekat imtihan Im just want to say "LET STUDY HARD FOR ISLAM" heheheh bahasa caroi " ISLAM FOR ALL" ayuh kita berusaha
.... Cuma aku mohon maa kalau ada salah silap pada semua teman-teman dan sahabat-sehabat ku sekelian ..DOAKAN AKU najah ok .. .. SESI imtihan otak beku nak menulis hahahaah OK JUMPE LAGI
SELAMAT BERJAYA SEMUA



Sepenuhnya

Bertanggung Jawab lah

Isnin, 20 April 2009


BISMILLAH WAL HAMDULILLAH

Isu hot lagi panas masih bergelora dan perlbagai pihak balas membalas kenyataan.Semalam PMRAM telah menhantar surat kepada jpmk sebelum mengeluarkan kenyataan mereka,manakala semalam pihak isma mengeluarakn kenyataan, dan semalam jugak ada blogger yang menyokong tindakan PMRAM ada juga yang kata dah lambat.Tapi itu bukan perkara nak aku sebutkan .

Sahabat sekalian,

Ayuh kita berfikir dengan apa yang telah berlaku dan dengan takdir Ilahi yang telah menyebabkan kita tercalar begini.Apakah apa yang berlaku itu kita mahu ia berlalu begitu sahaja? Sebenar apa yang terjadi itu adalah kerana mnegjar kita agar berfikir dan mengambil pengajaran ,agar kita tahu tindakan kita ini perlu ada tanggungjawab sepertimana dalam dunia ini kita akan dipertanggungjawabkan di akhirat.

Sahabat Yang dirahmati ,
Ingatlah jangan cuba lari dari apa yang berlaku itu ada kaitan dengan kita kerana a-quran menyebut yang kita fahami sesiapa yang memperlakukan sebesar zarah kebaikan akan diperlihatkan Allah dan Sesiapa yang melakukan kejahatan sebesar zarah pun akan diperlihatkan oleh yang maha melihat. Kenapakah apabila keluarnya satu perkara yang kadang kala membuat kita terpalit sedikit pada kita sedikit malu padahal kita bersama-sama di situ lantas kita mengatakan kita tidak menguruskan hal itu? . Dan ada menjawab kita diluar kawalan . Inikah kita yang menjawab selaku orang yang sentiasa faham dan mengerti erti tanggungjawab. Ayuh fikir-fikirkanlah...

Oleh itu , fkirlah seandai kita benar bertanggungjawab maka akuilah ia itu tanggungjawab kita tapi seandai kita lari sampai kapan kita mahu melarikan diri dari hakikat hidup ini...


Yang Lemah
panglimakahfi
Sepenuhnya

Apabila Ustazah Mula Menari .

Khamis, 16 April 2009

Salam kasih salam sayang buat sahabat sekalian entri hari ini mengajak sahabat berfikir..







DIMANA KITA?
Ana mengajak sahabat untuk berfikir dimana kita berada sekarang? mungkin semua bole menjawab..seandai kita tahu dan sedar bahawa kita dibumi anbiya sebagai amanah untuk menjadi seorang ulama , pendakwah ,pengajar pendidik dan sebagaiNYA
Salam kasih salam sayang buat sahabat sekalian entri hari ini mengajak sahabat berfikir
Adakah kita layak hadir menjadi penari? ...Mungkin sahabat berpandangan satu perkara biasa dan tidak jelik ..Bagi ana

yang waras ini merasakan amat jelik apabila akhawat kita menjadi bahan tonton sahabat-sahabat sekalian.. Adakah ini yang

akan kita sembahkan kepada masyartakat di malaysia yang dahagakn ILMU dan sentuhan rohani dari kita sebagai orang yang

bakal bergelar ustaz dan ustazah ..

Apakah Perlu?
Apakah perlu kita hendak berbicara hal hukumnya lagi? Ana rasakan semua kita mengerti dan memahami itu semua tidak

perlu kita bicarakan .. ANdai di bicara pasti kesemua nya punya jawapan tersendiri bagi menyatakan bahawa mereka benar..

Budaya Islamkah ini?
Wahai sahabat ku dari ISMA, JIM dan ABIM adakah ini kamu juangkan dalam dakwah kamu? Wahai SAHABTKU dari KELAB UMNO

dakwah inikah akan kamu nyatakan di MALAYSIA nanti? Tidak perlu di jawab semua ini ..Berfikirlah dengan fikiran

seorang orang yang punya ILMU didada.. Timbagan manakah menyatakan wanita bisa mempersembahkan tari meraka di hadapan

AJNABI? Budaya siapakah ini?

Dimana BEZA?

Apakah beza mereka yang dengan penari balet jika dibandingkan mereka di atas? Berfikirkah wahai azahariku!!!!! Wahai temanku !!!

Dimana MALU kamu ? Aku insan lemah ini malu pabila dikatakan AZhari begitu dan begini... Sahabat Jangan calarkan arang di wajah azahari yg suci..
wahai MSD JPMK ISMA ABIM JIM UMNO MESIR>>
Inikah kamu katakan tarbiyah kamu pada pewaris agama ? Inikah yang kamu katakan keterbukaan mahasiswa? Inikah yang

dikatan Mahasiswa jangan jumud ?













Sepenuhnya

AYUH TENANGKAN DIRI DENGAN ZIKIR

Rabu, 1 April 2009

Hanya zikir itu menenangkan HATI,Apakah layak dikata bila berzikir jadi panas seperti sangka mereka-mereka yang tidak mengetahui hakikat zikir?




Sepenuhnya

HINDARI LAH



Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Manusia Istidraj


Rasullulah s. a. w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.

Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul'Ibad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.

Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.

Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

Wallahualam.
EHSAN FAUZYN WEBSITE

Sepenuhnya

AKIDAH : ASAS DALAM SEGALA PERJUANGAN

Rabu, 25 Mac 2009


Perlunya belajar Ilmu Usuluddin terlebih dahulu sebelum memperdalamkan ilmu Tariqat dan Ilmu Haqiqat kerana di khuatiri kita akan tersasul atau tersalah dalam I’tiqad kita. Kalau I’tiqad sudah sesat segala ibadat kita akan hancur sehancur-hancurnya. Bahaya inilah yang paling dibimbangi oleh Ulama sufi dahulu kala dan zaman sekarang dan banyak kita saksikan segala macam fitnah yang berlaku di kalangan orang yang kononnya ahli tariqat atau ahli makrifat atau ahli haqiqat atau ahli wushul atau ahli irfan dan segala macam nama yang muluk-muluk lagi mencetuskan kerosakan pada ilmu Tariqat itu sendiri.


Dalil Pertama:
Adapun dalil kepentingan mempelajari Ilmu Tauhid atau Ilmu Usuluddin khusus bagi mereka yang ingin memperdalamkan ilmu Tariqat dan ilmu haqiqat ialah :
Kata Syeikh Daud Al Fathani :

“Maka apa ‘kufur’ yang terlebih besar dari kufur ini? Dan apa fikah(pemahaman atau aliran pemikiran) daripada fikah ini yang membawa kepada zindiq dan mulhid.Maka sebab yang demikian kerana jahil ia akan hukum Ilmu Usuluddin dan jahil akan I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Tiada kenal apa yang wajib bagi Allah dan apa yang mustahil dan apa yang harus bagi Allah , maka segala ibadatnya (akan menjadi) debu yang berterbangan, kerana ibadat dan taat itu terhenti di atas sah I’tiqad iaitu sah iman dan Islam. Maka tiada sah sekelian ibadat dan taat maka dimana beroleh ia dapat ‘taraqqi’ daripada satu maqam kepada satu maqam ? Maka jika tiada ada taraqinya betapa dapat fana’ dan betapa dapat zauknya dan wajdan? Maka betapa ia dapat haqiqat maka jadi sekelian yang dikatakan ini DAKWA jua dan segala yang menyalahi yang keluar pada tangannya itu,j ika ada, dinamakan ‘istidraj’ jua maka tiada dinamakan karamah. Seperti kata Syeikh Muhammad Fadhlullah di dalam Tuhfatul Mursalah.

Dan setengah daripada pekerjaan yang mustahil pada aqal dan pada syara’ ialah sampai seseorang kepada maqam yang di namakan ‘Wahdatul Wujud’ orang yang tiada menjalani dengan syariat dan tariqat maka ia dapat haqiqat yang demikian itu adalah DUSTA dakwanya dan orang yang dakwa SYAITAN. Dan segala perkataannya itu tiada dapat zauk(Yang haq) dan hanya khabaran jua. Dan dimana ada boleh ia dapat zauq pada orang sesat di dalam ‘bahrun zindiq’ dan ikhwan syaithan’. Maka inilah yang ada banyak pada akhir zaman dinamakan DAJJAL seperti yang di sabdakan di dalam hadis nabi s.a.w. : “Tiada berdiri hari qiamat hingga keluar tiga puluh Dajjal dahulu”.Na’uzubillahi min dzalik”

Daripada Kata Syeikh Daud Al fathani ini dapatlah di simpulkan begini:

a. Memahami Ilmu Haqiqat terutama Ilmu yang melibatkan pengalaman keruhanian iaini musyahadah, zauk, wajdan, mukasyafah dan membicarakan Ilmu usul tahqiq atau Usul Haq kesemuanya mestilah terlebih dahulu memahami dan memperteguhkan pemahaman Ilmu Usuluddin supaya I’tiqad kita selamat dan tidak tergelincir dari mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Kalau belum mantap dan mahir dalam Ilmu Usuluddin tinggalkan dulu darihal membicarakan Ilmu Haqiqat apatah lagi memperdalaminya kerana dibimbangi salah fahaman yang di terimanya. Bila salah fahaman maka salah pula tindakannya. Bila salah tindakannya maka Bid’ah jadinya. Bila Bid’ah jadinya neraka datang menggaru.
b. Kegelinciran dalam I’tiqad adalah sesuatu yang amat besar! Jika I’tiqad tidak sah atau diragui kebenarannya maka segala ibadat zahir mahupun batin akan hancur seperti debu yang berterbangan tiada nilai langsung! Cakapnya tinggal dakwaan saja atau pengakuan saja tetapi sebenarnya dia sebenarnya dusta samada dusta pada orang lain mahupun dirinya sendiri. Tak perlu lagi nak berbicara soal-soal yang hebat-hebat misalnya musyahadah, muqabalah, mukafahah, makrifat ,l aduni, Ahdiah, Lata’yin atau macam-macam istilah sufi yang muluk-muluk itu kerana ianya tak lebih pada khabar(cerita) saja.

Inilah mertabat ghurur(tipudaya) yang tidak disedari dari kalangan keruhanian yang menyangka diri mereka adalah sufi seperti yang diceritakan oleh Imam Al Ghazali dalam bab Al Kasyfu wat Tabyin fi Ghururil Khalqi Ajma’in dalam Ihya’ Ulumiddin bahawa dalam kelompok ketiga dari kalangan orang yang ingin bersufi itu bahawa:

“Mengaku mempunyai ilmu mukasyafah(ilmu yang tersingkap segala hijab) dan mampu musyahadah dengan Allah Ta’ala melampaui maqam-maqam sufi, wushul(telah sampai ke darjat makrifat) dan menetapi haqiqat penyaksian,wushul sampai dekat. Padahal mereka ini tidak pernah wushul kepada Allah Ta’ala kecuali hanya kata-kata lisan dan nama saja.” Dan kata Imam Al Ghazali lagi:”Mereka ini mengaku dirinya telah sampai kepada Allah Ta’ala dan tergolong orang-orang muqarrabin(orang yang hampir dengan Allah Ta’ala).Padahal di sisi Allah Ta’ala tak lebih dari pengkhianatyang mungkar dan munafik”.

Marilah kita memohon keampunan dan Rahmat dari Allah Ta’ala supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang di murkai Allah. Berlindung kita dengan Allah Ta’ala daripada segala kejahatan yang dijadikanNya.
c. Tiada boleh sampai kepada mertabat haqiqat sebelum menjalani syariat dan tariqat mengikut yang di sepakati dalam sunnah perjalanan kaum sufi. Dan haram berguru kepada seseorang yang belum sempurna keempat-empat perkara iaini Syariat,Tariqat ,Haqiqat dan Makrifat mengikut segala adab dan kawaid kaum sufi.
d. Untuk memahami I’tiqad yang benar itu semestinyalah mempelajari Ilmu Usuluddin bagi Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang dibangsakan kepada Imam Abu Hassan Asy’ari dan Abu Mansur Maturidi sepertimana yang ditulis oleh Mufti Kerajaan Negara Brunei Pehin Dato Seri Maharaja Dato Seri Utama Haji Ismail Bin Omar Abdul Aziz dalam buku Aqidah Ahlus Sunnah Waljamaah m/s 36 jilid 1 bahawa:

“Berkata Imam Tajuddin As Subki yang kembali ke rahmatullah pada tahun 771 hijrah dalam Syarah Aqidah Ibni Al Hajib : ‘Yang dimaksudkan dengan nama Ahlus Sunnah wal Jamaah pada masa sekarang(pada masanya) ialah pengikut-pengikut Al Imam Al Asy’ari yang mati tahun 324 hijrah dan pengikut-pengikut Al Imam Abu Mansur Al Maturidi yang kembali ke rahmatullah pada tahun 332 hijrah’ ”.

Dalil Kedua:
Perlu dilihat dari sudut kepentingan Ilmu Usuluddin dan kedudukannya terlebih dahulu dan setelah jelas tentang kedudukannya maka nyatalah betapa perlunya ilmu ini dalam perjalanan atau suluk kita ke makrifatullah.

Adapun Ilmu Usuluddin ini adalah ilmu yang paling asas sekali, tanpanya seseorang itu tak akan mengenal Tuhannya. Dan bilamana Tak kenal bagaimana nak menyembahNya?

Lihat mabadi Ilmu Usuluddin. Bahawa kedudukannya adalah usul bagi agama dan segala ilmu yang lain berpunca dari ilmu ini! Dalam kitab Risalah Tauhid di sebut :

“Nisbahnya dengan ilmu yang lain ialah ilmu yang dibangsakan kepada agama Islam yang paling utama(pokok) sekali. Dan kelebihannya iaitu semulia-mulia dan setinggi-tinggi ilmu daripada ilmu-ilmu yang lain. Dan juga kerana Ilmu Usuluddin(Ilmu Tauhid) ini jadi asal bagi segala ilmu-ilmu yang lain yang wajib diketahui dan lagi kerana mulia maudhu’nya(perbahasannya) iaitu Zat Tuhan dan Rasul. Dari itu jadilah ia semulia-mulia ilmu.”


Masakan kita kata Ilmu Usuluddin ni tak penting atau pun bolehkah kita memperkecilkan dia semata-mata kita sudah memperdalami Ilmu Haqiqat atau Ilmu Zauk? Sebenarnya tak faham ilmu haqiqat masih boleh dimaafkan tapi awas kalau tak faham atau tak belajar ilmu Usuluddin buruk padahnya!

Bahkan ada setengah kitab Usuluddin dalam membicarakan tentang mabadi(pembukaan atau sari kata) Ilmu ini seperti yang tercatit di dalam kitab Peta Aqidah Tauhid jilid pertama yang di susun oleh Imanuddin Yahya bagi Pasentren Islam Al Ansar Tanjung Pura Langkat bahawa:

“Bahawa tiada ditimbang amalan seseorang jika seseorang itu tiada mempelajari iaini jahil akan Ilmu Tauhid(Ilmu Usuluddin) ini”.

Faqir percaya semua bersetuju akan kepentingannya TERUTAMA bagi mereka yang nak terjun ke alam tariqat, haqiqat dan makrifat. Tiada alasan, soal tidak memadai dengan mempelajari Usuluddin tanpa memperkayakan dengan ilmu tariqat dan haqiqat itu persoalan kedua tetapi nak memperemehkan kepentingan Ilmu Usuluddin Faqir dalam apa keadaan sekalipun tidak bersetuju.

Faqir juga mengharapkan kita insya’allah lebih berhati-hati dalam persoalan membicarakan maratib ilmu(Tertib ilmu).

Jangan sampai kita memperemehkan atau memperbandingkan (mengikut fikiran nafsu samar kita) ilmu-Ilmu Islam sampai kadang kala terlancut perkataan ‘Ilmu hak tu tak sampai kemana’ atau ‘sekadar ilmu kulit sahaja’ dijauhkan Allah daripada kita bersikap demikian. Itu tanda kita jahil adab.

Sebenarnya semua ilmu tak kira asalkan ilmu itu dibenarkan syara sementelah ilmu yang dituntut syara maka wajib kita mencintainya nisbah melihat keindahan ciptaanNya.

Dalil Ketiga
Dalam Buku Ilmu Tasauf karangan Ulama Diraja Ustaz Muhamad Samman Khati yang di susun oleh Saudara Mokhtar Petah menjelaskan kepada kita bahawa wajib bagi orang yang ingin terjun ke dalam dunia keruhanian (Tariqat). Mesti mempelajari dan mahir dalam bidang Usuluddin supaya tidak sesat dalam perjalanannya kerana syaitan sentiasa berusaha merosak kan I’tiqad si salik supaya hancur segala amalannya.

Dalil Keempat
Dalam Kitab Sirrus Salikin bagi karangan Syeikh Abdus Samad Al Falimbani Jilid Ketiga ada menyatakan bahawa syarat untuk seseorang itu berbai’ah tariqat terlebih dahulu mursyidnya mengajar akan taubat dan ilmu fardhu ‘ain iaitu Ilmu Usuluddin, Ilmu Fiqah dan Ilmu Tasawuf maka barulah ia ditalkinkan dia akan tariqat.Apatah lagi bukan terus belajar haqiqat !!

Faqir menyambung kata Syeikh Daud Al Fathani bahawa:

“Betapa ia dapat Ilmu haqiqat padahal Ilmu Usul belum ia tahu dengan baik dan ilmu syariat yang zahir tiada dapat ia faham pada pekerjaan ibadat yang fardhu dan sunat dan sah dan batalnya istimewa pula ia mengetahui ilmu Tariqat. Maka takut diri tiada ada orang yang berkepercayaan pada agamanya pada Usuluddin , ilmu yang zahir lagi mudah maka apa pula kita percayakan dia pada ilmu haqiqat yang tiada sempurna kepadanyamelainkan dengan ‘suluk’ pada guru yang mursyid lagi yang washil ilallahi Ta’ala dengan zauk dan wajdan yang di dapatnya dengan syuhud dan a’yan dan tiada lagi berkehendak kepada dalil dan burhan”. Kesan dan akibat jika Ilmu Usuluddin diabaikan atau tiada mahir dalam persediaan untuk menjalani Ilmu Tariqat dan ilmu Haqiqat.

a. Dikhuatiri akan menyebabkan fahaman pegangan I’tiqad terkeluar dari mazhab yang diredhai iaitu mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah secara tidak disedari dan mengakibatkan terkeluar daripada kaedah sunnah kaum sufiah sepertimana dikatakan oleh Qutubul Ariffin Al Kabir Syeikh Abdul Aziz al Dabbagh r.a. dengan katanya :

“Tidak akan terbuka (dari selindung hijab) kepada seorang hamba melainkan jika ia berada dalam pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Tidak ada seorang wali Allah dari aqidah selainnya.”

Maka akan terjadilah penyelewengan yang menyeret orang lain kekancah zindiq akibat kecuaian ini. Justru itu lahirlah bermacam-macam fahaman yang pelik-pelik sesat lagi menyesatkan misalnya yang dinyatakan oleh Syeikh Abdul Qadir Jilani dalam Kitab Sirrul Asrar dan Tuhfatur Raghibin bagi Syeikh Muhammad Arsyad yang menyatakan puak sesat dalam kaum yang ingin bersufi. Perkara-perkara salah I’tiqad ini adakalanya berhubung dengan ketuhanan adakalanya berhubung dengan kenabian adakalanya berhubung dengan sam’iyat iaini perkara-perkara ghaib yang di sampaikan oleh Rasulullah s.a.w. contohnya

Berkaitan Ketuhanan:
i. Mengi’tiqad Tuhan dan hamba bersatu.
ii. Mengi’tiqad Allah Zat dan hamba sifatNya.
iii. Mengi’tiqad diri adalah dari Nur Tuhan.
iv. Mengi’tiqad dirinya Allah.
v. Mengi’tiqad Allah bertempat dan berpihak.
iv. dll yang seumpama dengannya yang bercanggah dengan fahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
.
Berkaitan kenabian:
i. Mengi’tiqadkan ada nabi selepas nabi Muhammad.
ii. Mengaku diri sudah jadi nabi atau dirinya diresapi ruh Nabi Muhammad.
iii. Menafikan kenabian Muhammad zahir yang maklum dan menetapkan sebenar nabi adalah Muhammad awal saja iaini nur saja
iv. Nabi melakukan dosa.
v. mertabat wali mahsum macam nabi.
vi. dll yang seumpama dengannya.
.
Berkaitan perkara² Sam’iyat:
i. Akhirat sebenar tiada tapi akhirat sebenar di dunia ini.
ii. Kiamat sebenar adalah kiamat diri dan kiamat alam sebenarnya tiada.
iii. Mengaku Imam Mahdi atau jadi tentera-tenteranya dan cofirm jadi ahli syurga.
iv. Neraka sebenarnya tiada Cuma ada pada istilah saja begitu jugalah syaitan ,syurga, loh, arasy dan sebagainya kesemuanya ujud dalam istilah saja tiada hakikatnya.
v. dan lain-lain I’tiqad yang seumpama dengannya.

Kesemua di atas tadi adalah contoh-contoh I’tiqad yang sesat lagi menyesatkan yang tiada boleh di pegang dalam menjalani jalan tariqat .(boleh rujuk Risalah Tasawuf Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal sebagai panduan berhubung dengan I’tiqad yang sesat bagi yang nak bersufi).
b. Tertipu di alam malakut iaini alam keruhanian

Bilamana tiada punya ilmu yang cukup terutama Ilmu Usuluddin(tak terkecuali Ilmu Feqah dan Ilmu Tasawuf sekurang-kurangnya kadar fardhu ‘ain) maka syaitan dan jin(makhluk halus) akan mudah memperdayakan dan dah banyak terjadi. Apabila seseorang berada di alam ini segala macam tipudaya berkumpul di sini. Apa yang faqir di beritahu bahawa pokok persoalan tipudaya di alam ini ialah untuk merosakkan niat dan I’tiqad bagi orang yang menempuh di alam ini. Sebab itu di samping ilmu yang mencukupi bimbingan Syeikh Mursyid yang kamil mukamil amat penting di sini. Di alam malakut ini seseorang akan di buka sesuatu yang ajaib, indah(di sisi alam rendah) tapi penuh prasangka dan apabila prasangka sudah terkena maka title diri pun menjelmalah.

Mulalah dah mengaku sultanul Auliya, Wali Quthub, Wali abdal, Ghaus tak kurang juga versi nusantara panglima hitam, Panglima Berantai, Hang Tuah, Tuk janggut, Daeng Prani, Daeng Selili dan macam-macam lagi yang kadangkala menakutkan menggayatkan orang yang mendengarnya mungkin juga tak lama lagi timbul pulak Osama Ben Laden di alam malakut. Dijauhkan kita oleh Allah Ta’ala akan terkena sangkaan dan di lindungnya di atas jalan syariatNya.

Ada juga yang percaya pada tanasukh iaini ruh wali menyelap ke dalam tubuhnya ini juga suatu bahaya yang merosakkan iman dan Tauhid kita kepada Allah Ta’ala. Manakala kalau fasal mimpi saja bagi yang menempuh alam ini bertambun banyak asyik-asyik mimpi , kadangkala dah kerana terlalu ta’asub dengan mimpi semua kerja buat dan usahanya pasti tunggu mimpi kerana di sangka mimpi tu ilham.

Alam ini juga selalu terjadinya kasyaf kauni iaini tersingkap baginya rahsia sesuatu benda(taraf keduniaan) atau apa saja pandangan yang di nisbah kepada bathin termasuk dalam hal perubatan, menilik(scan), nampak atau berfirasat akan hati atau sifat orang lain yang kesemuanya ini masih bukan tujuan tariqat yang sebenar dan bilamana seseorang terhenti pada hal-hal ini maka syaitan telah berjaya memesongkan tujuan dan niatnya dan akhirnya segala macam keupayaan zikir-zikir atau wirid-wirid atau muraqabahnya dapat di gunakan secara halus atas maslahat diri(keduniaan) cuma versinya saja bertukar atau datang di bisik akan hati kecil bahawa aku sudah kasyaf, aku sudah boleh scan hati orang, aku sudah boleh bantu orang lain jadi mungkin Allah dah lantik aku menjadi waliNya sebab semua permintaan aku sudah dimakbul Allah. Maka ujub pun datang menyelinap dalam hati kecil kita tanpa disedari habis segala amalan kita hancur sehancurnya. Mohon kepada Allah Ta’ala akan taufiq dan hidayahNya. Mengapa kita suka pada title atau suka membuat pengakuan? Lihat bagaimana sikap baginda Rasulullah s.a.w. bila dalam satu riwayat bahawa Allah Ta’ala bertanya kepada semua Ulul Azmi:

Wahai Nuh siapa kamu? Aku najiyallah(yang di lepaskan oleh Allah), Wahai musa siapa kamu? Aku kalamullah. Wahai Isa siapa kamu? Aku ruhullah(Yang dimasukkan ruh oleh Allah ke dalam perut Siti Mariam tanpa bapa) Wahai Ibrahim siapa kamu? Aku Khalilullah (Teman bagi Allah) dan bila di tanya kepada baginda Rasulullah s.a.w. Wahai Muhammad siapa kamu ? maka jawab baginda s.a.w. Ana yatim( aku anak yatim tiada ibu dan ayah).

Baginda seorang nabi yang paling tinggi mertabatnya dan tiada yang paling atas mertabatnya di sisi Allah Ta’ala melainkan hanya baginda seorang tapi terlalu merendah diri jauh dari inginkan sebarang gelaran tapi kita baru boleh berzikir sikit baru boleh sholat sunnat terbuka di alam malakut saja dah terkejut dan terus mabuk dengan pengakuan demi pengakuan. Itu tandanya syaitan dah tipu kita supaya kita leka dengan sanjungan orang ,suka dengar pujian orang itulah suma’ah namanya iaini penyakit hati yang menyerang kita tanpa kita ketahui akibat cuai belajar ilmu tasawuf dan usuluddin.

Mudah saja kalau kita nak ukur diri kita sendiri caranya ialah bilamana kalau orang puji kita atau orang sayang kita atau orang angkat kita apa agaknya rasa hati kecil kita ? rasa syok dak, rasa bangga ke, rasa lega ke kalau ada berdegup rasa-rasa ini itu tanda jangan harap kita boleh terselamat di alam malakut ni kerana pengaruh dunia dan maslahat diri masih menebal atau menyorok di dalam sanubari kita. Sebab itu niat dan Tauhid mesti tepat , padu dan murni samada ilmunya , amalnya ataupun halnya.

Suatu masalah.
Nanti ada yang berhujjah pulak mengapa Syeikh Abdul Qadir Al Jilani mengaku dia nya sultanul Auliya dan kewaliannya amat tinggi sehingga dikatakan leher para wali di bawah kakinya? Soal Syeikh Abdul Qadir Jilani itu soal lain dan ada cerita lain dan tak boleh di anggap takabur. Soalnya apakah kita ni dah sama taraf dengan Syeikh Abdul Qadir Jilani ke ?

Bagaimana ibadatnya, ilmu nya samada muamalahnya mahupun mukasyafahnya, mujahadahnya, wara’nya ukur lah dulu baru boleh pasti! Yang faqir risau air kaki Syeikh Abdul qadir jilani pun belum sama taraf dengan kita lagi apatah lagi nak di ukur dengan ilmunya, amalnya dan sebagainya.(maaf bahasa agak kesat) Maka berpijaklah bumi yang nyata. Akuilah kelemahan dan kedhaifan kita itu lebih baik untuk kita dari kita daripada mengaku benda yang kita sendiri tiada di beri ilmu tentangnya.

Ingatlah segala maqam yang di kejar, title, ilmu kiramah ibadat kita masih belum ada jaminan kita selamat di sisi Allah Ta’ala sedangkan Allah hanya menjamin orang yang benar-benar ikhlas terhadapNya. Dan sesungguhnya ikhlas itu rahsia Allah Ta’ala dan segala ibadat yang diterima Allah Ta’ala di akhirat nanti hanyalah ibadat yang ikhlas maka siapakah boleh mendakwa di sini (di dunia ini) bahawa dia sudah ikhlas? Sebab itulah orang yang mengaku itu dan ini seolah-olah telah ketahui amalannya sudah makbul apa benarkah dia? Gunakanlah aqal dan timbangan syara’ supaya kita tidak ta’asub buta ! Wallahu’alam.

Masalah kedua.
Timbul pula satu dakwaan bahawa berkawan dengan makhluk halus iaini jin atau khadam atau muakal ayat adalah satu kiramah juga. Ini adalah merupakan suatu ‘gejala’ atau tipudaya di alam malakut ini akibat daripada tak menguasai ilmu Usuluddin(darihal bab perkara-perkara yang menyalahi adat).

Bukannya semua di alam malakut ini boleh kita terima sewenang-wenangnya. Memang ada pendapat ulama berpendapat bersahabat dengan jin itu hukumnya harus TETAPI ada syarat-syaratnya dan bagi murid yang hendak dan sedang berjalan menuju makrifat dengan sebenar-benar makrifat kepada Allah Ta’ala maka HARAM dia bersahabat dengan jin walau apa jenis jin pun (walau kembarnya sekalipun) bahkan layan pun tak boleh kerana jin itu sendiri ada jazbahnya(tarikan) yang tersendiri yang mana jazbahnya itu amat bertentangan sekali dengan jazbah fillah (untuk makluman lanjut sila baca Buku Mengenal Diri dan Wali Allah karangan Ustaz Mustapha al Jiasi anak murid Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal Syeikh Mursyid Tariqat Ahmadiah dalam bab Keramat Khadam).

Ada juga yang berpendapat bahawa bersahabat dengan makhluk halus itu adalah suatu kiramah atau anugerah dari Allah. Pendapat ini tidak benar kata Syeikh Abdul Wahab Asy Sya’roni di dalam kitab Yawaqitu wal Jawahir yang dinukil dari kitab Tuhfatur Raghibin :

“Bahawa bersahabat dan bersekedudukan dengan jin itu sangat keji. Barangsiapa memilih dan melebihkan sekedudukan dengan jin daripada sekedudukan dengan ulama maka orang itu sangat jahil. Kerana yang ghalib atas jin itu adalah perbuatannya dan perkataannya berlebih-lebihan dan dusta jua seperti kelakuan manusia yang fasiq. maka orang yang beraqal berlari ia daripada bersahabat dan bersekedudukan dengan dia(jin) seperti liar ia bersahabat dengan orang fasiq”.

Dan kata Syeikh Mahyuddin Ibnu Arabi dalam kitab Al Futuhat yang faqir nukil dari kitab Tuhfatur Raghibin iaitu :

“Adalah orang yang sekedudukan dengan jin itu tiada beroleh ilmu akan Allah kerana jin itu sangat jahil akan Allah dan akan sifat Nya”.

Dan di jelaskan lagi oleh kitab yang sama (Tuhfatur Raghibin) :

“Dan terkadang menyangka oleh yang sekedudukan dengan dia (jin) itu bahawa segala perkara yang dikhabarkan oleh jin daripada barang yang berlaku di dalam alam itu adalah karamah daripada Allah Ta’ala baginya. Maka sangkanya itu adalah bathil. Dan hanya adalah yang kesudahan jin kepada manusia itu bahawa di beri tahu akan segala khasiat segala tumbuh-tumbuhan, dan khasiat batu dan kahsiat isim dan huruf maka iaitu dibilangkan daripada Ilmu Kimiya jua iaitu ilmu yang di cela syara’ “.

Ini menunjukkan dakwaan bersahabat atau bersekedudukan dengan jin (makhluk halus) sebagai karamah adalah suatu kesilapan besar! Sudahlah menjadi hijab dalam perjalanan makrifat kemudian di ajar pula ilmu-ilmu yang menyebabkan kita akan bertambah jauh dari Allah Ta’ala. Adakah ilmu ini (ilmu yang di ajar oleh jin atau makhluk halus) di panggil laduni, waridat, ilham atau mukasyafah? Pohon kita kepada Allah Ta’ala mudah-mudahan di simpangkan dari fahaman ini.!

Sebab itu biar kita di pimpin oleh Syeikh Mursyid yang arif lagi alim benar(alim syariat dan alim haqiqat) atau istilah lain ‘tahu benar’ barang yang haq dan bathil darihal alam malakut ini.

Ada juga mengkiaskan bagaimana Nabi Sulaiman a.s. boleh bersahabat dengan jin mengapa kita tak boleh? Ini adalah kias yang tidak kena pada tempatnya. Jangan samakan mukjizat dengan diri kita yang penuh dengan noda dan dosa. Itu adalah suatu kesilapan yang amat besar !

Para ambiya adalah ma’sum dan mereka di kurniakan mukjizat dengan bermacam-macam yang hanya Allah Ta’ala saja Yang Maha Mengetahui akan hikmahnya. Memadailah kita mengikut akan barang yang nyata dalam syariatNya jangan cuba untuk menyeluk lebih jauh tanpa bimbingan guru yang aribillah.

Jangan taasub dengan mazhab tariqat sahaja.
Di antara gejala ‘sempit fikiran’ dan perkara yang di larang ialah ta’asub pada wasilah atau mazhab tariqat. Pengertian taasub pada wasilah ialah bermaksud kasihnya terhadap tariqatnya sehingga membawa cedera pada Tauhid dan ubudiyyahnya. Sehingga ada yang mendakwa bahawa hanya tariqatnya saja yang paling top, paling hampir, paling berkesan bahkan di dakwanya tariqat merekalah yang paling suci dan tiada tariqat yang paling hebat kecuali tariqatnya saja.

Inilah akibatnya apabila penguasaan ilmu di abaikan sewaktu sebelum bertariqat atau mengabaikan proses menuntut ilmu dikala sesudah bertariqat. Pemahaman kepada mazhab jamaah tariqat yang sempit menyebabkan fitnah akan merobek di dalam perjalanan kita.

Kembalilah kepada asas ilmu Tasawuf yang menuntut kepada tawadhu’ dan kerendahan diri yang benar. Jangan adakalanya kita sebagai yang menjalani ilmu tariqat itu di satu masa terlalu merendah diri tetapi di satu masa pula terlalu taasub dan meninggi diri seolah-olah orang lain seperti ‘katak keredek’ yang tiada dapat apa-apa habuan rahmat Allah Ta’ala.

Janganlah kita anggap kasyaf yang ada pada kita (kononnya) sudah menyebabkan kita memandang rendah pada orang yang tiada bertariqat atau golongan awam kerana ketahuilah kasyaf yang semacam itulah yang akan membawa kita kepada bahaya ujub dan penyakit terkena sangka yang bathil. Apa yang faqir di ajar bahawa sifat orang kasyaf ini amat tawadhu lagi begitu menyembunyikan pandangan kasyafnya. Tidak di hebahkannya bahkan lagi tersingkap kasyaf maka lagi jahil dia sabit tenggelam dalam Kebesaran Allah Ta’ala.

Secara lazimnya ahli tariqat yang sempit fikiran dan ditimpa ta’asub buta merasakan kasyaf yang didapatnya itu sudah sampai pada kemuncaknya dan yang paling malang sekali di yakinkan bahawa kasyaf itu melebihi dari usul kaum sufi iaitu Al Quraan dan Sunnah.

Sehingga ada puak yang melampau dalam dapatan ruhani mereka sehinggakan seolah-olah mereka sudah sampai sebagaimana yang Rasulullah s.a.w. sampai. Alangkah malangnya dipohon lindung daripada Allah Ta’ala akan puak ini.

Sebenarnya ketahuilah bahawa Tariqat secara umumnya ialah jalan mengenal Allah Ta’ala atau jalan menuju kepada kehampiran(qurb) kepadaNya dengan mendapat redha dan kasihNya. Adapun Ulama sufi menjelaskan bahawa jalan menuju kepada Allah Ta’ala itu terlalu banyak dan ada yang mengibaratkan sebanyak bilangan nafas makhluk. Ini bermakna terlalu banyak dan tiada di hinggakan! Bayangkan betapa banyaknya jalan yang menyampai kepadaNya. Dan ada ulama mengatakan seumpama sebanyak jari jejari yang menghubung kepada satu titik pusat dan ini bermakna terlalu banyak tariq atau cara yang menyampai kepadaNya. Dan ada orang yang Allah Ta’ala sampaikan ke hadratNya tanpa melalui jalan mazhab tariqat (yang khusus) iaini tanpa syeikh. Mungkin saudara akan terkejut ! Memang benar kata faqir. Sebab itu faqir kata ilmu Allah Ta’ala Maha Luas bukan seluas fikiran kepala kita jadi jangan ta’asub buta pada wasilah!


Ini dinyatakan di dalam kitab Ad Durun Nafis yang Di karang oleh Syeikh Muhammad Nafis Bin Idris Al Banjari :

“Syahdan maqam inilah (iaini maqam Wahdatul af’al) yang mula-mula ia anugerahkan Allah Ta’ala kepada orang yang salik(yang belajar setingkat demi setingkat di bawah pengawasan Mursyid) atau kepada orang yang lainnya iaitu seperti orang yang majzub umpamanya dan erti orang yang majzub itu di ambil Allah Ta’ala dengan terkejut serta dirinya tahu akan mengenal ZatNya dan SifatNya dan asmaNya dan af’alNya daripada tiada mengerjakan ibadat dan tiada talqin daripada guru dan tiada ijazah masya’ih.”

Ini bermakna harus bagi Allah Ta’ala memilih sesiapa yang dikehendakiNya untuk di perkenalkan DiriNya dengan jalan majzub atas sifat Kehendak dan Pemurah dan PengasihNya. Sepertimana Firman Allah Ta’ala:

“Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki dan memberi hidayah siapa yang dikehendaki”.

Inilah yang dinamai sebagai ‘Kurnia’ iaitu sesuatu yang di dapat bukan dengan jalan ikhtiar tetapi atas kehendak dan pilihan Allah Ta’ala sendiri. Manakala jalan usaha untuk menujunya iaitu dengan ibadat amal dan bimbingan Guru di namai akan ‘anugerah’ Allah Ta’ala atas ikhtiarnya di dalam taat. Cumanya orang yang majzub itu khusus dan bukan umum dan bukan sunnah untuk di ikut secara lazim(biasa). Dan akhirnya orang yang majzub itu sendiri akan kembali menjadi salik.

Fahamilah ini betapa luasnya rahmat Allah Ta’ala dan apa yang penting supaya kita belajar dan terus belajar supaya tidak menjadi sempit fikiran dan dijauhkan Allah Ta’ala dari menjadi orang yang ta’asub buta.

Wallahu’alam.

SUMBER : http://www.bicarasufi.com/

Sepenuhnya

UKHUWWAH........

Rabu, 4 Mac 2009


Seminggu aku tidak menulis akibat gangguan terhadap rangkain internet aku nih , ditambah sebuk tugas diluar kawasan pulak ( outstation katakan ). Walaupun begitu suasana dunia kini yang penuh pancaroba ini menjadi satu medan tarbiyyah dan ujian buat hambanya.

Aku sedar ujian yang datang bertalu-talu bagaikan tembakan peluru menguji benteng pertahan sabar yang aku fahami. Sahabat di GAZA di hujani peluru dan serangan yang pelbagai ,bermula fizikal , spiritual dan metarial . Kita selaku muslim harum mengerti kelebihan dan ujian yang datang.

Seminggu ini menjadi ketua pengurus Pasukan bola sepak membuat aku terasa betapa sukar seandai tanpa ilmu pengurusan. Namun segala nya berjalan dengan baik hingga akhir kejohanan . Biar pasukan aku kalah tapi menang dengan kekuatan ukhuwwah antara kami.Biar setiap pemain tidak di jamu kemewahan tetapi kesederhanaan mengajar erti siapa teman? siapa lawan? Sedarlah nama yang kita kejar tidak akan membahagiakan kita , kejarlah keredhaan ILAHI .

INGAT LAH kepada mereka yang suka lompat melompat suatu hari HATI kau pasti terlompat-lompat ..(pandai-pandai laa tafsir )




Sepenuhnya

Apakah Kamu Yakini Seandai Tiada Ujian

Selasa, 17 Februari 2009


Bunyi agak sedih tapi tidak sesedih teman dan juga sahabat yang berjuang di medan yang penuh mencabar. Kita yang sekadar menulis hanya bnerani menyatakan di alam yang tersembuniyi , namun teman yang berjuan di medan yang sebenar berhadapan terus dengan wajah musuh .Biar apa pun musuh datagn mereka tegar dengan perjuangan . Aku amat mengagumi mereka , ini mungkin aku di uji kehilangan kecil teman rapat.Tapi ia satu permuaaln dalam perjugaagan . Bagaiman jika, isteri, ibu,bapa adik, abang dan yang lain-lain hilang di pandagan mata? Harus ingat kita semua akan di uji ,biar kecil atau besar jian ia tetap datang.

Aku postkan kata ini sempena pemergian hansaet ku yang di sayangi hahahahahaha semalam ... Kepada semua sahabat ku jangan lah menghubungi nombor itu lagi kerana sudah hilang dari pandangan mata .. ceh ...ayat koyya.. Apa aku akan maklum semula bila dah ada yang baru.. sape nk bagi sponsor tu di alu-alukan hahahahahahh Tengah sengkek gila ... ini entri bodoh aku yang pertama sebab aku tak pernah tulis entri peribadi ...

Semoga Kita Sentiasa Di uij AGar Kita Tahu Kita DI Perhatikan DIA




Sepenuhnya

JANGAN HAIRAN DENGAN YAHUDI ( ISRAEL)

Ahad, 15 Februari 2009


Dunia hari ini menyaksikan keganasan israel dan kezaliman mereka.Dalam benak sesetengah dari kita mungkin bertanya "Kenapalah jahat sanagt israel nih?" contah nye laaa . Untuk itu saya bukan menjawab cuma nak memperingat ..Sama-sama peringatkan.

Sebenarnya kita tidak perlu la nak bertanya kenapa , apa sebab, nak buat macam , pasal yahudi nih kerana kita umat alquran sudah Allah memberi peingatan hal orang yahudi ni.Sedikit untuk kita kongsi la, kalau kita lihat sirah nabi-nabi pun perangai yahudi lah paling susah nak di bentuk.Mereka lah kaum paling kuat menderhaka kepada nabi( bukan pada sultan hihihii) . Berapa ramai nabi dan rasul mereka bunuh contoh Nabi Zakaria ALAIHISSALAM ..Itu sedikit sejarah laaaa

Oleh itu bila kita tengok ISRAEL yang ganas dan kejam itu biasalah perangai mereka. Nabi dan Rasul selemba gadak jer mereka bunuh , inikan manusia biasa dan kanak yang tiada erti bagi mereka. Ayuh kita pakat-pakat perhatikan apa firman ALLAH tentang orang yahudi (israel) nih


YAHUDI DI DALAM ALQURAN


Allah SWT berfirman:



لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ (78



كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ (79)

78. Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di Dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.
79. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), Yang mereka lakukan. Demi Sesungguhnya amatlah buruknya apa Yang mereka telah lakukan. al-Maidah (5):78-79].

Dan mereka semakin derhaka sesudah al-Quran diturunkan. Allah SWT berfirman:

وَقَالَتِ الْيَهُودُ يَدُ اللَّهِ مَغْلُولَةٌ غُلَّتْ أَيْدِيهِمْ وَلُعِنُوا بِمَا قَالُوا بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ يُنْفِقُ كَيْفَ يَشَاءُ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ طُغْيَانًا وَكُفْرًا وَأَلْقَيْنَا بَيْنَهُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ كُلَّمَا أَوْقَدُوا نَارًا لِلْحَرْبِ أَطْفَأَهَا اللَّهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا
وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِين.


64. Dan orang-orang Yahudi itu berkata: "Tangan Allah terbelenggu (bakhil - kikir)", tangan merekalah Yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat Dengan sebab apa Yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (Nikmat dan kurniaNya Luas melimpah-limpah). ia belanjakan (limpahkan) sebagaimana Yang ia kehendaki; dan Demi sesungguhnya, apa Yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan kufur; dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga hari kiamat. tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya; dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang Yang melakukan kerosakan.[al-Maidah :64].



(2) Menjadikan kaum kafir lain sebagai pelindung dan penolong mereka.

تَرَى كَثِيرًا مِنْهُمْ يَتَوَلَّوْنَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَبِئْسَ مَا قَدَّمَتْ لَهُمْ أَنْفُسُهُمْ أَنْ سَخِطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ وَفِي الْعَذَابِ هُمْ خَالِدُونَ (80)
وَلَوْ كَانُوا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالنَّبِيِّ وَمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مَا اتَّخَذُوهُمْ أَوْلِيَاءَ وَلَكِنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ فَاسِقُونَ (81


80. Engkau melihat banyak dari mereka menjadikan orang-orang kafir (musyrik) teman rapat mereka. Demi Sesungguhnya amatlah buruknya apa Yang mereka sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak) Iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka, dan mereka pula tetap kekal di Dalam azab (neraka).
81. Sekirany mereka beriman kepada Allah dan kepada Nabi serta apa Yang diturunkan kepadaNya, nescaya mereka tidak menjadikan orang-orang (musyrik) sebagai teman rapat, akan tetapi kebanyakan dari mereka adalah orang-orang fasik.
(al-Maidah:80-81].



(3) Permusuhan mereka yang amat besar terhadap Islam dan umatnya. Allah SWT berfirman:


لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آَمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَوَدَّةً لِلَّذِينَ آَمَنُوا الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَى ذَلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ (82)

82. Demi Sesungguhnya Engkau (Wahai Muhammad) akan dapati manusia Yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang Yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. dan Demi Sesungguhnya Engkau akan dapati orang-orang Yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang Yang beriman ialah orang-orang Yang berkata: "Bahawa Kami ini ialah orang-orang Nasrani" Yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan Ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.[ al-Maidah :82].



(4) Hati mereka keras laksana batu, bahkan lebih keras lagi. Di antara penyebabnya adalah karena mereka melanggar perjanjian dengan Allah SWT. Allah SWT berfirman:

فَبِمَا نَقْضِهِمْ مِيثَاقَهُمْ لَعَنَّاهُمْ وَجَعَلْنَا قُلُوبَهُمْ قَاسِيَةً

“(Tetapi) karena mereka melanggar janjinya, Kami laknat mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu” [TMQ al-Maidah (5):13].

ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُمْ مِنْ بَعْدِ ذَلِكَ فَهِيَ كَالْحِجَارَةِ أَوْ أَشَدُّ قَسْوَةً وَإِنَّ مِنَ الْحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنْهُ الْأَنْهَارُ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخْرُجُ مِنْهُ الْمَاءُ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَهْبِطُ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

74. Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. padahal di antara batu-batu itu ada Yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya Yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya Yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa Yang kamu kerjakan. [al-Baqarah:74].



(5) Suka melanggar perjanjian yang mereka buat sendiri, termasuk perjanjian dengan Allah SWT dan rasul-rasul-Nya. Dan oleh karena itu mereka mendapat murka Allah dan berbagai hukumanNya. Allah SWT berfirman:

فَرَجَعَ مُوسَى إِلَى قَوْمِهِ غَضْبَانَ أَسِفًا قَالَ يَا قَوْمِ أَلَمْ يَعِدْكُمْ رَبُّكُمْ وَعْدًا حَسَنًا أَفَطَالَ عَلَيْكُمُ الْعَهْدُ أَمْ أَرَدْتُمْ أَنْ يَحِلَّ عَلَيْكُمْ غَضَبٌ مِنْ رَبِّكُمْ فَأَخْلَفْتُمْ مَوْعِدِي

“86. Maka kembalilah Nabi Musa kepada kaumnya Dengan perasaan marah dan dukacita; ia berkata: "Wahai kaumku! Bukankah Tuhan kamu telah menjanjikan kamu Dengan satu perjanjian Yang baik? Patutkah kamu merasa panjang masa pemergianku menerima apa Yang dijanjikan itu? atau kamu sengaja menghendaki supaya kamu ditimpa kemurkaan dari Tuhan kamu, lalu kamu menyalahi perjanjian kamu denganku?"[ Thaha (20):86].

Allah Swt berfirman:

فَبِمَا نَقْضِهِمْ مِيثَاقَهُمْ وَكُفْرِهِمْ بِآَيَاتِ اللَّهِ وَقَتْلِهِمُ الْأَنْبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَقَوْلِهِمْ قُلُوبُنَا غُلْفٌ بَلْ طَبَعَ اللَّهُ عَلَيْهَا بِكُفْرِهِمْ فَلَا يُؤْمِنُونَ إِلَّا قَلِيلًا

Maka (Kami laknatkan mereka) Dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, dan mereka kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, dan mereka pula membunuh Nabi-nabi Dengan tiada sesuatu alasan Yang benar, dan mereka juga mengatakan: "Hati Kami tertutup (tidak dapat menerima ajaran Islam Yang dibawa oleh Nabi Muhammad)". (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup), bahkan Allah telah memeteraikan hati mereka disebabkan kekufuran mereka. oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antaranya).” [al-Nisa’ :155].

(6) Mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh ramai nabi. Dan itu menyebabkan mereka senantiasa diliputi dengan kehinaan dan kerendahan di mana pun mereka berada. Allah SWT berfirman:

ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلَّا بِحَبْلٍ مِنَ اللَّهِ وَحَبْلٍ مِنَ النَّاسِ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِنَ اللَّهِ وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الْمَسْكَنَةُ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآَيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ الْأَنْبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ

“112. Mereka ditimpakan kehinaan (dari Segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali Dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari Segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya), dan mereka membunuh Nabi-nabi Dengan tiada alasan Yang benar. semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah). [Al-Imran:112].

فَبِمَا نَقْضِهِمْ مِيثَاقَهُمْ وَكُفْرِهِمْ بِآَيَاتِ اللَّهِ وَقَتْلِهِمُ الْأَنْبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَقَوْلِهِمْ قُلُوبُنَا غُلْفٌ بَلْ طَبَعَ اللَّهُ عَلَيْهَا بِكُفْرِهِمْ فَلَا يُؤْمِنُونَ إِلَّا قَلِيلًا

Maka (Kami laknatkan mereka) Dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, dan mereka kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, dan mereka pula membunuh Nabi-nabi Dengan tiada sesuatu alasan Yang benar, dan mereka juga mengatakan: "Hati Kami tertutup (tidak dapat menerima ajaran Islam Yang dibawa oleh Nabi Muhammad)". (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup), bahkan Allah telah memeteraikan hati mereka disebabkan kekufuran mereka. oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antaranya).” [al-Nisa’:155].

وَقَتْلَهُمُ الْأَنْبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَنَقُولُ ذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ

“Dan perbuatan mereka membunuh nabi-nabi tanpa alasan yang benar, dan Kami akan mengatakan (kepada mereka): “Rasakanlah olehmu azab yang membakar.” [Ali Imran:181].

(7) Banyak berbuat fitnah terhadap Allah SWT, seperti menuduh Allah SWT miskin dan tangan Allah terbelenggu. Allah SWT berfirman:

لَقَدْ سَمِعَ اللَّهُ قَوْلَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ فَقِيرٌ وَنَحْنُ أَغْنِيَاءُ سَنَكْتُبُ مَا قَالُوا

“Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang-orang yang mengatakan: ‘Sesungguhnya Allah miskin dan kami kaya’, Kami akan mencatat perkataan mereka itu" [Ali Imran:181].

Allah SWT berfirman:

وَقَالَتِ الْيَهُودُ يَدُ اللَّهِ مَغْلُولَةٌ غُلَّتْ أَيْدِيهِمْ وَلُعِنُوا بِمَا قَالُوا بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ يُنْفِقُ كَيْفَ يَشَاءُ

“Orang-orang Yahudi berkata: ‘Tangan Allah terbelenggu’, sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu. (Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka; Dia menafkahkan sebagaimana Dia kehendaki” [al-Maidah:64].

(8) Memalsukan kitab dengan tangan mereka, memalingkan dari maksud sebenarnya, dan menghilangkan sebahagiannya. Allah SWT berfirman:

فَوَيْلٌ لِلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَذَا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ لِيَشْتَرُوا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا فَوَيْلٌ لَهُمْ مِمَّا كَتَبَتْ أَيْدِيهِمْ وَوَيْلٌ لَهُمْ مِمَّا يَكْسِبُونَ

79. Kecelakaan besar bagi orang-orang Yang menulis Kitab Taurat Dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah Dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka Dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia Yang sedikit. maka Kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa Yang ditulis oleh tangan mereka, dan Kecelakaan besar bagi mereka dari apa Yang mereka usahakan itu.” [al-Baqarah:79].

مِنَ الَّذِينَ هَادُوا يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ عَنْ مَوَاضِعِهِ وَيَقُولُونَ سَمِعْنَا وَعَصَيْنَا وَاسْمَعْ غَيْرَ مُسْمَعٍ

“Yaitu orang-orang Yahudi, mereka merubah perkataan dari tempat-tempatnya. Mereka berkata: ‘Kami mendengar’, tetapi kami tidak mahu menurutinya. Dan (mereka mengatakan pula): ‘Dengarlah’ sedang kamu sebenarnya tidak mendengar apa-apa" [al-Nisa’ :46].

يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ عَنْ مَوَاضِعِهِ وَنَسُوا حَظًّا مِمَّا ذُكِّرُوا بِهِ

“Mereka suka merubah perkataan (Allah) dari tempat-tempatnya, dan mereka (sengaja) melupakan sebahagian dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya" [al-Maidah:13].


أَفَتَطْمَعُونَ أَنْ يُؤْمِنُوا لَكُمْ وَقَدْ كَانَ فَرِيقٌ مِنْهُمْ يَسْمَعُونَ كَلَامَ اللَّهِ ثُمَّ يُحَرِّفُونَهُ مِنْ بَعْدِ مَا عَقَلُوهُ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

“Apakah kamu masih mengharapkan mereka akan percaya kepadamu, padahal segolongan dari mereka mendengar firman Allah, lalu mereka mengubahnya setelah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui?” [TMQ al-Baqarah (2):75].

(9) Amat tamak terhadap dunia, bahkan melebihi orang Musyrik. Menginginkan umur yang panjang dan mengejar kesenangan serta takut akan kematian. Allah SWT berfirman:

وَلَتَجِدَنَّهُمْ أَحْرَصَ النَّاسِ عَلَى حَيَاةٍ وَمِنَ الَّذِينَ أَشْرَكُوا يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْ يُعَمَّرُ أَلْفَ سَنَةٍ وَمَا هُوَ بِمُزَحْزِحِهِ مِنَ الْعَذَابِ أَنْ يُعَمَّرَ

“Dan sungguh kamu akan mendapati mereka, manusia yang paling tamak kepada kehidupan (di dunia), bahkan (lebih tamak lagi) dari orang-orang musyrik. Masing-masing mereka ingin agar diberi umur seribu tahun, padahal umur panjang itu sekali-kali tidak akan menjauhkannya dari seksa” [al-Baqarah :96].

(10) Mengenali siapa Rasulullah SAW, namun mereka menyembunyikan kebenaran. Allah SWT berfirman:

الَّذِينَ آَتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ وَإِنَّ فَرِيقًا مِنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

“Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al-Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui”
[al-Baqarah:146].

(11) Mengikuti hawa nafsunya, hingga risalah yang dibawa Rasul pun harus sejalan dengan hawa nafsu mereka. Jika tidak sesuai dengan hawa nafsu mereka, mereka akan menolak dan mendustakannya. Allah SWT berfirman:

أَفَكُلَّمَا جَاءَكُمْ رَسُولٌ بِمَا لَا تَهْوَى أَنْفُسُكُمُ اسْتَكْبَرْتُمْ فَفَرِيقًا كَذَّبْتُمْ وَفَرِيقًا تَقْتُلُونَ

“Apakah setiap kali datang kepadamu seorang Rasul membawa sesuatu (pelajaran) yang tidak sesuai dengan keinginanmu lalu kamu angkuh; maka beberapa orang (di antara Rasul) kamu dustakan dan beberapa orang (yang lain) kamu bunuh?” [al-Baqarah (2):87].

(12) Tidak senang terhadap Muslimin selama tidak mengikuti jalan mereka. Allah SWT berfirman:

وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka” [al-Baqarah (2):120].

(13) Berdusta atas nama Allah SWT dengan mengatakan bahawa mereka adalah anak-anak Allah dan kekasihNya. Allah SWT berfirman:

وَقَالَتِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى نَحْنُ أَبْنَاءُ اللَّهِ وَأَحِبَّاؤُهُ قُلْ فَلِمَ يُعَذِّبُكُمْ بِذُنُوبِكُمْ بَلْ أَنْتُمْ بَشَرٌ مِمَّنْ خَلَقَ

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani mengatakan: ‘Kami ini adalah anak-anak Allah dan kekasih-kekasihNya’. Katakanlah: ‘Maka mengapa Allah menyeksa kamu karena dosa-dosamu?’ (Kamu bukanlah anak-anak Allah dan kekasih-kekasih-Nya), tetapi kamu adalah manusia (biasa) di antara orang-orang yang diciptakan-Nya” [al-Maidah:18].

(14) Sombong dan takabbur, hingga mereka pernah diubah wujudnya menjadi kera yang hina. Allah SWT berfirman:

فَلَمَّا عَتَوْا عَنْ مَا نُهُوا عَنْهُ قُلْنَا لَهُمْ كُونُوا قِرَدَةً خَاسِئِينَ

“Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang mereka dilarang mengerjakannya, Kami katakan kepadanya: “Jadilah kamu kera yang hina” [al-A’raf:166]

(15) Di antara mereka terdapat permusuhan dan kebencian hingga hari kiamat. Allah SWT berfirman:

وَأَلْقَيْنَا بَيْنَهُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ

“Dan Kami telah timbulkan permusuhan dan kebencian di antara mereka sampai hari kiamat” [al-Maidah:64].

(16) Suka berbuat kerosakan di muka bumi. Allah SWT berfirman:

وَيَسْعَوْنَ فِي الْأَرْضِ فَسَادًا وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ

“Dan mereka berbuat kerosakan di muka bumi dan Allah tidak menyukai orang-orang yang membuat kerosakan” [al-Maidah (5):64].

(17) Berbuat zalim dan menghalangi manusia dari jalan Allah. Allah SWT berfirman:

فَبِظُلْمٍ مِنَ الَّذِينَ هَادُوا حَرَّمْنَا عَلَيْهِمْ طَيِّبَاتٍ أُحِلَّتْ لَهُمْ وَبِصَدِّهِمْ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ كَثِيرًا

“Maka disebabkan kezaliman orang-orang Yahudi, Kami haramkan atas mereka (memakan makanan) yang baik-baik (yang dahulunya) dihalalkan bagi mereka, dan karena mereka banyak menghalangi (manusia) dari jalan Allah" [Tal-Nisa:160].

(18) Suka memakan harta haram, seperti rasuah dan riba, padahal telah diharamkan kepada mereka. Allah SWT berfirman:

وَتَرَى كَثِيرًا مِنْهُمْ يُسَارِعُونَ فِي الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَأَكْلِهِمُ السُّحْتَ

“Dan kamu akan melihat kebanyakan dari mereka (orang-orang Yahudi) bersegera membuat dosa, permusuhan dan memakan yang haram [al-Maidah :62].
وَأَخْذِهِمُ الرِّبَا وَقَدْ نُهُوا عَنْهُ وَأَكْلِهِمْ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ

“Dan disebabkan mereka memakan riba, padahal sesungguhnya mereka telah dilarang daripadanya, dan karena mereka memakan harta orang dengan jalan yang batil” [al-Nisa:161].

(19) Suka mendengarkan berita bohong. Allah Swt berfirman:

يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ لَا يَحْزُنْكَ الَّذِينَ يُسَارِعُونَ فِي الْكُفْرِ مِنَ الَّذِينَ قَالُوا آَمَنَّا بِأَفْوَاهِهِمْ وَلَمْ تُؤْمِنْ قُلُوبُهُمْ وَمِنَ الَّذِينَ هَادُوا سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ سَمَّاعُونَ لِقَوْمٍ آَخَرِينَ لَمْ يَأْتُوكَ يُحَرِّفُونَ الْكَلِمَ مِنْ بَعْدِ مَوَاضِعِهِ يَقُولُونَ إِنْ أُوتِيتُمْ هَذَا فَخُذُوهُ وَإِنْ لَمْ تُؤْتَوْهُ فَاحْذَرُوا

“Wahai Rasul, janganlah hendaknya kamu disedihkan oleh orang-orang yang bersegera (memperlihatkan) kekafirannya, iaitu dari kalangan orang-orang yang mengatakan dengan mulut mereka: ‘Kami telah beriman’, padahal hati mereka belum beriman; dan (juga) dari kalangan orang-orang Yahudi. (Orang-orang Yahudi itu) amat suka mendengar (berita-berita) bohong dan amat suka mendengar perkataan-perkataan orang lain yang belum pernah datang kepadamu; mereka merubah perkataan-perkataan (Taurat) dari tempat-tempatnya. Mereka mengatakan: ‘Jika diberikan ini (yang sudah dirubah-rubah oleh mereka) kepada kamu, maka terimalah, dan jika kamu diberi yang bukan ini, maka hati-hatilah” [ al-Maidah :42].

Inilah sebahagian dari sifat dan sikap Yahudi yang terdapat di dalam al-Quran. Selain sifat dan sikap yang telah dipaparkan di atas, masih banyak lagi perkara buruk lainnya tentang Yahudi ini yang disebutkan dalam Al-Quran.

Berpandukan ayat-ayat Allah ini, akan memudahkan kita dalam mengambil sikap dan pendirian di dalam menghadapi kaum terkutuk ini. Terhadap kaum yang terkumpul pelbagai sifat dan sikap buruk yang dijelaskan oleh Allah SWT sendiri, malangnya masih ada pemimpin kaum Muslimin yang membuat perjanjian dan mengambil mereka sebagai wali (pemimpin, pelindung, penolong, pembantu dll) dan bithanah (orang kepercayaan). Masih ada pemimpin yang berbaik dan berjabat tangan dengan golongan terlaknat ini dan “menolong” mereka membunuh saudara-saudara seIslam kita di Palestin. Sesungguhnya Allah SWT mengingatkan kita juga bahawa,

Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya Yang lain; dan sesiapa di antara kamu Yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka Sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum Yang berlaku zalim.”
[al-Ma’idah:51]


Sepenuhnya