"DI SAAT HATI DI BELENGGU DUKA MUNGKIN TIKA ITU DOSA BERTAKHTA"...

SEJARAH YANG KEMBALI BERULANG

Jumaat, 11 Julai 2008

SEJARAH YANG KEMBALI BERULANG

Kalam hari ingin memperkatakan satu fenomena yang merunsing di seluruh pelusuk dunia. Bermula dengan kekurangan sumber makanan ruji penduduk dunia seperti gandum dan beras sekarang di ikuti kenaikan harga petroleum dunia . Segalanya berlaku begitu pantas dan tidak dapat diduga
BISAMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Alhamdulillah , segala puji pada Yang Maha Esa,selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad Sallahualaihuwasallam dan ahli keluarga baginda dan sekalian sahabatnya.
Kalam hari ingin memperkatakan satu fenomena yang merunsing di seluruh pelusuk dunia. Bermula dengan kekurangan sumber makanan ruji penduduk dunia seperti gandum dan beras sekarang di ikuti kenaikan harga petroleum dunia . Segalanya berlaku begitu pantas dan tidak dapat diduga.Pelbagai kaedah di ambil setiap negara bagi mengatasi masalah termasuklah dengan mengurangkan import dan mempelbagaikan pengeluaran .
Sebagai seorang muslim yang lagi beriman dengan yang maha esa, iman dengan utusanNya dan kitab panduanNya ,sepatutnya kita lebih mengetahui dan lebih bersedia untuk menghadapi kejadian sebegini. Ini kerana iya pernah berlaku terhadap utusan beliau iaitu Nabi yusuf Alaihissalam . Sepertimana yang disebut dalam kitabnya .
Setelah baginda di angkat menjadi pembesar Mesir yang bertanggungjawab menjaga penbendaharan negara hasil dari takwilan mimipi terhadap raja mesir ketika itu ,bahawasanya dunia akan datang tujuh tahun yang subur dan kemarau kering yang hebat selama tujuh tahun selepas itu. Sesungguhnya ia bukanlah satu takwilan biasa tetapi ia satu wahyu yang disampaikan oleh Allah melalui mimpi Raja Mesir untuk peringatan kepada manusi. Maka dengan kebijaksanaan Nabi Yusuf yang menjadi pembesar ketika itu baginda telah mempersiapkan gudang-gudang dan guni-guni bagi penyimpanan bahan makanan untuk musim kemarau yang akan datang.Berkat pengurusan yang bijaksana dari Nabi Yusuf, maka setelah masa hijau dan subur berlalu dan masa kemarau kering tiba, rakyat Mesir tidak mengalami krisis makanan atau derita kelaparan. Persediaan bahan makanan yang dihimpun di waktu hijau dan subur dapat mencukupi keperluan rakyat selama masa kemaraukering, bahkan dapat menolong masyarakat Mesir yang sudah kekurangan bahan makanan dan menghadapi bahaya kelaparan.
Sesungguhnya ,banyak pengajaran dapat diambil dari apa yang telah disebut di dalam kisah Nabi Yusuf Alaihissalam seperti :
1- Bahawasanya kita harus berpandukan panduan yang telah disediakan oleh Allah seperti wahyu dan utusan dalam mentadbir dunia ini.
2- Sesungguhnya kesenangan yang dikurniakan oleh Allah merupakan satu ujian daripada Allah kepada hambanya
3- Pemimpin yang yang bijak dan bertanggungjawab akan sentiasa memikirkan kebajikan dan masa depan rakyatnya.


Banyak pengajaran dapat kita ambil,yang di sebut adalah sebagai contoh kepada kita semua.Namun apa yang berlaku sekarang sebenarnya hasil kelalaian dan jauhnya kita umat islam dari alquran dan sunnahnya. Seharusnya pemimipin hari ini dapat mengambil pengajaran dan panduan dari apa yang telah berlaku dan apa yang telah di ceritakan
didalam alquran. Apakan daya Alquran hanya bacaan dan hiasan semata-mata.Krisis kekurangan sumber makanan ini bermula apabila semua negara berlumba-lumba mengejar kemajuan teknologi sehingga melupakan kepentingan pertanian umumnya. Seharusnya kemajuan yang dibawa hendak seimbang dan lebih kearah kebaikan semua golongan tak kira bawahan , pertengahan dan atasan. Kemajuan yang dibuat adalah untuk kebaikan dan kebajikan seluruh rakyat .
Sepatutnya semua negara harus memanfaat sumber ketika ia masih subur dan banyak dan mengelakkan pembaziran sebagai satu persediaan spertimana yang telah dilakukan oleh nabi yusuf alaihissalam . kita sesmua tahu sumber petroleum akan berkurangan , gandum dan beras akan berkurangan tetapu kenapa tiada tindakan tersebut? Adakah perindustrian yang dikejar selama ini member keuntungan atau manfaat di saat permasalahan ini berlaku . Pasti mesin-mesin tidak akan bergerak tanpa petrol , pekerja mogok lapar kerana kos sara hidup meningkat sedangkan upah atau gaji kerja tidak di naikkan . dari ini akan bermula perlbagai jenayah yang meruncing dalam setiap negara . Apakah kita sedar ini semua berlaku kerana kita lari dari jalan yang sebenar? Kita menolak hukum dan petunjukNya .
Selaku penulis yang amatur, aku mengatakan fenomena ini berulang sudah sepertimana yang terjadi pada zaman nabi yusuf tapi suasana yang berbeza dan berbeza sikap . Kita menghadapi masalah ini lenih meruncing kerana tanpa persiapan tetapi nabi yusuf menghadapi dengan persiapan penuh rapi kerana Dia mengikuti amaran Allah yang disampaikan sedang kita meninggallkan panduan tersebut. Maka marilah kita memikir semula kerosakan yang dilakukan hasil kerja tangan-tangan kita.


Oleh : Panglima kahfi



Sepenuhnya

HAKIKAT EURO

Hakikat Sebenar Bolasepak Euro 08

Jika benar hakikat kebenaran merupakan sebahagian dari hasil kesepakatan dan muafakat, maka Euro08 boleh menjadi satu agama bersama kepada peminat dan penagih bolasepak sehingga ke saat akhir kehidupan yang berupa menjadi plot panjang yang bermula dari tiupan perlawanan pertama hingga perlawanan akhir yang mengisi usia kehidupan.

Dalam permainan bolasepak yang sebenar,ia sudah tentu mempunyai peraturan dan undangnya. Hakikat sebenarannya bukan milik mereka yang menang dan juga bukan milik mereka yang kecundang tetapi, nilai kebenaran atau nilai kesalahan ada di mulut pengadil,yang diputuskan melalui jeritan tiupan wisel .
Pemain dibenarkan untuk mencapai kepuasan dan tidak juga dihalang untuk kecewa, pemain harus memenangkan pertandingan dan dilarang untuk mengalah sehingga ke tiupan wisel terakhir.
Kebenaran bolasepak terjadi jikalau semua pemain berusaha menang, tapi kemenangan bukan hakikat kebenaran sebenarnya.Bagi kita yang berusaha menang dalam beragama merekalah yang sebenar tetapi hakikat sebenar kebenaran agama bukan milik kita.
Jika kumpulan agama kita memenangi dalam pertandingan dalam kehidupan dunia.Bolehlah kita merasa pua…tapi apakah Yang Maha Tinggi juga akan puas?Setelah pelbagai nikmat ia kurniakan pada hambanya.
Inilah adalah sekadar ulasan dari seorang penulis amatur yang muak dengan berita pembunuhan umat islam di Palestin,Iraq,Sudan,Somalia dan di seluruh negara Umat Islam yang di tindas dibiar seketika.Mata dan fikiran tertumpu di Austria dan Switzerland.
Biarlah kemeriahan yang akan di tonton diperlawanan akhir Euro08 hanyalah satu realiti yang tiada pentingnya.Jika kita memilih satu pasukan hari ini marilah kita memilih satu agama dan satu perjuangan kerana,seandai kita tidak memilihnya maka seumur hidup kita akan hanya menjadi penonton yang tidak diancam,yang tidak dikenakan peraturan dan yang bebas tanpa sempadan untuk berteriak dan yang tidak punya anugerah kemuliaan di akhir kemenangan.

Marilah kita cuba menjadi pemain yang punya posisi sendiri agar kita dapat mencapai kemenangan hakiki …


Adaptasi dari artikel pendek berbahasa Indonesia dan petikan berbahasa Arab



Sepenuhnya

HARI KIAMAT

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Segala puji pada Mahas esa, selawat dan salam kepada jujungan besar Sallahualaihiwasallam, keluarga baginda dan sekelian sahabatnya.
Marilah kita sama-sama memerhati ayat-ayat alquran yang menceritakan kejadian Hari Kiamat semoga menjadi satu peringatan kepada kita semua.


Ayat-ayat yang menceritakan
Kejadian Hari Kiamat

إِذَا السَّمَاءُ انْفَطَرَتْ (1) وَإِذَا الْكَوَاكِبُ انْتَثَرَتْ (2) وَإِذَا الْبِحَارُ فُجِّرَتْ (3) وَإِذَا الْقُبُورُ بُعْثِرَتْ (4) عَلِمَتْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ وَأَخَّرَتْ (5)
Maksudnya:
Apabila langit terbelah; Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan; Dan apabila lautan pecah bercampur-baur; Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan, (setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya.
(Al-Infitar 1 -5)
إِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ (1) وَإِذَا النُّجُومُ انْكَدَرَتْ (2) وَإِذَا الْجِبَالُ سُيِّرَتْ (3) وَإِذَا الْعِشَارُ عُطِّلَتْ (4) وَإِذَا الْوُحُوشُ حُشِرَتْ (5) وَإِذَا الْبِحَارُ سُجِّرَتْ (6) وَإِذَا النُّفُوسُ زُوِّجَتْ (7) وَإِذَا الْمَوْءُودَةُ سُئِلَتْ (8) بِأَيِّ ذَنْبٍ قُتِلَتْ (9) وَإِذَا الصُّحُفُ نُشِرَتْ (10) وَإِذَا السَّمَاءُ كُشِطَتْ (11) وَإِذَا الْجَحِيمُ سُعِّرَتْ (12) وَإِذَا الْجَنَّةُ أُزْلِفَتْ (13)
Maksudnya:
Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap); Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak; Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu); Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar; Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan; Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur; Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya; Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, - Dengan dosa apakah ia dibunuh? Dan apabila surat-surat amal dibentangkan; Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya; Dan apabila neraka dinyalakan menjulang; Dan apabila Syurga didekatkan (Al-Taqwir : 1-13)


يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوهٌ فَأَمَّا الَّذِينَ اسْوَدَّتْ وُجُوهُهُمْ أَكَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنْتُمْ تَكْفُرُونَ (106)
(Maksudnya:
Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara menempelak): "Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? Oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu". (Ali Imran : 106)
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ وَاخْشَوْا يَوْمًا لَا يَجْزِي وَالِدٌ عَنْ وَلَدِهِ وَلَا مَوْلُودٌ هُوَ جَازٍ عَنْ وَالِدِهِ شَيْئًا إِنَّ وَعْدَ اللَّهِ حَقٌّ فَلَا تَغُرَّنَّكُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا وَلَا يَغُرَّنَّكُمْ بِاللَّهِ الْغَرُورُ (33)
Maksudnya:
Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah. (Luqman :33)

يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ (88) إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ (89)
Maksudnya:
"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, "Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik) (As-Syuaara' : 88-89)



لَنْ تَنْفَعَكُمْ أَرْحَامُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَفْصِلُ بَيْنَكُمْ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ (3)

Maksudnya:
Kaum kerabat kamu dan anak-anak kamu (yang tidak menurut kamu beriman) tidak sekali-kali akan mendatangkan sebarang faedah kepada kamu pada hari kiamat; Allah akan memisahkan di antara kamu semua (pada hari itu). Dan (ingatlah), Allah Maha Melihat segala yang kamu kerjakan. (Al-Mumtahanah : 3)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَنْفِقُوا مِمَّا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ يَوْمٌ لَا بَيْعٌ فِيهِ وَلَا خُلَّةٌ وَلَا شَفَاعَةٌ وَالْكَافِرُونَ هُمُ الظَّالِمُونَ (254)
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (ke arah kebaikan) sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Baqarah : 254)







يَوْمَ يَفِرُّ الْمَرْءُ مِنْ أَخِيهِ (34) وَأُمِّهِ وَأَبِيهِ (35) وَصَاحِبَتِهِ وَبَنِيهِ (36)
لِكُلِّ امْرِئٍ مِنْهُمْ يَوْمَئِذٍ شَأْنٌ يُغْنِيهِ (37) وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ مُسْفِرَةٌ (38) ضَاحِكَةٌ مُسْتَبْشِرَةٌ (39) وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ عَلَيْهَا غَبَرَةٌ (40) تَرْهَقُهَا قَتَرَةٌ (41) أُولَئِكَ هُمُ الْكَفَرَةُ الْفَجَرَةُ (42)

Maksudnya:
Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya, Dan ibunya serta bapanya, Dan isterinya serta anak-anaknya; -Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja. Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri, Tertawa, lagi bersuka ria; Dan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu, Diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita. - Mereka itu ialah orang-orang yang kafir, yang derhaka. ('Abasa 34-42)

وَلَا يَسْأَلُ حَمِيمٌ حَمِيمًا (10) يُبَصَّرُونَهُمْ يَوَدُّ الْمُجْرِمُ لَوْ يَفْتَدِي مِنْ عَذَابِ يَوْمِئِذٍ بِبَنِيهِ (11) وَصَاحِبَتِهِ وَأَخِيهِ (12) وَفَصِيلَتِهِ الَّتِي تُؤْوِيهِ (13) وَمَنْ فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا ثُمَّ يُنْجِيهِ (14)
Maksudnya:
Dan sahabat karib tidak bertanyakan hal sahabat karibnya, (kerana tiap-tiap seorang sibuk memikirkan hal keadaannya sendiri), Padahal masing-masing diberi melihat setengahnya yang lain; (pada saat yang demikian) orang yang kafir suka kiranya dapat menebus dirinya dari azab itu dengan anak-anaknya sendiri, Dan isteri serta saudaranya, Dan kaum kerabatnya yang melindunginya, Dan juga sekalian makhluk yang ada di bumi - kemudian (diharapkannya) tebusan itu dapat menyelamatkannya. (Al-Maarij 10-14)




Sepenuhnya

DI AMBANG PEPERIKSAAN

Jumaat, 11 Mei 2007

PEPERIKSAAN

satu perkara yang amat mencabr jiwa diri ini besok aku akan menghadapi peperiksaan ulangan buat kali ketiga untuk subjek perbandingan agama ( kristian dan islam ) dan esok jugak aku kan menghadapi syfawi kedua untuk al-quran setelah gagal buat kali pertama....
kepada sahabt sekalian doa kalian ku harap kan ...... aku tidak tahu betapa perit kegagalan ...

semoga ssemua sahabat aku berjaya dunia akhirat ........... Sepenuhnya

AKU DAN MENTARI

Sabtu, 5 Mei 2007

pelita panas


mentari,bulan, bintang dan kehidupan akan hilang
aku juga akan hilang ,
apa yang di nanti,
sebetul akan hilang ,
mentari petang yang ku kejar dulu menjadi bukti semua ini,

mata yang terbuka pasti tertutup dengan kerdipan-kerdipan kekesalan ,
seandai aku masih mengejar mentari petang ,
biarlah aku dilahirkan bersama mentari petang ,
tapi aku tak mahu lenyap seumpama mentari petang itu,
hati selalu berkata aku mahu mengejar nya ,
dengan cahaya pelita yang panas aku sinari agar hati tidak mengejar mentari petang,
sesungguhnya mentari akan datang lagi ,
tapi jangan tertipu dengan mentari kerna ia akan hilang,
betapa perit memegang pelita panas ini kadang hilang daya jiwaku untuk menahannya demi sinarnya,
mentari sering timbul sewaktu tangan ku menahan perit pelita panas,
kadang buat aku mahu memadam pelita yang panas itu agar tidak perit tangan ini,
namun ku tahu perit ini berpanjangan membawa bersama cahaya,
seandai mentari yang aku kejar sudah pasti aku kegelapan ,
aku mahu simpan pelita yang panas ini.

pejuang tanah hijau
10.01pm
28 / 12/2006legar kahfi
Sepenuhnya