"DI SAAT HATI DI BELENGGU DUKA MUNGKIN TIKA ITU DOSA BERTAKHTA"...

BUMI MENYERU

Selasa, 10 Februari 2009


Anas bin Malik r.a mengatakan : "Bahawasanya bumi setiap hari memanggil dengan 10 seruan. Bumi berkata :


1. Wahai anak cucu Adam, kamu berjalan di atas punggungku, tetapi tempat
kembalimu dalam perutku.

2. Kamu melakukan maksiat di atas punggungku, kamu akan disiksa dalam perutku.

3. Kamu bergurau di atas lambungku, tetapi kamu menangis dalam perutku.

4. Kamu makan barang haram di atas punggungku, tetapi seluruh ulat akan
memakan dalam perutku.

5. Kamu bergembira di atas punggungku, tapi kamu akan merasa susah dalam perutku.

6. Kamu mengumpul barang haram di atas punggungku, tapi kamu akan hancur dalam
perutku.

7. Kamu sombong di atas punggungku, tetapi kamu menjadi hina dan remeh dalam
perutku.

8. Kamu berjalan dengan bersukaria di atas punggungku, tetapi kamu kesedihan
dalam perutku.

9. Kamu berjalan dalam cahaya di atas punggungku, tetapi kamu akan duduk dalam
kegelapan dalam perutku.

10. Kamu berjalan untuk berjamaah di atas punggungku, tetapi kamu akan duduk
bersendirian dalam perutku.



Menurut satu hadith, bahawa kubur itu setiap hari memanggil 3 kali :


1. Aku menjadi rumah orang yang tersendiri, binatang buas, kala dan ular.
2. Aku menjadi rumah yang gelap.
3. Aku menjadi rumah ulat.



Dalam riwayat lain bahawa kubur itu setiap hari memanggil 5 kali :

1. Aku rumah yang terpencil, maka hendaklah kamu ramaikan aku dengan membaca
al-Quran
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan solat malam
3. Aku rumah debu, maka bawalah tikar yang berupa amal salih
4. Aku rumah ular, bawalah penawarnya iaitu Bismillahir Rahmanir Rahim dan
mencucurkan airmata.
5. Aku rumah pertanyaan Mungkar dan Nakir, maka perbanyakkan bacaan LA ILAAHA
ILLALLAH MUHAMMADUN RASULULLAH agarkamu dapat menjawabnya.












0 Comments: