"DI SAAT HATI DI BELENGGU DUKA MUNGKIN TIKA ITU DOSA BERTAKHTA"...

KHUTBAH MASJID SAIF:KRISIS KEJATUHAN MATA WANG

Jumaat, 24 Oktober 2008



Riuh dunia bila kedaan ekonomi utama dunia merudum ..bermula dengan pelopor ekonomi kapitalis dunia AMERIKA SYARIKAT ..di ikut dengan dengan sistem yang turut mengalami keadaan yang sama..

KHATIB hari ini menyentuh tentang kesan ekonomi eropah yang memberi kesan kepada asia barat dan dunia aran juga keseluruh dunia..Beliau juga menyentuh sikap wanita arab yang masih berpegang kepada khurafat iaitu bertemu ahli sihir .. dua tajuk utama dikupas penuh ilmiah dengan sokongan alquran dan hadis juga kata-kata ulama

Beliau mengatakan peri penting seluruh dunia islam agar berdikari juga tidak bergantung kepada yang dan kembali kepada sisten ekonomi islam yang lebih adil dan syumul .
Dia juga mengatakan riba punca segala meruntuhkan ekonomi sekarang...
Kupasan beliau begitu teliti dan bermanfaat.

Beliau juga menganjur semua suami agar mendidik isteri mereka agar menjauhi dosa besar iaitu syirik .. akibat mempercayai sihir...

Beliau mengajak agar semua jemaah dan seluruh umat islam kembali kepada ALLAH dan Rasul;;

Sepenuhnya

POLITIK: Duit Sekupang

Khamis, 25 September 2008


Biar aku di perantauan aku juga merasai kenaikan harga minyak .Segala-galanya naik tak kira kecil atau besar.. melihat berita menter kita telah turun harga rasa seronok juga tapi aku pelik laaa ... Kenapakah sikit sangat dia turunkan? Semua penulis juga blogger menulis kenapa sewaktu naik bernafsu sekali ? Tetapi sewaktu nak turunkan tiada bernafsu nak turunkan banyak sikit.. Mungkin dia berpuasa nafsu dia sekat laaa... Apapun sekupang turun tidak ada faedahnya pada kita rakyat yang tidak menentu pendapatan... Aku juga simpati dengan mereka di tanahairku.. Disini minyal jauh lebih murah dari Malaysiaku ... entahtlah ungkapan yang sukar nak dibicarakan dalam hati .. Duit raya sekupang dulu kalau dapat dibuang saja atau di buat beli gula-gula saja.. Tapi menteri kita bagi sekupang duit raya nak hidupkan motosikal pun belum tentu .. El KAHFI




Sepenuhnya

ENGKAU YANG SATU








Jangan kita berkata cinta seandai hati bergantung cinta pada yang fana,jangan merayu cinta andai hati merindu dusta,jangan menagih rindu di hati andai alpa menapak di hati ........



Jika Aku Jatuh Cinta ...

Cinta
Sebuah kata singkat yang memiliki makna luas. Walaupun belum di definisi secara pasti,namun kesan cinta diakui oleh semua orang.

Imam Al-Ghazali mengatakan cinta itu ibarat pohon kayu yang baik.
Akarnya tetap di bumi, cabangya di langit dan buahnya lahir batin, lidah dan anggota-anggota badan.
Ditujukan oleh pengaruh-pengaruh yang muncul dari cinta itu dalam hati dan anggota badan,seperti ditunjukkanya asap dalam api dan ditunjukkanya buah dan pepohon.

Cinta sejati hanyalah pada Rabbul Izzati. Cinta yang takkan bertepuk sebelah tangan.
Namun Allah tidak melarang cinta hamba-Nya.Dia berikan kita cinta kepada anak isteri,suami,orang tua,kaum muslimin dan lain-lainnya.

Tapi cinta itu tentu posisinya tidak melebihi cinta kita pada Allah,
kerana Allah mengatakan,

"Katakanlah! 'Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu,
kaum keluargamu, harta-benda yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khwatiri akan rugi dan rumah tangga yang kamu senangi (manakala itu semua) lebih kamu cintai dari pada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah akibat-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik."

Syair ada berkata:
seorang kekasih mengharapkan kekasihnya akan cintanya.. daripada cinta lah iya mengharapkan padanya
kerinduan...dari rindunya lah iya mgenharap pertemuan ....

kepahlawanan para pejuang juga tidak terlepas dari pengaruh cintanya seorang pemuda kepada pemudi.

Umar bin Abdul Aziz berjaya memenangkan pertarungan cinta sucinya kepada Allah dari pada cinta tidak bertuannya kepada seorang gadis.

Bagaimana Rabiatul Adawiyah menolak cinta Hassan Basri hanya kerana hebatnya cinta beliau pada kekasihnya yang satu...

Bagaimana cinta Mashitah dan keluarganya pada iman yang penuh kemanisan meleburkan cinta keluarganya bersama didalam kawah yang panas.


Tidak ada yang salah pada cinta. Berusahalah meletekkan pada tempat,
waktu dan disisi yang tepat.








Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling
pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalan-Mu.Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu
melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah Engaku mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-MU, telah berpadu dalam membela syariat-Mu.

Kukuhkanlah ya Allah ikatannya. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar.

Lapangkanlah dada-dada kami dengna limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.


el-kahfi..
Sepenuhnya

SIAPA TEMAN , SAHABAT DAN KAWAN?

Selasa, 23 September 2008

Sahabat kita adalah cermin kepada kita,ramai kita tertipu keraNa sahabt.

KALAU MENCARI TEMAN.......

ISLAM merupakan agama yang lengkap dalam semua aspek kehidupan sama
ada
dari segi ilmu pengetahuan, ekonomi, politik dan juga sosial. Oleh
itu,
dalam kehidupan sosial, kita telah disediakan beberapa garis panduan
yang kalau diikuti boleh mendatangkan kebaikan dan menghindarkan
keburukan.

Contoh kehidupan bersosial ialah soal mencari sahabat. Kita
dinasihatkan
supaya berhati-hati memilih sahabat kerana Islam menegah kita
mancari
sahabat yg boleh membawa kpd kemungkaran.

Seperti fiman Allah SWT dalam surah Kahfi ayat 29 yang bermaksud :

"Janganlah engkau mengikuti orang yg telah Kami lupakan hatinya
untuk mengingat-ingat (berzikir) pada Kami dan ia suka mengikuti
hawa
nafsunya."

Sekiranya kita memilih sahabat yang terlalu cintakan dunia dan
mementingkan hawa nafsunya, sahabat itu akan merugikan kita. Malah,
lambat-laun, kita mencari sahabat yang soleh yg paling ingat
-mengingati ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT.

Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang
bermaksud :

"Seseorang itu menurut agama (aturan) kekasihnya, maka oleh sebab
itu
baiklah seseorang dari kamu semua itu meniliti orang yang dikasihi."



WASIAT AL-QAMAH

Sifat-sifat yang perlu ada pada seseorang yg ingin kita jadikan
sahabat
bolehlah kita contohi daripada wasiat yang diberikan oleh al-Qamah
kepada anaknya.......

Katanya :

"Hai anakku, jikalau engkau rasa perlu bersahabat dengan seseorang
maka
pilihlah yang mempunyai sifat-sifat ini iaitu :

Jikalau engkau melayaninya, ia suka melindungi, jika engkau
bersahabat
dengannya, ia akan merupakan hiasan dirimu dan jika engkau
dalam keadaan kekurangan nafkah, ia suka mencukupi keperluanmu.

Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk
memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan
rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, ia
suka
menghitung-hitungkan.

Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan
rasa
terharu, dan dianggap sangat berguna, sedangkan jikalau ia
mengetahui
tentang tungkan keburukan dirimu lalu ia suka menutupinya.

Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya,
pasti
ia memberi, jikalau engkau diam, ia mulai menyapamu dahulu dan jika
ada
sesuatu kesukaran dan kesedihan yg menimpa dirimu, ia suka membantu
dan
meringankanmu serta menghiburkanmu.

Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan
ucapan
dan bukan selalu mempercayainya sahaja. Jikalau engkau
mengemukakan sesuatu persoalan yang berat, ia suka mengusahakannya
dan
jikalau engkau berselisih dengannya, ia suka sekali mengalah
untuk kepentinganmu."


Saiyidina Ali KWJ menjelaskan tentang sahabat yang baik. Antara
lain,
beliau menyatakan...

"Sahabat yang sebenar-benarnya ialah orang yang ada di sampingmu. Ia
suka membabitkan dirinya sendiri dalam bahaya demi untuk
kesejahteraanmu."

Saiyidina Ali KWJ bukan setakat bercakap kosong, malah telah
membuktikan
kata-katanya dengan mengambil alih tempat tidur Rasulullah SAW
sewaktu
baginda bersama Saiyidina Abu Bakar merancang untuk berhijrah ke
Madinah. Walaupun Saiyidina Ali KWJ tahu risiko
yang terlalu tinggi akan dihadapinya kerana pemuda-pemuda Quraisy
bercadang untuk menyerbu rumah Rasulullah SAW dan membunuhnya,
tetapi
Saiyidina Ali KWJ sanggup menghadapi bahaya itu atas dasar
kepentingan keselamatan sahabatnya.

Atas pengorbanan dan kesetiaan beliau, Allah telah menyelamatkan
beliau
daripada dibunuh oleh pemuda-pemuda Quraisy itu.

Contoh persahabatan lain yg boleh diteladani ialah persahabatan
Saiyidina Abu Bakar dengan Rasulullah SAW. Saidina Abu Bakar
sentiasa
mempercayai dan mengiakan apa yang Rasullullah SAW katakan. Sebagai
contoh, sewaktu Rasulullah SAW menceritakan perjalanan Isra' dan
Mi'raj
kepada semua orang di Kota Mekah, mereka tidak mempercayai cerita
Rasulullah SAW malah mengejek-ngejek dan menuduh baginda sebagai
pembohong.

