Sabtu, 5 Mei 2007
pelita panas
mentari,bulan, bintang dan kehidupan akan hilang
mentari,bulan, bintang dan kehidupan akan hilang
aku juga akan  hilang ,
apa yang di nanti,
sebetul akan  hilang ,
mentari  petang  yang ku kejar  dulu  menjadi  bukti semua ini,
mata yang terbuka pasti tertutup dengan kerdipan-kerdipan kekesalan ,
seandai aku masih mengejar  mentari  petang ,
biarlah  aku dilahirkan  bersama  mentari  petang ,
tapi aku tak mahu lenyap  seumpama mentari  petang  itu,
hati selalu berkata aku mahu mengejar nya ,
hati selalu berkata aku mahu mengejar nya ,
dengan  cahaya  pelita yang panas aku  sinari  agar hati tidak  mengejar mentari petang,
sesungguhnya mentari  akan  datang lagi ,
tapi  jangan  tertipu dengan  mentari  kerna ia akan  hilang,   
betapa perit memegang pelita panas ini kadang hilang daya jiwaku untuk  menahannya demi sinarnya,
mentari  sering  timbul  sewaktu  tangan  ku  menahan  perit pelita panas,
kadang buat aku mahu memadam pelita yang panas itu  agar tidak  perit tangan ini,
namun ku tahu perit ini berpanjangan membawa bersama cahaya,
namun ku tahu perit ini berpanjangan membawa bersama cahaya,
seandai  mentari yang aku  kejar sudah  pasti  aku kegelapan ,
aku  mahu simpan pelita  yang panas ini.
pejuang tanah hijau
10.01pm
28 / 12/2006legar kahfi  
0 Comments:
Post a Comment