"DI SAAT HATI DI BELENGGU DUKA MUNGKIN TIKA ITU DOSA BERTAKHTA"...

BERTANYA DAN BERFIKIR

Isnin, 22 September 2008

AKIDAH TRINITI



AKIDAH TRINITI

Pengenalan

Bagi kita orang Islam ramai yang tidak tahu apakah yang difahami oleh umat kristian tentang akidah Triniti ini. Saya akan ambil penjelasan daripada sebuah buku Christian Theology oleh Millard J. Erickson, dalam mukasurat 367;
It appears that Tertullian was right in affirming that the doctrine of the Trinity must be divinely revealed, not humanly constructed. It is so absurd from a human standpoint that no one would have invented it. We do not hold the doctrine of Trinity because it is self-evidence or logically cogent. We hold it because God has revealed that this is what he is like. As someone said of this doctrine.....Try to explain it, and you will lose your mind;......But try to deny it, you will lose your soul.....

Maksudnya:
[ Nampaknya mazhab Tertullian adalah tepat apabila memperkatakan tentang dokrin Triniti bahawa ia diberitahu oleh Ilahi, bukan sesuatu rekaan manusia. Ia seolah-olah tidak munasabah bagi pandangan manusia yang tidak mungkin ia dicipta oleh khayalan manusia. Kami tidak berpegang kepada dokrin Triniti kerana ia adalah terbukti ataupun menyakinkan secara logik. Kami percaya kerana Tuhan telah memberitahu bahawa Dia adalah begitu. Ada orang berkata tentang dokrin ini.........
Jika kamu cuba menjelaskannya, kamu akan akan hilang akal;.....sekiranya jika kamu mengengkarinya, kamu akan sesat....]

Demikinalah secara adil saya ambil petikan apa yang difahami oleh umat kristian tentang akidah Triniti. Bagi mereka, ia disimpulkan sebagai sesuatu misteri keTuhanan, sesuatu yang tidak boleh dijangkau oleh otak manusia. Ia adalah suatu hakikat yang hanya perlu diterima tanpa banyak soal. Ini kerana itulah hakikat Tuhan....Dia adalah Triniti.
Dalam bentuk rumusan, Triniti ialah:
Tuhan Yang Esa = Tuhan Bapa + Tuhan Anak + Tuhan Roh Suci
atau,
One God = The Father + The Son + The Holy Spirit
Sungguhpun ia kelihatan bahawa ada 3 Tuhan, tapi bagi umat kristian ia adalah Tuhan Yang Satu. Ketiga-tiga oknum atau Persons (Father, Son, Holy Spirit), sungguhpun Tuhan berlainan tapi......mereka serasi, sekata dan sama zat. Sebab itulah mereka adalah SATU....iaitu 3 Tuhan yang bersatu mengikut sifat dan zat.




Kritikan

Perlu diingat bahawa akidah Triniti ini ditolak oleh kaum Yahudi dan disanggah oleh kitab suci Al-Qur'an. Mari kita perhatikan alasan-alasannya,
Yahudi Menolak Triniti kerana ia bercanggah dengan kitab Hebrew Bible mereka mengikut apa yang sebenarnya diajar oleh kitab-kitab suci mereka dan alim-ulama dan nenek-moyang mereka semenjak Nabi Ibrahim dan nabi-nabi sebelum zaman
lahirnya Nabi Isa (Jesus). Sepanjang yang mereka fahami daripada kitab-kitab suci mereka, akidah Triniti adalah satu ajaran sesat. Tuhan Yang Satu adalah tetap Satu....tidak pernah ada imbasan bahawa Tuhan itu terbahagi kepada 3 oknum.
Sekiranya akidah Triniti ini adalah jelas terdapat dalam Hebrew Bible, tentu alim-ulama mereka sepakat menerimanya dengan sebulat suara. Tambahan pula, ada dikalangan intelek Barat yang tidak percaya Jesus pernah mengajar akidah ini....tidak mungkin Jesus pernah mengaku dia adalah Tuhan. Akidah ini adalah satu rekaan satu gerakan mazhab zaman selepas hilangnya Jesus dan berkembang secara senyap-senyap....lebih-lebih lagi ia mendapat sambutan orang-orang Eropah. Penyibar mazhab Triniti ialah Paul....pengasas awalnya.

Al-Qur'an Menolak Triniti.

Memang jelas kitab suci Al-Qur'an memperbetulkan akidah yang rusak ini. Al-Qur'an menegaskan sebagai wahyu Ilahi bahawa Tuhan adalah Maha Esa. Tuhan tidak terdiri dari 3 oknum...tidak sekali-kali. Islam membawa manusia kembali ke jalan yang benar. Islam mengajar umat manusia supaya mentauhidkan Allah. Akidah Tauhid adalah akidah yang benar dan murni. Islam mengatakan akidah Triniti itu berbau atau berunsur SYIRIK. Ini bererti orang yang percaya kepada akidah Triniti telah mempersekutukan Allah secara tidak langsung. Walau betapa keras umat kristian menegaskan mereka juga adalah umat yang mengEsakan Tuhan, tapi Allah sendiri menolak dakwaan mereka. Perhatikan maksud ayat
berikut,

Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agama kamu, dan jangan kamu kata terhadap Allah, kecuali yang benar.....dan janganlah kamu mengatakan " (Tuhan itu) TIGA", berhentilah (dari ucapan itu). Itu lebih baik bagi kamu....[Surah An-Nisa'(4):171]

Umat kristian akan membantah bahawa mereka tidak pernah kata Tuhan itu TIGA. Sebenarnya ayat Al-Qur'an tidak bermaksud umat kristian mengira Tuhan ada tiga....tetapi cara pemikiran mereka menigakan Tuhan.




Mereka sentiasa terpaksa berfikir dan mengisarkan pemikiran mereka tentang apa erti TIGA itu. Yang TIGA itulah yang mereka rumuskan sebagai akidah Triniti. Alim-ulama mereka berdebat beratus-ratus tahun lama tentang misteri, rahsia dan hakikat TIGA ini. Allah mengatakan perbuatan mereka itu semua membuang masa. Mereka memperkatakan tentang sesuatu yang tidak wujud. Oleh sebab mereka telah berpecah kepada banyak mazhab, kafir-mengakir antara satu puak sama lain, ia akan berterusan....pada hakikatnya menghabis masa dan umur mereka....mereka itu, apa sekalipun TETAP sesat.

.....oleh itu Allah berfirman.....berhentilah (dari ucapan itu)....Itu lebih baik bagi kamu[Surah An-Nisa'(4):171]

Kita umat Islam patut tahu bahawa akidah Triniti.....isu yang membahas perkara TIGA ini sudah lama dibahas...tapi belum lagi tamat. Mari kita baca huraiannya yang diterjemahkan daripada buku Wycliffe Bible Dictionary bawah topik TRINITY;

Gerakan Gereja pada zaman awal yang menentang polytheism ( mempersekutukan Tuhan) berdasarkan ajaran Old Testament (OT), bahawa Tuhan adalah Esa, terpaksa bertanya: Siapakah Jesus Christ ? Adakah dia semata-mata manusia ? Adakah dia malaikat ? Ataupun adakah dia Tuhan ? Dan jika dia adalah Tuhan, wujudkah dua Tuhan ?
Hampir permulaan abad ke-4, satu gerakan kumpulan gereja di bawah pimpinan Arius menegaskan bahawa Jesus adalah malaikat. Athanasius yang menjadi pembela fahaman orthodoks telah berjaya mengutuk fahaman Arianism di Council of Niceae dalam tahun 325 S.M. Keputusan mengutuk Arianism telah diulangi dan Nicene Creed ( Akidah Nicene ) telah diterima di Council of Constantinople dalam tahun 381 S.M.
Perdebatan di council itu berkisar atas makna Son of God ( Anak Tuhan ). Penyokong Arian berkata Sonof God telah wujud sejak azali lagi; ia adalah makhluk and ciptaan, dan tidak sama zat dengan Father ( Tuhan Bapa ), maka bukan Tuhan yang sebenarnya.
Anthanasius, di sebaliknya, membicarakan tentang perbezaan antara makna "keanakan" segi moral dan hakikat.Yang mana setiap orang kristian adalah anak Tuhan ( segi moral ), dan anak yang hakiki ialah seperti Isaac ialah anak Abraham. Jika Jesus adalah anak dari konteks moral, dia adalah sama dengan kita semua dan bukan anak tunggal Tuhan ( the only begotten Son ).

Pendokong Arian menjawap bahawa Jesus dilahirkan sebagai anak tunggal kerana dia berasal hanya daripada Bapa, sementara kita semua dilahirkan ( dianggap sebagai anak ) Tuhan melalui - kepercayaan - kepada Anak Tuhan. Akan tetapi konsep ini akan menjadikan kita semua anak-anak Jesus. Dia akan dikira sebagai pemisah antara kita dan bukan menyatukan kita dengan Tuhan.

Perdebatan berterusan secara terperinci. Arius menggunakan ayat Proverb 8:22., " Tuhan telah menciptakan aku pada permulaan kerjanya" untuk membuktikan bahawa Jesus adalah makhluk. Sebaliknya Anthanasius mentafsirkan ayat ini sebagai menerangkan bahawa ia menunjukkan sifat kemanusiaan Jesus ( human nature ).
Council itu akhirnya menolak dakwaan Arius bahawa Anak ada keserupaan dengan Bapa ( iaitu berlainan zat ), umpama timah serupa dengan perak, dan Council ini telah menerima rumusan akidah Nicene Creed yang mana zat Anak dianggap sama zat dengan Bapa.
Pengkritik mempersendakan teologi dan Council itu kerana berbalah tentang perkara remeh-temeh. Pokok perdebatannya ialah sama ada Jesus adalah " zat yang sama " ( homoousios ) dengan Bapa ( yang mana Jesus adalah Tuhan sepenuhnya
"fully God") ATAUKAH sama ada Jesus itu adalah " zat yang serupa " dengan zat Bapa ( homoiousios ) yang dengan itu Jesus adalah darjat zat yang lebih rendah dibandingkan dengan zat Bapa.....ia adalah perbezaan antara Tuhan dan makhluknya.
Dokrin Triniti ini juga dikritik atas dasar ia memperkenalkan tema-tema kufur (pagan) falsafah Greek ke dalam kristianiti. Ini jauh sekali dari kebenaran.

Alasannya ialah:
Pertama: Athanasius dalam pembahasannya tidak menggunakan falsafah Greek, malahan menggunakan sumber Bibel sepenuhnya.
Kedua: Sebenarnya, Arius ialah orang yang menggunakan kaedah falsafah Greek yang menjadi sifat-sifat ketinggian ketuhanan kepada manusia (Jesus) yang dia anggap nbertaraf lebih rendah dari Tuhan.
Ketiga: Rumusan akidah Nicene Creed telah membuang unsur-unsur kufur falsafah Greek yang pernah diperkenalkan oleh Origen dan bapa-bapa teologi yang lain.
Contohnya ialah dokrin "eternal generation of the Son" ( Tuhan Anak dilahirkan semenjak zaman azali lagi) yang menunjukkan rumusan Nicene, "Begotten of the Father before all worlds" ( Dilahirkan oleh Tuhan Bapa sebelum wujudnya segala alam) yang mengelakkan kesilapan dalam konsep Logos ( kalimah Tuhan) bahawa Anak Tuhan itu ialah kelahirannya sebagai baru, bukan wujud zaman azali lagi bersama Bapa, yang mana "kelahiran" Anak Tuhan itu sesuatu yang baru yang bercampur-aduk dengan makhluk ciptaan.

Darihal Roh Suci, perkara yang diambil kira bukan soal keTuhanannya, tapi kewujudannya sebagai salah satu oknum dalam Trintiti. Bahawa dia adalah satu personaliti yang bukan lelaki bukan perempuan, tapi dia disebut dalam bentuk gantinama lelaki (masculine). Bahawa dia adalah berbeza dengan dua personaliti yang lain, iaitu Tuhan Bapa dan Tuhan Anak adalah jelas.......
Konsep Triniti juga ditolak oleh satu golongan dari kerana ia tidak ada sumber dari Bibel secara terang-terang. Tapi dokrin ini terdapat secara explicit (tidak langsung) dalam Bibel.....

Demikianlah seterusnya umat kristian terus membahas dan membincang tentang misteri dokrin Triniti dengan tidak berkesudahan. Mereka akan tetap fikir perkara yang bukan-bukan dalam khayalan yang hanya membuang masa. Sebab itulah Allah menganjurkan kepada mereka agar BERHENTI sahaja membicarakan tentang apakah perkata TIGA dalam Tuhan Yang Satu itu.
Mereka patut kembali kepada Tauhid yang murni, maka selesailah segala-galanya. Maka mendapat hidayah petunjuklah mereka ke jalan yang benar.


EHSAN TEMAN CYBER


0 Comments: