"DI SAAT HATI DI BELENGGU DUKA MUNGKIN TIKA ITU DOSA BERTAKHTA"...

PERJUANGAN TANPA SENJATA

Jumaat, 5 Disember 2008

Bila di sebut perjuangan ramai orang akan berfikir di kepala tentang medan dan jalan yang akan di tempuhi. Biar lah sukar mana perjuangan itu ia sudah pasti akan akan di tempuhi.Biar sukar mana ia tetap didokongi. Perjuagan untuk keluar dari kepompong jahiliyaah kepada hidup berjuang mati terbilang itu amat lagi hebat.



Perjuangan yang hebat itu memerlukan satu pengorbanan dan senjata yang teguh demi menjamin kita agar tidak gugur sia-sia, tidak lemah di pertengahan perjalan sebelum sampai ke medan tempur.

wahai teman!
Ayuh lihat adakah apa senjata kita sudah ada? mungkin kita punya semngt berjuang .. mungkin kita penuh pengorbanan untuk berjuang.. dan mungkin segala jiwa raga kita sudah di pertaruhkan untuk perjuangan... Namun ini semua sia-sia belaka andai sagala senjata yang kita miliki ini tidak di lindungi dengan senjata yang lebih kukuh iaitu senjata iman yang kukuh dan mutayaqqin .

Kita imbau sejarah badar yang hebat , yang membuktikan keutuhan iman merupakan senjata yang utama..mengimbau kembali sejarah mereka mati terbilang tanpa senjata zahiriyyah seperti Asiah , Mashitah , Hamzah , Pemuda GUA dan lain-lain lagi menjadi bukti iman merupakan senjata yang teguh menuju ke medan perjuang .

Wahai teman !
Apa sucikah iman kita? Apa benar kah iman kita ? Apa kita sentiasa fikir demi iman kita ? Dan apa lagi harus ku katakan tentang iman ini? Ayuh kita menyingkap iman kita agar perjuangan kita ini berlandaskan iman yang benar bukan kerana semangat , bukan kerana ramai , bukan kerana kemenangan ,bukan kerana kebendaan atau dunia yang mananti di hadapan kita . Lihat lah kepada mereka yang gugur sia-sia dek menongkah perjuangan tanpa senjata iman .Walau begitu , aku tetap menyanjung mereka kerana niat suci mereka dan kita harus membawa mereka kelandasan yang sebenar.

Seandai kita sedar atau tidak anai-anai yang senyap sedang merosakkan jiwa-jiwa pejuang kita sekarang semakin bersarang kerana perjuangan mereka itu seperti telah ku katakan tadi tiada senjata yang teguh .. Anai-anai ini kian bersarang dan kian membiak serius.. Jangan kita memandang kepada musuh sehingga lupa memandang kepada diri kita yang penuh calar-balar kelemahan yang mula di tampak kan hasil kesilapan kita sendiri ..

MENGHAPUS MATERIAL MEMBINA IMAN

Wahai Teman !

Ayuh kita hapuskan material yang membusuk didalam jiwa . Ia sekadar perhiasan , permainan yang membuat kanak-kanak itu leka atau lupa akan kehendak nya, namun bagi mereka yang matang harus sedar bukan selama kita akan terus menjadi kanak-kanak yang di perbudakkan orang lain hanya dengan permain yang sementara.. Tinggalkan permainan itu perhatikan masa depan yang tiada mainan dan alat yang membuat kita leka .

Awas lah !!!
Kadang kala musuh juga menjadikan mainan sebagai senjata mereka untuk memusnahkan kita... Harta di persoalkan ... pangkat di tawarkan ...kemewahan dan kesenangan di taburkan agar kita leka dan meninggalkan perjuangan ..

Membina iman itu suatu jalan yang tiada sukarnya seandai kita punya sedia. Binalah iman dengan kita memahami kalam asas iman yang tersirat padanya seluruh cadang-cabang iman yang kita harus merungkai dengan penuh teliti

Carilah jalan berlutut untuk kita membina iman jangan kita mencari jalan pintas atau cepat kerana ia pasti merugikan kita .

Tiada lagi kalam di kotakan fikir ku ini sekadar kita fikir dan memerhati

MATI TERBILANG



0 Comments: