"DI SAAT HATI DI BELENGGU DUKA MUNGKIN TIKA ITU DOSA BERTAKHTA"...

BERFIKIR TENTANG RAMADAN KITA

Isnin, 22 September 2008


Ramadan datang membawa rahmat di awal,buat mencapai keampunan di pertengahan ,agar bisa menjauhi siksaan dineraka

Bila bermula rentetan ramadan insan seluruh alam ini mula berfikir-fikir,macam-macamjenis yang difikir.. contoh:

Mereka yang ahli ibadah berfikir:
Bagaimana perlu dilakukan agar detik-detik,saat-saat ramadan tidak ada yg kosang tanpa amalan.

Mereka ahli kerja berfikir:
Macam mana kerja dibulan ramadan penuh dengan panas ,dahaga dan lapa.Berfikir bagaimana kerja dapat dilakukan lebih efektif pada bulan ramadan.

Mereka ahli perniagaan berfikir :
Berfikir tentang keuntungan yang akan mendatang di bulan ramadan kerana sluruh manusia akan berbelanja lebih dan bersiap sedia pabila hampir syawal.

Mereka remaja berfikir malam ramadan apa yang mahu di isi, tidak fikir untuk ke masjid tapi apa yang di fikir kemeriahan bertempur meriam dan mercun.

Mereka kaum hawa berfikir :
perlu siapkan persiapan syawal awal. Apa masakan yang hendak dimasak berbuka dan bersahur ada yang terlupa pasal bulan ramadanbulan ibadah.Bila hampir syawal
kuih muih pula yang di risaukan.

Mereka yang di perantauan berfikir:
Perlu segera tempah tiket untuk pulang dirisaukan habis di akhir ramadan.

Mereka yang berumahtangga berfikir:
Berlaku pergolakan pemilihan tempat untuk berhari raya.Bermula pilihanraya kecil di bahagian rumah tangga untuk merebut tempat pulang beraya. Ada yang menggunakan kuasa veto mereka,ada yang akur dengan penggiliran.

Mereka yang kaya berfikir:
Inilah masa untuk mereka menyatakan sikap dermawan mereka.Ditayang di media sumbangan kepada anak-anak yatim.Cek sebesar meja jadi tayangan.

Mereka yang miskin berfikir:
Bersyukur datang ramadan, kerana pelbagai bantuan sumbangan akan lebih banyak sampai tika ramadan

Mereka yang akhir berfikir kaki maksiat,tokey dangdut,ahli judi,kaki minum,kaki disko dangdut dana sewaktunyaakan berfikir: Bulan ramadan paling perit semuanya akan dilarang. Datang ramadan seolah penjara ,seolah beban ,tiada kegembiraan pada ramadan.Kadang mereka tetap bergelumang biar apa bulan sekalipun.

Aku berfikir:
Ini yang aku fikir apa berlaku bila datang ramadan pada kita semua,pandai-pandai kita dimana kita berfikir..........





0 Comments: