"DI SAAT HATI DI BELENGGU DUKA MUNGKIN TIKA ITU DOSA BERTAKHTA"...

Sukatan, Timbangan dan Ukuran Mengikut Fiqh islami

Ahad, 13 Julai 2008



ASSALAMUALAIKUM

Marilah sahabat-sahabat sekelian kita meneliti sukatan, timbangan dan ukuran mengikut Fiqh islami yang di huraikan dua ulama terkini iaitu Doktor Wahbah Azzuhaili dan Sheikh Ali Jumuah

Sukatan, Timbangan dan Ukuran Mengikut Fiqh islami

1. SUKATAN

Istilah

Melayu

DR WAHBAH

AZ ZUHAILY

DR ALI JUMU’AH MUHAMMAD

Hanafi

Maliki

Syafie

Hanbali

المد

CUPAK

1 1/3 kati @ 675 g

@ 0.688 liter (Syafie) 2 kati (Hanafi)

812.5 g

510 g

510 g

510 g

صاع (البغدادي)

GANTANG

4 cupak @ 5 1/3 kati @ 2.75 liter

@ 3.8 kg (Hanafi) 2.176 kg (Syafie)

3.25 kg

2.04 kg

2.04 kg

2.04 kg

القفيز

12 GANTANG

33 liter @ 128 kati Baghdad

97 kg

24.48 kg

المكّوك

1 ½ gantang

3.06 kg

3.06 kg

3.06 kg

3.06 kg

القلة

KOLAH

101.56 kg

95.625 kg

95.625 kg

95.625 kg

الفرق

Bekas tembaga @ 16 kati @ 10 kg

6.5 kg

6.12 kg

6.12 kg

6.12 kg

الفرق

211.25 kg

198.9 kg

198.9 kg

198.9 kg

الجريب

48 GANTANG

192 cupak

152 kg

97.92 kg

97.92 kg

97.92 kg

الوسق

60 GANTANG

240 cupak

195 kg

122.4 kg

122.4 kg

122.4 kg

الإردب (المصري)

24 GANTANG

96 cupak

78 kg

48.96 kg

95.625 kg

95.625 kg

الويبة

6 GANTANG

24 cupak

33 liter

33 liter

33 liter

33 liter

الكر

720 GANTANG

1,560 kg (timbangan Arab paling besar)

2,340 kg

1,468 kg

1,468 kg

1,468 kg

الكيلة

16.5 liter

16.5 liter

16.5 liter

16.5 liter

القدح

2.0625 liter

2.0625 liter

2.0625 liter

2.0625 liter

الحفنة

812.5 g

510 g

510 g

510 g

القربة

40.625 kg

38.25 kg

38.25 kg

38.25 kg

القسط

1.625 kg

1.02 kg

1.02 kg

1.02 kg

العرق

48.75 kg

30.6 kg

30.6 kg

30.6 kg

المدي

45.9 kg

45.9 kg

45.9 kg

45.9 kg

2. TIMBANGAN

Istilah

Melayu

DR WAHBAH

AZ ZUHAILY

DR ALI JUMU’AH MUHAMMAD

Hanafi

Maliki

Syafie

Hanbali

الدينار

DINAR

4.25 g emas

4.25 g

4.25 g

4.25 g

4.25 g

الدرهم

DIRHAM

3.17 g (Iraqi)

3.12 g (Misri)

3.125 g

2.975 g

2.975 g

2.975 g

الدرهم (العربي)

7 ½ المثقال

2.975 g @ 6 دانق

الرطل (البغدادي)

KATI (Baghdad)

408 g

406 g

382.5 g

382.5 g

382.5 g

الرطل (المصري)

KATI (Mesir)

450 g

449.28 g

449.28 g

449.28 g

449.28 g

الرطل (الشامي)

KATI (Syam)

1875 g

1785 g

1785 g

1785 g

الحبة

0.618 g perak

0.0425 g

0.059 g

0.059 g

0.059 g

حبة الشعير

BIJI GANDUM

0.059 g emas

النواة

5 dirham

15.6 g

14.875 g

14.875 g

14.875 g

المنا

2 kati

المن

812.5 g

773.5 g

773.5 g

773.5 g

الفلس

0.03 g perak

0.521 g

0.496 g

0.496 g

0.496 g

القيراط

0.2125 g emas

0.2125 g

0.1771 g

0.1771 g

0.1771 g

المثقال (العجمي)

20 القيراط

4.8 g

المثقال (العراقي)

20 القيراط

5 g

الأوقية

7 المثقال

119 g perak

124.8 g

119 g

119 g

119 g

الدانق

1/6 Dirham

0.495 g perak

0.521 g

0.496 g

0.496 g

0.496 g

القنطار (الشرعي)

8,400 Dinar

80,000 dirham @ 1,200 الأوقية

149.76 kg

142.7 kg

142.7 kg

142.7 kg

القنطار (الحالي)

256.4 kg

الكيلجة

½ gantang

1523.5 g

1450.3 g

1450.3 g

1450.3 g

الإستار

20.3125 g

19.3375 g

19.3375 g

19.3375 g

الطسوج

0.085 g

0.118 g

0.118 g

0.118 g

الفتيل

0.00009936 g

0.00009936 g

0.00009936 g

0.00009936 g

النقير

0.00001656 g

0.00001656 g

0.00001656 g

0.00001656 g

القطمير

0.00000276 g

0.00000276 g

0.00000276 g

0.00000276 g

الذرة

0.00000023 g

0.00000023 g

0.00000023 g

0.00000023 g

النش

62.4 g

59.5 g

59.5 g

59.5 g

3. UKURAN PANJANG DAN LUAS

Istilah

Melayu

DR WAHBAH

AZ ZUHAILY

DR ALI JUMU’AH MUHAMMAD

Hanafi

Maliki

Syafie

Hanbali

الإصبع

JARI

1.925 cm

1.932 cm

1.472 cm

2.576 cm

2.576 cm

القدم

KAKI

30.4 cm

القبضة

7.728 cm

5.888 cm

10.304 cm

10.304 cm

الشبر

JENGKAL

11.592 cm

8.832 cm

15.456 cm

15.456 cm

الذراع (الهاشمي)

HASTA*

32 jari @ 61.2 cm

46.375 cm

53 cm

61.834 cm

61.834 cm

الذراع (المصري)

HASTA

46.2 cm (yg dikira dlm ilmu fiqh ialah Hasta Hashimi)

الباع

DEPA

4 hasta

1.75 cm

2.12 cm

2.473 cm

2.473 cm

الغلوة

SEPEMANAH

400 hasta @ 184.8 m

الميل

BATU

4,000 hasta @ 1.848 km @ 1,000 depa (½ jam)

1855 cm

1855 cm

3710 cm

3710 cm

الميل البحري

BATU NAUTIKA

1848.32 m

الفرسخ

3 BATU

5.544 km @ 12,000 langkah (1 ½ jam)

5565 m

5565 m

1,1130 m

1,1130 m

البريد العربي

4 الفرسخ

22.176 km (6 jam)

22,260 m

22,260 m

44,520 m

44,520 m

القصبة

6 HASTA

3.696 m

الجريب

100 قصبة

3600 hasta @ 1366.0416 m²

القفيز

1/10 الجريب

136.6 m²

الدونم

1,000 m²

الفدان القديم

EKAR LAMA

5929 m²

القبضة

7.728 cm

5.888 cm

10.304 cm

10.304 cm

الشبر

JENGKAL

11.592 cm

8.832 cm

15.452 cm

15.452 cm

المرحلة

MARHALAH

* lihat penjelasan di bawah

(12 jam)

44.352 km (Syafie)

43 (-+) km (Hanafi)

41.5 km (lain-lain)

44.52 km

44.52 km

89.04 km

89.04 km

4. SEDIKIT KEKELIRUAN MENGENAI MARHALAH

1. Dr Wahbah Az Zuhaily menyebut bahawa dua marhalah ialah 4 barid = 16 farsakh = 48 batu = 88.704 km dan di sisi Hanafi katanya lebih kurang 86 km. Tambahnya lagi, setengah yang lain pula mengatakan 83 km.

2. Dr Ali Jum’ah pula menyebut, satu marhalah bagi Hanafi dan Maliki ialah 44.520 km manakala Syafie dan Hanbali pula 89.04 km. Satu perbezaan yang seratus peratus jaraknya. Mungkinkan perkiraan ini tersilap?

5. Lain-lain

نصاب زكاة الزروع

5 أوسق @ 300 gantang @ 653 kg

(Ukuran dan sukatan ini adalah mengikut pandangan Dr Wahbah Az Zuhaily)

نصاب زكاة الذهب

85 g

نصاب زكاة الفضة

595 g

مسافة قصر الصلاة

2 marhalah: 88.704 km (Syafie)

86.000 km (Hanafi) 83.000 km (lain-lain)

6. RUJUKAN

a. الفقه الإسلامي وأدلته, للدكتور وهبة الزحيلي

b. المكاييل والموازين الشرعية, للدكتور علي جمعة محمد

Disediakan oleh,

Ibnu Ismail

Tanta. Egypt.

1
Sepenuhnya

SELAMAT DATANG REJAB





Shahru Rejab
Bulan yang ditunggu-tunggu oleh mereka yang mencari kebajikan yang banyak. Sesungguhnya Allah menganugerahkan rahmat kepada hamba-hambaNya dalam bulan ini. Barangsiapa memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan mereka dengan seribu kemuliaan. Bahkan dalam satu hadith, Nabi Muhammad saw. bersabda bahawa Rejab ialah bulan Allah, Sya'aban bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Gandingan 3 bulan (Rejab, Sya'aban dan Ramadhan) merupakan satu tempoh yang amat berkat.
Setiap satu mempunyai keistimewaan tersendiri. Kemuliaan Rejab kerana Israk Mikrajnya, Sya'aban dengan malam Nisfu Sya'aban dan Ramadhan dimuliakan dengan Lalilatul Qadr.
Di antara rahmat Allah yang terbesar dikurniakan kepada hambaNya ialah dengan melipatgandakan pahala setiap amalan yang dilakukan dalam bulan ini. Di antara amalan pada waktu siang ialah puasa, solat sunat, tasbih, selawat, membaca al-Quran, istighfar, sedekah dan seumpamanya. Manakala waktu malam diisi dengan solat tahajud, solat sunat tasbih, zikir, tasbih, selawat, baca al-Quran dan istighfar. Sepanjang Rejab, Allah melipatgandakan pahala dan keampunan serta mengangkat darjat di dalam syurga.
Banyak hadith yang disabdakan oleh Nabi Muhammad saw berhubung fadhilat berpuasa dalm bulan Rejab. Di antaranya : Puasa sehari dalam bulan Rejab diberi ganjaran syurga firdaus (tertinggi). Puasa 3 hari menjadi benteng menghalang api neraka. Puasa 4 hari diafiatkan dari bala' dan penyakit. Puasa 5 hari diamankan dari azab kubur. Puasa 6 hari - keluar dari kubur dengan muka yang bercahaya. Puasa 7 hari ditutup 7 pintu neraka. Puasa 8 hari dibuka 8 pintu syurga. Begitulah seterusnya lebih banyak ganjaran diberi jika ditambah bilangan hari puasa dalam bulan Rejab.
Selain berpuasa, umat Islam digalakkan beristighfar. Bacalah doa istighfar Rejab yang banyak dinukilkan di dalam kitab-kitab. Allah melimpahkan keampunan dan rahmat yang tidak diberi pada bulan-bulan lain. Amalan sedekah juga dibalas dengan ganjaran yang banyak. Dinukilan bahawa barangsiapa bersedekah dalam bulan Rejab diberi ganjaran setiap sehelai bulu roma di tubuhnya dengan 1000 kebajikan, diangkat 1000 darjat dan dihapus 1000 kejahatan. Dalam satu riwayat lain, Nabi Muhammad saw bersabda bahawa sedekah pada bulan Rejab seperti ibadat 1000 haji dan umrah, dibina 1000 mahligai di syurga dengan 1000 bilik dan 1000 bidadari.
Nah... untuk menghuraikan fadhilat Rejab saja tak cukup rasanya dicatat dalam lembaran yang ringkas ini. Sungguh banyak sekali hadith dan keterangan ulama' mengenai ganjaran dan kebesaran Rejab. Yang lebih penting bukan setakat menghuraikan kelebihan, tetapi sejauh mana kita mengamalkan atau mengambil peluang dari tawaran Allah ini. Kalau Kompleks Membelibelah mengadakan tawaran istimewa atau jualan murah, kita akan keluar berduyun-duyun seolah-olah berpesta untuk mendapatkan barangan yang ditawarkan. Tetapi adakah begitu tindakikut kita apabila Allah membuka tawaran yang Maha Hebat ini. Satu tawaran yang tiada tolok bandingannya. Satu tawaran yang kekal abadi. Satu tawaran yang menjamin kebahagiaan di dua alam - dunia dan akhirat. Realiti yang kita dapat lihat ialah tawaran Allah kurang mendapat tempat di hati kita. Hanya hati yang disinari dengan iman dapat menghargai tawaran Allah yang abadi ini. Manakala hati yang sudah terpaut dengan kebesaran dunia lebih terpikat dengan tawaran murahan yang bersifat sementara dan tidak kekal.
Di sinilah ujian untuk menilai keimanan kita terhadap perkara ghaib. Ganjaran syurga yang ditawarkan adalah perkara ghaib yang kita tidak nampak. Tetapi penuruan harga baju dari RM 90.00 ke RM 50.00 jelas dilihat. Oleh kerana kita lebih mengutamakan perkara yang nampak daripada yang ghaib, maka kita berusaha untuk memilih tawaran dunia. Tawaran Allah menjadi amat kecil sehingga tidak berdaya untuk kita laksanakan. Jadilah fadhilat atau kelebihan Rejab yang kita baca atau dengar seolah-olah satu dongengan yang tidak bermakna dan tidak sikit pun memberi kesan di hati. Apabila sikap begini terserap di dalam hati, tidaklah mampu untuk merealisasikan sesuatu tindakan. Bahkan di dalam al-Quran, Allah menempelak golongan ini seolah-olah ada mata tetapi tidak dapat melihat, ada telinga tidak dapat mendengar dan ada otak tetapi tidak dapat memikirkan.
Allah Maha Melihat atas apa yang kita lakukan. Allah Maha Mendengar atas apa yang kita ucapkan. Allah Maha Tahu atas apa yang kita lintaskan di hati. Allah memberi ganjaran atau balasan berdasarkan sejauh mana kita berusaha menghampirkan diri kepada Allah. Jika kita bersungguh-sungguh beramal mencari keredhaan Allah, Allah akan memberi balasan setimpal dengan usaha yang disumbangkan. Sebaliknya jika di dunia kita tidak begitu ambil pusing akan urusan ibadat, maka sudah tentu Allah tidak akan mempedulikan perihal hidup kita di dunia dan akhirat.
Sebagai tanda Allah mengasihi seseorang, diberikan kesusahan atau bala. Bala adalah ujian untuk melihat sejauh mana kesabaran kita. Sekiranya kita bersabar atas segala kesusahan yang ditimpakan ke atas kita, Allah akan meningkatkan darjat kita. Manusia yang lemah imannya terhadap ujian Allah akan mudah menggelabah dan putus asa. Orang beriman sebenar sama sahaja sama ada diberi nikmat atau tidak. Diberi senang dia bersyukur, ditimpakan susah dia bersabar. Ada wang atau tak ada wang sama saja - kerana kesemuanya berpunca dari Allah.
Dalam konteks kelebihan Rejab ini, puasa adalah satu amalan yang benar-benar menguji kesabaran. Orang berpuasa diuji dengan susah, lapar, dahaga dan letih. Ini merupakan satu bala. Kejayaan mengatasi kesusahan ini demi menyahut seruan Allah merupakan satu peluang yang melayakkan kita menerima ganjaran yang disediakan; bak kata orang tua-tua 'bersusah-susah dulu - bersenang-senang kemudian'. Ini bermakna syarat untuk bersenang-senang di akhirat ialah dengan cara kita menempuh pelbagai kesukaran terlebih dahulu. Syurga adalah satu tempat yang amat istimewa di akhirat yang tidak akan dapat dicapai oleh mereka yang lebih mementingkan kesenangan dan hiburan di dunia ini.
Sebagai penutupnya, kita seharusnya memeriksa diri kita terlebih dahulu, sejauh mana kita memberi respons terhadap tawaran ukhrawiah? dan sejauh mana pula kita memberi respons terhadap tawaran keduniaan? Bandingkan kecenderungan atau kemahuan diri kita apabila berhadapan dengan kedua-dua tawaran ini. Yang mana lebih menggiur atau menyelerakan? Dari sini barulah kita tahu pendirian dan sikap kita. Tepuklah dada dan tanyalah iman. Hanya diri sendiri yang mengetahui rahsia peribadi. Bertolak dari sini, barulah kita dapat memperbetulkan halatuju yang perlu diambil untuk keselamatan diri kita di dunia dan akhirat. Harapan kita biarlah kita untung dan bahagia di dunia dan akhirat. Sama-samalah kita berusaha ke arah memperbaiki hidup sepanjang Rejab ini supaya Allah menambahkan ketakwaan dan kekuatan kita untuk melakukan amal iibadat dalam bulan Sya'aban dan Ramadhan yang bakal menjelang. Semoga kita berpeluang berada dalam bulan yang paling mulia - Ramadhan dan akhirnya semoga kita sentiasa mendapat keredhaan Allah. AMIN!






Sepenuhnya