"DI SAAT HATI DI BELENGGU DUKA MUNGKIN TIKA ITU DOSA BERTAKHTA"...

SEJARAH YANG KEMBALI BERULANG

Jumaat, 11 Julai 2008

SEJARAH YANG KEMBALI BERULANG

Kalam hari ingin memperkatakan satu fenomena yang merunsing di seluruh pelusuk dunia. Bermula dengan kekurangan sumber makanan ruji penduduk dunia seperti gandum dan beras sekarang di ikuti kenaikan harga petroleum dunia . Segalanya berlaku begitu pantas dan tidak dapat diduga
BISAMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Alhamdulillah , segala puji pada Yang Maha Esa,selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad Sallahualaihuwasallam dan ahli keluarga baginda dan sekalian sahabatnya.
Kalam hari ingin memperkatakan satu fenomena yang merunsing di seluruh pelusuk dunia. Bermula dengan kekurangan sumber makanan ruji penduduk dunia seperti gandum dan beras sekarang di ikuti kenaikan harga petroleum dunia . Segalanya berlaku begitu pantas dan tidak dapat diduga.Pelbagai kaedah di ambil setiap negara bagi mengatasi masalah termasuklah dengan mengurangkan import dan mempelbagaikan pengeluaran .
Sebagai seorang muslim yang lagi beriman dengan yang maha esa, iman dengan utusanNya dan kitab panduanNya ,sepatutnya kita lebih mengetahui dan lebih bersedia untuk menghadapi kejadian sebegini. Ini kerana iya pernah berlaku terhadap utusan beliau iaitu Nabi yusuf Alaihissalam . Sepertimana yang disebut dalam kitabnya .
Setelah baginda di angkat menjadi pembesar Mesir yang bertanggungjawab menjaga penbendaharan negara hasil dari takwilan mimipi terhadap raja mesir ketika itu ,bahawasanya dunia akan datang tujuh tahun yang subur dan kemarau kering yang hebat selama tujuh tahun selepas itu. Sesungguhnya ia bukanlah satu takwilan biasa tetapi ia satu wahyu yang disampaikan oleh Allah melalui mimpi Raja Mesir untuk peringatan kepada manusi. Maka dengan kebijaksanaan Nabi Yusuf yang menjadi pembesar ketika itu baginda telah mempersiapkan gudang-gudang dan guni-guni bagi penyimpanan bahan makanan untuk musim kemarau yang akan datang.Berkat pengurusan yang bijaksana dari Nabi Yusuf, maka setelah masa hijau dan subur berlalu dan masa kemarau kering tiba, rakyat Mesir tidak mengalami krisis makanan atau derita kelaparan. Persediaan bahan makanan yang dihimpun di waktu hijau dan subur dapat mencukupi keperluan rakyat selama masa kemaraukering, bahkan dapat menolong masyarakat Mesir yang sudah kekurangan bahan makanan dan menghadapi bahaya kelaparan.
Sesungguhnya ,banyak pengajaran dapat diambil dari apa yang telah disebut di dalam kisah Nabi Yusuf Alaihissalam seperti :
1- Bahawasanya kita harus berpandukan panduan yang telah disediakan oleh Allah seperti wahyu dan utusan dalam mentadbir dunia ini.
2- Sesungguhnya kesenangan yang dikurniakan oleh Allah merupakan satu ujian daripada Allah kepada hambanya
3- Pemimpin yang yang bijak dan bertanggungjawab akan sentiasa memikirkan kebajikan dan masa depan rakyatnya.


Banyak pengajaran dapat kita ambil,yang di sebut adalah sebagai contoh kepada kita semua.Namun apa yang berlaku sekarang sebenarnya hasil kelalaian dan jauhnya kita umat islam dari alquran dan sunnahnya. Seharusnya pemimipin hari ini dapat mengambil pengajaran dan panduan dari apa yang telah berlaku dan apa yang telah di ceritakan
didalam alquran. Apakan daya Alquran hanya bacaan dan hiasan semata-mata.Krisis kekurangan sumber makanan ini bermula apabila semua negara berlumba-lumba mengejar kemajuan teknologi sehingga melupakan kepentingan pertanian umumnya. Seharusnya kemajuan yang dibawa hendak seimbang dan lebih kearah kebaikan semua golongan tak kira bawahan , pertengahan dan atasan. Kemajuan yang dibuat adalah untuk kebaikan dan kebajikan seluruh rakyat .
Sepatutnya semua negara harus memanfaat sumber ketika ia masih subur dan banyak dan mengelakkan pembaziran sebagai satu persediaan spertimana yang telah dilakukan oleh nabi yusuf alaihissalam . kita sesmua tahu sumber petroleum akan berkurangan , gandum dan beras akan berkurangan tetapu kenapa tiada tindakan tersebut? Adakah perindustrian yang dikejar selama ini member keuntungan atau manfaat di saat permasalahan ini berlaku . Pasti mesin-mesin tidak akan bergerak tanpa petrol , pekerja mogok lapar kerana kos sara hidup meningkat sedangkan upah atau gaji kerja tidak di naikkan . dari ini akan bermula perlbagai jenayah yang meruncing dalam setiap negara . Apakah kita sedar ini semua berlaku kerana kita lari dari jalan yang sebenar? Kita menolak hukum dan petunjukNya .
Selaku penulis yang amatur, aku mengatakan fenomena ini berulang sudah sepertimana yang terjadi pada zaman nabi yusuf tapi suasana yang berbeza dan berbeza sikap . Kita menghadapi masalah ini lenih meruncing kerana tanpa persiapan tetapi nabi yusuf menghadapi dengan persiapan penuh rapi kerana Dia mengikuti amaran Allah yang disampaikan sedang kita meninggallkan panduan tersebut. Maka marilah kita memikir semula kerosakan yang dilakukan hasil kerja tangan-tangan kita.


Oleh : Panglima kahfi



1 Comment:

Tanpa Nama said...

kalo tulih tu bg laa best cket hihihihihi