Mereka yang tidak percaya kepada cerita Rasulullah SAW telah pergi
berjumpa dengan Saiyidina Abu Bakar untuk menanyakan sama ada cerita
tersebut benar atau sebaliknya. Tujuan mereka adalah untuk
mentertawakan
Saidina Abu Bakar yang menjadi sahabat baik Rasulullah SAW. Apabila
Saiyidina Abu Bakar mendengar mendengar pertanyaan mereka, dengan
tenang
beliau bertanya semula apakah benar Rasulullah
SAW bercerita sedemikian. Mereka mengatakan begitulah cerita
Rasulullah
SAW lalu tanpa ragu-ragu Saiyidina Abu Bakar menyatakan apa yang
Rasulullah SAW katakan itu semuanya benar.

Saiyidina Abu Bakar bukan setakat mempercayai apa yang sahabatnya
katakan tetapi juga sanggup berkorban harta untuk kepentingan
perjuangan agama Islam yang dibawa oleh sahabatnya.


PENGORBANAN SAHABAT NABI.

Di samping itu, pengorbanan yang paling besar yang diberikan oleh
Saiyidina Abu Bakar kepada Rasulullah SAW ialah apabila sanggup
bersama-sama dengan sahabatnya sewaktu berhijrah ke Madinah.
Penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah bukanlah satu perjalanan yang
selamat kerana orang-orang Quraisy sentiasa memusuhi dan ingin
membunuh
baginda.

Sewaktu dalam perjalanan dari Makkah ke Madinah, Saiyidina Abu Bakar
sentiasa berada di hadapan dan di belakang Rasulullah SAW. Apabila
baginda bertanya akan hal itu, Saidina Abu Bakar menjawab...

"Aku berjalan di hadapan untuk memilih jalan yang baik dan selamat
sementara aku berjalan di belakangmu untuk menjaga keselamatanmu
dari serangan musuh yang mengejarmu."


Sebagai kesimpulan, marilah kita perhatikan nasihat Abu Sulaiman
Tentang
pentingnya memilih sahabat seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Katanya...

Janganlah sesekali engkau bersahabat melainkan salah satu daripada 2
orang ini :
Pertama, orang yang dapat engkau ajak bersahabat dalam urusan
duniamu
dengan jujur.

Kedua, orang yang dijadikan sahabat itu dapat menambahkan
kemanfaatan
duniamu untuk urusan akhiratmu.

Jika engkau bersahabat selain daripada 2 orang ini, pastinya engkau
memiliki kebodohan yang luar biasa besarnya.

Wallahu ta'ala a'lam.......
Wassalamu.......>
Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri





SUBJECT: KAWAN SEJATI
“Maha suci Allah yang menciptakan berpasang-pasangan semuanya di antara apa-apa yang tumbuhkan bumi dan dari diri mereka sendiri dan dari apa-apa yang tidak mereka ketahui.” (Ya Sin : 36)

KAWAN sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu
dengan sebenar-benarnya iaitu baik atau burukmu.

HATI yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

ORANG-ORANG yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal
terbaik,mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari
setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

SAHABAT yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
SAHABAT sejati menjadi pendorong impian.
SAHABAT berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
KASIHKAN manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana
disitu tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh kebahagiaan

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al Baqarah:216)

KEMAAFAN mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah
melukai hati
kita. Jangan sekali Kemaafan yang diminta hanya sekadar
melepaskan batuk ditangga.

Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat
mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang di beri secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi.

“Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau
memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah lagi Maha Pema’af lagi Maha Kuasa”. (An Nisaa’ : 149)


Kita hanya boleh membentuk diri kita sebagai insan
yang berfungsi
sepenuhnya, Ini tidak bermakna kita tidak mengalami cacat cela.

Kerana manusia itu dibekalkan dengan naluri dan sifat ghaflah serta
nasigan iaitu lupa dan lalai"

“Dan barang siapa mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya,
kemudian dia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang”. (An Nisaa’ : 110)

“Barang siapa diberi petunjuk Oleh Allah, dialah yang mendapat
petunjuk; dan barang siapa yang disesatkan Allah , maka merekalah orang-orang yang merugi” (Al-A’Raaf :
178)


Sepenuhnya

JAWATAN KOSONG

Isnin, 22 September 2008

Semua akan dikehendaki hadir tanpa sebarang pengecualian.Anda cuma perlu baca dan pahamkan.


KEKOSONGAN JAWATAN:
a. Ahli Syurga Dari Awal.
b. Ahli Neraka Dari Awal.
c. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak p! erlu bawa wang atau harta (yg banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
*Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1.Siapa Tuhan anda?
2.Apa Agama anda?
3.Siapa Nabi anda?
4.Apa Kitab anda?
5.Di mana Kiblat anda?
6.Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasullah SAW:

”Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kubu! rnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya
diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan
daripada sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat:
dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal- kebajikan: dibahagianku tidak ada jalan masuk.
Maka malaikat berkata kepadanya: Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) diperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu:
Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki(muhammad) yang kamu dahulu sentiasa
bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?
Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata alaikat: Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki- laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu: Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semul! a di akhirat Insya'Allah.

Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan
itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya" Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung kaki).!
Wallahu-a'lam





Sepenuhnya