"DI SAAT HATI DI BELENGGU DUKA MUNGKIN TIKA ITU DOSA BERTAKHTA"...

EpiSoD LaWaK BoDoH

Khamis, 12 Februari 2009

Siri lawak bodoh edisi lanun katak mula bermula.Beberapa minggu lalu sudah puas merobek-robek hak rakyat Perak .Sekarang dia mula cuba nak menyatakan beliau adalah hero negara.Lawak apa dia nak buat nie.Semua orang dah tau engtkau tu pembunuh rakyat luar dengan c4,sekarang nak rasuah rakyat pulak .Biasa laaa bakal Perdana Menteri baru katakan .B

Beberapa bulan yang lalu cuba untuk memohon pakej Rangsangan Ekonomi yang kita tidak tahu apa motif si bapak lanun ni..Manakala hari ini dia cadang nak bentang pulak bajet mini.Wah pelik benar bunyinya Bajet Mini hahahahahahahahhahaahhahah, tidak tahulah berapa Mini bajet dia tu,dia pulak umumkan di Sarawak.Apahal bapak lanun nak kena umumkan di Sarawak? Kenapa nak umumkan di Sarawak saja? Biasa la , sebelum nih dia tengah takut pasal bakal ada lomapatan jarak jauh dari sana.Mereka yang menghina tapi sekarang dialah pelopor lompatan katak2 dan beruk yang tidak guna.

Setelah umum Bajet Mini bapak lanun, dia umum pulak bagi seorang RM300 pulak kat mangsa banjir, Adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Berapa banyak lagi kamu hendak nie ....Dalam masa yang sama Tariff elektrik pon turun ,hai pelik-pelik ni...

Apahal korang pikir laaa apa nk jadi negara kita , kata nya negara tidak terkesan dengan masalah ekonomi global,tapi turun takrif letrik kata nak tarik pelabur . Bohong la kuat sangat ,sikit-sikit dah tembelang ,rakyat sekarang bukan macam dulu la , dah tak baca Berita Hairan dan Utusan Meloya saja...




Sepenuhnya

BUMI MENYERU

Selasa, 10 Februari 2009


Anas bin Malik r.a mengatakan : "Bahawasanya bumi setiap hari memanggil dengan 10 seruan. Bumi berkata :


1. Wahai anak cucu Adam, kamu berjalan di atas punggungku, tetapi tempat
kembalimu dalam perutku.

2. Kamu melakukan maksiat di atas punggungku, kamu akan disiksa dalam perutku.

3. Kamu bergurau di atas lambungku, tetapi kamu menangis dalam perutku.

4. Kamu makan barang haram di atas punggungku, tetapi seluruh ulat akan
memakan dalam perutku.

5. Kamu bergembira di atas punggungku, tapi kamu akan merasa susah dalam perutku.

6. Kamu mengumpul barang haram di atas punggungku, tapi kamu akan hancur dalam
perutku.

7. Kamu sombong di atas punggungku, tetapi kamu menjadi hina dan remeh dalam
perutku.

8. Kamu berjalan dengan bersukaria di atas punggungku, tetapi kamu kesedihan
dalam perutku.

9. Kamu berjalan dalam cahaya di atas punggungku, tetapi kamu akan duduk dalam
kegelapan dalam perutku.

10. Kamu berjalan untuk berjamaah di atas punggungku, tetapi kamu akan duduk
bersendirian dalam perutku.



Menurut satu hadith, bahawa kubur itu setiap hari memanggil 3 kali :


1. Aku menjadi rumah orang yang tersendiri, binatang buas, kala dan ular.
2. Aku menjadi rumah yang gelap.
3. Aku menjadi rumah ulat.



Dalam riwayat lain bahawa kubur itu setiap hari memanggil 5 kali :

1. Aku rumah yang terpencil, maka hendaklah kamu ramaikan aku dengan membaca
al-Quran
2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan solat malam
3. Aku rumah debu, maka bawalah tikar yang berupa amal salih
4. Aku rumah ular, bawalah penawarnya iaitu Bismillahir Rahmanir Rahim dan
mencucurkan airmata.
5. Aku rumah pertanyaan Mungkar dan Nakir, maka perbanyakkan bacaan LA ILAAHA
ILLALLAH MUHAMMADUN RASULULLAH agarkamu dapat menjawabnya.












Sepenuhnya

Aku dan Pasca Perang I

Sabtu, 24 Januari 2009


ASSALAMUALIKUM ,
Salam pertemuan ... setelah sekian lama sepi tanpa posting..Hari ini cuba untuk membuka satu lembaran penerus setelah terhenti,aku yang bergelut dengan peperiksaan semester awal untuk sesi ini telah pun berakhir lalu....Dimasa yang sama teman seakidah kita juga bergelut sama dengan penjajahan yahudi yang di laknat juga berakhir dengan gencatan sementara...

Aku sebelum ini seolah kaku dan fikiran ku tidak mampu berinteraksi dengan baik untuk menulis...Mata yang kadang memandang skrin telivisyen mengira angka shuhada teman seakidah. Tangan ku memegang kitab kuliah...fikiran ku pada mereka....hati ku sebak ...lemahnya diriku untuk menghulurkan tanganku pada mereka.. doa ku kirimkan ..kadang hati membara mengatakan apa jadi Umat Islam ..Itu sahaja mampuku...tidak ada demo..tidak ada sepanduk..tidak ada teriak seumpama teman-teman yang lain......
Alhmdulillah ...Tamat pergelutan aku yang mudah tidak sehebat mana di gaza..hanya buku dan pen senjataku.

Pasca di GAZA..
Perang senjata bersama yahudi telah tetunda sementara...namun apa yang ada perang bersama munafik-munafik yang ada dibumi gaza bermula...muka-muka petualang mula bekerja...Cuba merosakkan kesatuan umat GAZA...Aku berkata didalam hati ..Inilah peperangan sebenar...sepertimana nyata rasul setelah pulang dari Medan Badar...Perangi Nafsu ....


Perang Nafsu

Dimana-mana perang ini berlarutan ..dirumah atau diluar rumah ia tetap berterusan .Aku juga kadang lemah menghadapi serangan nafsu yang kadang bole membuat aku lalai dan leka...Ayuh Perangi Nafsu ...




Sepenuhnya

SAHABAT yang di kasihi

Khamis, 1 Januari 2009

Menulis dalam merupakan salah satu wasilah dakwah yang tidak dapat dinafikan kepentingannya buat masa terkini... Namun kelemahan kita dalam penulisan membuatkan ia tidak menjadi tarikan dalam jalan dakwah itu ... oleh itu keperihatian dari sahabat sekelian ana harap dalam mambina mutu penulisan .... Diharapkan memberikan komen dan komentar segala aspek terhadap ana ... Salam Perjuangan Panglima kahfi buat semua




Sepenuhnya

ILMU IMAN AMAL

Rabu, 24 Disember 2008

IMAN , ILMU dan AMAL ,ILMU , IMAN dan AMAL.



Fenomena ini banyak mengelirukan segolongan kita yang kadang kala terperangkap dalam himpitan kalam-kalam yang cuba membawa suatu motif tertentu. Iman, Ilmu, Amal. Sebuah trilogi yang tidak dapat di pisahkan. Saling terkait. Iman tanpa ilmu, sesat. Ilmu tanpa Amal, sesat. Amal tanpa ilmu, taklid.
Secara susunan nya kadang kala ia terlalu dipertikai akan kepentiangan untuk menyusun nya. Ada menyatakan ilmu itu dahulu dari iman , dan ada menyatakan iman dahulu dari amal. Apapun yang pasti ketiga ini berkait antara satu sama lain.



IMAN , ILMU dan AMAL ,ILMU , IMAN dan AMAL.


Fenomena ini banyak mengelirukan segolongan kita yang kadang kala terperangkap dalam himpitan kalam-kalam yang cuba membawa suatu motif tertentu. Iman, Ilmu, Amal. Sebuah trilogi yang tidak dapat di pisahkan. Saling terkait. Iman tanpa ilmu, sesat. Ilmu tanpa Amal, sesat. Amal tanpa ilmu, taklid.
Secara susunan nya kadang kala ia terlalu dipertikai akan kepentiangan untuk menyusun nya. Ada menyatakan ilmu itu dahulu dari iman , dan ada menyatakan iman dahulu dari amal. Apapun yang pasti ketiga ini berkait antara satu sama lain.

ILMU


Ilmu sesuatu yang sering diutamakan. Tidak dipelihara dengan baik. Kadang ilmu hanya dijadikan sesuatu yang nisbi. Ada tapi tidak ada atau Tidak ada tetapi ada? Tetapi yang pasti adalh ilmu itu satu kewajipan yang tidak bole di pertikai kerana terdapat bukti dan dalil yang pasti semua mengetahuinya.
Akhir-akhir ini satu fenomena yang ditemui, yang membuat kita ketahui bahawa kadang-kadang seseorang tidak faham dengan ilmu yang dipelajarinya. Untuk apa ilmu itu digunakan? Akan bagaimana bila mengamalkan ilmu itu? Fenomena klasik, tapi tetap membuat kita tidak habis ber fikir.
Belajar, mencari ilmu kadang di jadikan formula belaka. Kerana maruah, harga diri, atau bahkan desakan dari pihak orang lain, orang tua, suami, isteri, desakan majikan ,dan lain-lain lagi. Pada akhirnya ilmu tidak meresapi dalam diri. Tidak meninggalkan bekas. Bahkan mungkin, tidak menjadikan diri lebih baik.




IMAN


Iman pula melahirkan penyaksian mata hati (musyahadah) terhadap ketuhanan Allah s.w.t pada setiap pandangan kepada segala perkara. Allah s.w.t berfirman:
Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan Rasul-Nya… (Ayat 136 : Surah an-Nisaa’)
Sabda rasulullah :
“Allah tidak menerima iman tanpa amal perbuatan dan tidak pula menerima amal perbuatan tanpa iman”…. [HR. Ath-Thabrani]

Ayat di atas ditujukan kepada orang yang sudah beriman. Mereka sudah pun beriman tetapi masih digesa supaya beriman. Iman pada tahap permulaan berdasarkan dalil-dalil dan pembuktian. Kemudian mereka diajak pula kepada iman dengan penyaksian mata hati, menyaksikan Rububiyah yang tidak pernah berpisah daripada ubudiyah. Tanpa penyaksian terhadap Rububiyah segala amal tidak berguna kerana orang yang beramal menisbahkan amal itu kepada dirinya sendiri, sedangkan tiada yang melakukan sesuatu melainkan dengan izin Allah s.w.t, dengan Kudrat dan Iradat-Nya, dengan Haula dan Kuwwata-Nya. Himpunan amal sebesar gunung tidak dapat menandingi iman yang sebesar zarah. Orang yang beriman dan menyaksikan Rububiyah pada segala perkara dan semua amal itulah orang yang memperolehi nikmat yang sempurna lahir dan batin, kerana hubungannya dengan Allah s.w.t tidak pernah putus. Orang inilah yang berasa puas dengan berbuat taat kepada Allah s.w.t dan berasa cukup dengan-Nya, kerana tiada Tuhan melainkan Allah s.w.t dan tidak berlaku sesuatu perkara melainkan menurut ketentuan-Nya. Apa lagi yang patut dibuat oleh seorang hamba melainkan taat kepada-Nya dan menerima keputusan-Nya.
Kesimpulannya iman merupakan penentu sah sesuatu amalan seorang hamb a yang mengaku iman kepadaNYA



AMAL

Amal merupakan satu aplikasi yang hasil dari gabungan ilmu dan iman kerana kebenaran iman dapat di lihat amal soleh seseorng .Allah bersumpah demi sesungguhnya manusia itu rugi andai beriman tanpa amal
Allah SWT berfirman, "Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." (Surah Al-Asr : 1-3).
“Allah tidak menerima iman tanpa amal perbuatan dan tidak pula menerima amal perbuatan tanpa iman”…. [HR. Ath-Thabrani]
Berdasarkan bukti dan dalil di atas tidak sempurna iman dan ilmu seseorng itu melainkan dengan disulami dengan amal yang terhasil kefahaman dari ilmu ,dan penyatuan yang hadir hasil penyaksian bahawa ianya benar dan hasilnya , anggota badan itu yang bergerak demi merealisasikan ilmu dan iman dengan amal nya .


HUBUNGAN ILMU ,IMAN dan AMAL .


Tentang hubungan antara iman dan amal, demikian sabdanya,

“Allah tidak menerima iman tanpa amal perbuatan dan tidak pula menerima amal perbuatan tanpa iman”…. [HR. Ath-Thabrani] kemudian dijelaskannya pula bahwa, “Menuntut ilmu itu wajib atas setiap muslim”…. [HR. Ibnu Majah dari Anas, HR. Al Baihaqi] Selanjutnya, suatu ketika seorang sahabatnya, Imran, berkata bahwasanya ia pernah bertanya, "Wahai Rasulullah, amalan-amalan apakah yang seharusnya dilakukan orang-orang?". Beliau Saw. menjawab: "Masing-masing dimudahkan kepada suatu yang diciptakan untuknya"…. [HR. Bukhari] “Barangsiapa mengamalkan apa yang diketahuinya, niscaya Allah mewariskan kepadanya ilmu yang belum diketahuinya.”…. [HR. Abu Na’im] ”Ilmu itu ada dua, yaitu ilmu lisan, itulah hujjah Allah Ta’ala atas makhlukNya, dan ilmu yang di dalam qalb, itulah ilmu yang bermanfaat.” …. [HR. At Tirmidzi] ”Seseorang itu tidak menjadi ‘alim (ber-ilmu) sehingga ia mengamalkan ilmunya.” …. [HR. Ibnu Hibban]
Sekali peristiwa datanglah seorang sahabat kepada Nabi Saw. dengan mengajukan pertanyaan:
”Wahai Rasulullah, apakah amalan yang lebih utama ?” Jawab Rasulullah Saw.: “Ilmu Pengetahuan tentang Allah ! ” Sahabat itu bertanya pula “Ilmu apa yang Nabi maksudkan ?”. Jawab Nabi Saw.: ”Ilmu Pengetahuan tentang Allah Subhanaahu wa Ta’ala ! ” Sahabat itu rupanya menyangka Rasulullah Saw salah tangkap, ditegaskan lagi “Wahai Rasulullah, kami bertanya tentang amalan, sedang Engkau menjawab tentang Ilmu !” Jawab Nabi Saw. pula “Sesungguhnya sedikit amalan akan berfaedah bila disertai dengan ilmu tentang Allah, dan banyak amalan tidak akan bermanfaat bila disertai kejahilan tentang Allah”[HR. Ibnu Abdil Birr dari Anas]
Kejahilan adalah kebodohan yang terjadi karena ketiadaan ilmu pengetahuan. Dengan demikian, kualiti amal setiap orang menjadi sangat berkaitan dengan keimanan dan ilmu pengetahuan karena ”Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, mereka diberi petunjuk oleh Rabb mereka kerana keimanannya … QS.[10]:9. Ilmu pengetahuan tentang Allah Subhanaahu wa Ta’ala adalah penyambung antara keimanannya dengan amalan-amalan manusia di muka bumi ini. Sebagaimana kaedah pengaliran iman yang diajarkan oleh Rasulullah Saw. bahwasanya iman adalah sebuah tashdiq bi-l-qalbi yang di ikrarkan bi-l-lisan dan di amalkan bil arkan …Dengan itu di simpulkan bahawa kita jangan memisah ketiga komponen yang telah kita perhatikan tadi , kerana pemisahan setiap komponen menjadikan islam itu janggal dan susah dan sukar.



Sepenuhnya