"DI SAAT HATI DI BELENGGU DUKA MUNGKIN TIKA ITU DOSA BERTAKHTA"...

SIAPA TEMAN , SAHABAT DAN KAWAN?

Selasa, 23 September 2008

Sahabat kita adalah cermin kepada kita,ramai kita tertipu keraNa sahabt.

KALAU MENCARI TEMAN.......

ISLAM merupakan agama yang lengkap dalam semua aspek kehidupan sama
ada
dari segi ilmu pengetahuan, ekonomi, politik dan juga sosial. Oleh
itu,
dalam kehidupan sosial, kita telah disediakan beberapa garis panduan
yang kalau diikuti boleh mendatangkan kebaikan dan menghindarkan
keburukan.

Contoh kehidupan bersosial ialah soal mencari sahabat. Kita
dinasihatkan
supaya berhati-hati memilih sahabat kerana Islam menegah kita
mancari
sahabat yg boleh membawa kpd kemungkaran.

Seperti fiman Allah SWT dalam surah Kahfi ayat 29 yang bermaksud :

"Janganlah engkau mengikuti orang yg telah Kami lupakan hatinya
untuk mengingat-ingat (berzikir) pada Kami dan ia suka mengikuti
hawa
nafsunya."

Sekiranya kita memilih sahabat yang terlalu cintakan dunia dan
mementingkan hawa nafsunya, sahabat itu akan merugikan kita. Malah,
lambat-laun, kita mencari sahabat yang soleh yg paling ingat
-mengingati ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT.

Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang
bermaksud :

"Seseorang itu menurut agama (aturan) kekasihnya, maka oleh sebab
itu
baiklah seseorang dari kamu semua itu meniliti orang yang dikasihi."



WASIAT AL-QAMAH

Sifat-sifat yang perlu ada pada seseorang yg ingin kita jadikan
sahabat
bolehlah kita contohi daripada wasiat yang diberikan oleh al-Qamah
kepada anaknya.......

Katanya :

"Hai anakku, jikalau engkau rasa perlu bersahabat dengan seseorang
maka
pilihlah yang mempunyai sifat-sifat ini iaitu :

Jikalau engkau melayaninya, ia suka melindungi, jika engkau
bersahabat
dengannya, ia akan merupakan hiasan dirimu dan jika engkau
dalam keadaan kekurangan nafkah, ia suka mencukupi keperluanmu.

Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk
memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan
rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, ia
suka
menghitung-hitungkan.

Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan
rasa
terharu, dan dianggap sangat berguna, sedangkan jikalau ia
mengetahui
tentang tungkan keburukan dirimu lalu ia suka menutupinya.

Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya,
pasti
ia memberi, jikalau engkau diam, ia mulai menyapamu dahulu dan jika
ada
sesuatu kesukaran dan kesedihan yg menimpa dirimu, ia suka membantu
dan
meringankanmu serta menghiburkanmu.

Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan
ucapan
dan bukan selalu mempercayainya sahaja. Jikalau engkau
mengemukakan sesuatu persoalan yang berat, ia suka mengusahakannya
dan
jikalau engkau berselisih dengannya, ia suka sekali mengalah
untuk kepentinganmu."


Saiyidina Ali KWJ menjelaskan tentang sahabat yang baik. Antara
lain,
beliau menyatakan...

"Sahabat yang sebenar-benarnya ialah orang yang ada di sampingmu. Ia
suka membabitkan dirinya sendiri dalam bahaya demi untuk
kesejahteraanmu."

Saiyidina Ali KWJ bukan setakat bercakap kosong, malah telah
membuktikan
kata-katanya dengan mengambil alih tempat tidur Rasulullah SAW
sewaktu
baginda bersama Saiyidina Abu Bakar merancang untuk berhijrah ke
Madinah. Walaupun Saiyidina Ali KWJ tahu risiko
yang terlalu tinggi akan dihadapinya kerana pemuda-pemuda Quraisy
bercadang untuk menyerbu rumah Rasulullah SAW dan membunuhnya,
tetapi
Saiyidina Ali KWJ sanggup menghadapi bahaya itu atas dasar
kepentingan keselamatan sahabatnya.

Atas pengorbanan dan kesetiaan beliau, Allah telah menyelamatkan
beliau
daripada dibunuh oleh pemuda-pemuda Quraisy itu.

Contoh persahabatan lain yg boleh diteladani ialah persahabatan
Saiyidina Abu Bakar dengan Rasulullah SAW. Saidina Abu Bakar
sentiasa
mempercayai dan mengiakan apa yang Rasullullah SAW katakan. Sebagai
contoh, sewaktu Rasulullah SAW menceritakan perjalanan Isra' dan
Mi'raj
kepada semua orang di Kota Mekah, mereka tidak mempercayai cerita
Rasulullah SAW malah mengejek-ngejek dan menuduh baginda sebagai
pembohong.

Mereka yang tidak percaya kepada cerita Rasulullah SAW telah pergi
berjumpa dengan Saiyidina Abu Bakar untuk menanyakan sama ada cerita
tersebut benar atau sebaliknya. Tujuan mereka adalah untuk
mentertawakan
Saidina Abu Bakar yang menjadi sahabat baik Rasulullah SAW. Apabila
Saiyidina Abu Bakar mendengar mendengar pertanyaan mereka, dengan
tenang
beliau bertanya semula apakah benar Rasulullah
SAW bercerita sedemikian. Mereka mengatakan begitulah cerita
Rasulullah
SAW lalu tanpa ragu-ragu Saiyidina Abu Bakar menyatakan apa yang
Rasulullah SAW katakan itu semuanya benar.

Saiyidina Abu Bakar bukan setakat mempercayai apa yang sahabatnya
katakan tetapi juga sanggup berkorban harta untuk kepentingan
perjuangan agama Islam yang dibawa oleh sahabatnya.


PENGORBANAN SAHABAT NABI.

Di samping itu, pengorbanan yang paling besar yang diberikan oleh
Saiyidina Abu Bakar kepada Rasulullah SAW ialah apabila sanggup
bersama-sama dengan sahabatnya sewaktu berhijrah ke Madinah.
Penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah bukanlah satu perjalanan yang
selamat kerana orang-orang Quraisy sentiasa memusuhi dan ingin
membunuh
baginda.

Sewaktu dalam perjalanan dari Makkah ke Madinah, Saiyidina Abu Bakar
sentiasa berada di hadapan dan di belakang Rasulullah SAW. Apabila
baginda bertanya akan hal itu, Saidina Abu Bakar menjawab...

"Aku berjalan di hadapan untuk memilih jalan yang baik dan selamat
sementara aku berjalan di belakangmu untuk menjaga keselamatanmu
dari serangan musuh yang mengejarmu."


Sebagai kesimpulan, marilah kita perhatikan nasihat Abu Sulaiman
Tentang
pentingnya memilih sahabat seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Katanya...

Janganlah sesekali engkau bersahabat melainkan salah satu daripada 2
orang ini :
Pertama, orang yang dapat engkau ajak bersahabat dalam urusan
duniamu
dengan jujur.

Kedua, orang yang dijadikan sahabat itu dapat menambahkan
kemanfaatan
duniamu untuk urusan akhiratmu.

Jika engkau bersahabat selain daripada 2 orang ini, pastinya engkau
memiliki kebodohan yang luar biasa besarnya.

Wallahu ta'ala a'lam.......
Wassalamu.......>
Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri





SUBJECT: KAWAN SEJATI
“Maha suci Allah yang menciptakan berpasang-pasangan semuanya di antara apa-apa yang tumbuhkan bumi dan dari diri mereka sendiri dan dari apa-apa yang tidak mereka ketahui.” (Ya Sin : 36)

KAWAN sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu
dengan sebenar-benarnya iaitu baik atau burukmu.

HATI yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

ORANG-ORANG yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal
terbaik,mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari
setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

SAHABAT yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
SAHABAT sejati menjadi pendorong impian.
SAHABAT berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
KASIHKAN manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana
disitu tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh kebahagiaan

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al Baqarah:216)

KEMAAFAN mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah
melukai hati
kita. Jangan sekali Kemaafan yang diminta hanya sekadar
melepaskan batuk ditangga.

Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat
mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang di beri secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi.

“Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau
memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah lagi Maha Pema’af lagi Maha Kuasa”. (An Nisaa’ : 149)


Kita hanya boleh membentuk diri kita sebagai insan
yang berfungsi
sepenuhnya, Ini tidak bermakna kita tidak mengalami cacat cela.

Kerana manusia itu dibekalkan dengan naluri dan sifat ghaflah serta
nasigan iaitu lupa dan lalai"

“Dan barang siapa mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya,
kemudian dia mohon ampun kepada Allah, nescaya ia mendapati Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang”. (An Nisaa’ : 110)

“Barang siapa diberi petunjuk Oleh Allah, dialah yang mendapat
petunjuk; dan barang siapa yang disesatkan Allah , maka merekalah orang-orang yang merugi” (Al-A’Raaf :
178)


0 Comments: